BAB 15🌹

203 10 0
                                    

"Weyh Syaza.. jom gi shopping."

"Kau nak beli apa?"

"Ala kita gi tengok tengok dulu la apa yang ada."

"Ya la."

"Yeayyy sayang kau." Aulia hendak mencium pipi Syaza.

Cepat cepat Syaza menolak. "Eish kau ni dah kenapa? Geli odo."

Setibanya di Mall Endrique. "Wah besarnya mall ni!"

"Tutup mulut kau Syaza. Dah macam beruk."

"Amboi aku yang lawa macam ni kau panggil beruk!?"

"Kau tak tengok cermin ke? Aku tengok nak dekat sama macam beruk je kau ni."

Syaza sekadar menjeling.

"Weyh aku nak ke toilet jap Lia."

"Kau nih.. ha cepat aku tunggu sini."

Selepas Syaza pergi ke toilet. Kedengaran telefon Aulia berdering lagu Blue Hour

Cuz it's you
You the one that one you
Everything that I want blue

Tertera nama mummy di screen telefon.

"Ya mummy?"

"Lia ada kat mana ni?"

"Ada dekat mall la mummy. Kenapa?"

"Mummy nak Lia datang malam ni. Ada keluarga Mikhael sekali. Nak makan sama sama."

'Aduh mak mamat jongang ni! Aku dah maki pun tak sedaq diqi lagi.'

"Tengok la dulu mummy."

"Takde takde. Kena datang juga."

"Ye lah."

"Good. Bye"

Sedang Aulia menyimpan telefon dia dirempuh kasar oleh seseorang dari belakang.

Dia memejam mata. Hadapi sajalah jatuh atas lantai. Namun mata mula dicelikkan apabila dia terasa bagai di awan awangan.

"Cik.. okay tak? Eh Cik Aulia?"

Aulia hanya mengerdipkan matanya. Dia masih dalam pelukan lelaki itu. Sangat erat lelaki itu memeluknya bagai tidak mahu melepaskannya.

Aulia berdehem. "Saya okay. Encik Mikhael."

"Ops!!" Tetiba ada suara lain menerjah mereka. Rupanya Syaza dan Ayyan.

Aulia dan Mikhael membetulkan kedudukan masing masing.

"Sorry Cik Aulia."

Aulia hanya mengangguk dan menarik Syaza untuk berlalu dari situ.

"Eh eh nak ke mana tu?" Soal Ayyan.

"Nak ke panggung wayang." Jawab Syaza.

"Kitaorang join boleh ke?"

Syaza melihat Aulia yang masih diam.

"Boleh la Lia."

"Ikut kau lah."

"Boleh Encik..."

"Ayyan. Just call me Ayyan don't encik encik."

"Ok Ayyan."

"Ya your name?"

"Call me sayang."

"What?"

"Just kidding. Call me Syaza."

"No I will call you sayang."

Mikhael dan Aulia memandang sesama sendiri.

"Dah dah jom pergi sekarang." Ajak Aulia. Makin lama makin bersemut mall ni.

**********

Selesai memilih cerita bertemakan horror mereka pergi membeli popcorn dengan air.

"Nak beli berapa ni?"

"Sorang satu la."

Tiba di kaunter bayaran.

"Meh saya bayar." Kata Mikhael.

"Eh takpe saya bayar." Tegah Aulia.

"No.. saya bayar. Everything's on me today."

Aulia beralah.

Mereka menunggu giliran untuk masuk ke panggung.


08/09/23

Vote sikittt.. 💗



Dah JodohWhere stories live. Discover now