Marah,geram...semuanya ada. Semakin berkecamuk. Malam yang disangka dapat menghilangkan tekanan. Tidak memberi apa apa makna lagi. Aulia duduk di sofa. Dijeling Mikhael dan Ayyan yang asyik menyanyi di hadapan skrin karoake.
"Awak! Tak nak set lagu ke?" Mikhael memanggil Aulia.
Aulia menjeling dan menggeleng.
Mikhael tersenyum. "Awak 10 lagu saya 10 lagu boleh?"
Aulia mengangguk. "Nyanyi lah dulu."
Tiba tiba dia terpandang ke arah senarai lagu di skrin televisyen karoake itu. Besar matanya. Senyuman terbentuk.
"Hah!! Saiful?! Ku Juga Mencintaimu! Wah.. aku minat lagu ni." Dia berlari lari mendapatkan Mikhael.
Syaza hanya menggeleng kepala. Ayyan memandang Aulia pelik.
"Ehh kauu tunggu jap.. aku nak nyanyi lagu ni boleh?"
"Mana boleh. Tadi awak kata giliran saya kan... Dah gi main jauh jauh.. syuh syuh." Mikhael membuat gaya menghalau.
Aulia cuba menahan sabar. "Alaa awak baik kann." Fuhh berubah terus bahasa.
"Yalah yalah." Mikhael mengalah.
Sewaktu lirik korus dinyanyikan,suara Mikhael terlalu tinggi menyebabkan suara Aulia tenggelam. Aulia tidak puas hati.
"Heyy suara awak tu perlahankan sikit. Saya pun nak menyanyi juga."
"Microphone awak tu rosak sebenarnya."
"Rosak?" Aulia meletakkan microphone tu ke tempat asal. Fikirannya kembali melayang tentang perkahwinan...
Syaza yang melihat memandang pelik dan merasai kegundahan hati sahabatnya.
"Beb,jom la kita balik."
"Hm.. jom."
***********
Burung burung berkicauan di pagi nan indah. Aulia bersiar siar di luar kawasan rumah ibu bapanya. Tingkap keretanya dibuka sedikit. Risau kehadirannya disedari. Pandangannya tertumpu pada Idham. Idham yang masuk ke dalam keretanya tidak sedar dirinya diperhatikan.
Terlintas di fikiran Aulia untuk mengikuti Muhammad Idham Malek. Aulia mengekori sehinggalah tiba di sebuah gerai makan.
Kelihatan Idham menunggu sarapan untuk dihidangkan kepadanya. Lalu,Aulia menghampiri Idham..
"Helo. Boleh tak I duduk sini?." Lembut suara Aulia.
Idham memandang Aulia. Dia sama sekali tidak mengenali wanita yang berdiri dihadapannya.
"Excuse me.. awak ni siapa?"
Aulia tersenyum. "You ni Idham kan? Idham Malek."
Bukan sahaja terpana dek kejelitaan gadis dihadapannya. Malah tersentak,bagaimana wanita itu tahu namanya.
"Macam mana you tahu nama penuh I?" Idham bingung.
"Cik adik comel.. awak ni siapa sebenarnya." Dia cuba mengorat.
Semakin seronok Aulia melayan. "You tak kenal I ke? You dah lupa? I ni Qaseh. You tak kenal I? Kenapa Idham? Kenapa?" Dia menarik lengan baju Idham dengan membuat mimik sedih.
Berkerut wajah Idham. Dibiarkan sahaja gadis itu menarik lengan bajunya.
"Qaseh mana pulak ni? Maaflah saya tak kenal. Saya tak suka berkasar dengan perempuan. Tolong beredar."
"Id,I sayangkan you. Sampai hati you lupakan I. Ingat tak dulu kita pernah pergi.... er.. pergi Zoo Taiping sama sama dulu?" Main bedal je lah. Entah betul entah tidak.
Garu kepala Idham dibuatnya. Mai mana gadis ni tiba tiba mengaku sebagai aweknya. "Zoo Taiping? Bila? Saya pergi Zoo Melaka bukan Taiping."
Aulia menggigit bibir.. 'Halamak salah pulak.'
"Err maksud I Zoo Melaka lah. You ingat I kan? I Qaseh." Dia geli hati. Semakin rapat dia menempelkan dirinya pada lelaki itu.
Idham mula berasa tidak selesa. "Jangan pegang saya boleh tak?"
"Saya pergi Zoo Melaka dengan Izati bukan dengan Qaseh. Saya tak kenal awaklah. Kalau awak tak nak pergi dari sini,saya yang pergi..." Ujar Idham dalam nada yang lembut.
Belum sempat Idham pergi.. Aulia sudah ketawa besar. "Kantoi!Dulu mummy cakap Id pergi dengan awek.. Id tak nak mengaku. Sekarang mengaku pun. Izati eh?"
Berkerut kerut dahi Idham. "Awak ni siapa?"
"Tekalah.." Aulia senyum sambil selamba minum air teh ais milik Idham.
"Jangannn cakap ni Kak Lia?"
"Id tak percaya?"
Idham duduk di sebelah Aulia.
"Wahhh akak Lia!! Tak sangka akak dah kurus. Cantik pula tu. Id ingat perempuan gila mana tadi."
"Siapa Izati tu hah? Awek ehh." Sengaja dia menyakat.
"Lama punya cerita lah kak." Dia meneguk air teh ais yang diminum oleh kakaknya.
"Bila akak sampai Malaysia ni? Ingat tak nak balik rumah dah." Idham memerli
"Akak sampai seminggu lebih dah."
"Seminggu lebih? Akak duduk mana?"
"Duduk dengan Kak Syaza lah!"
"Ouhh ni bila akak nak jumpa mummy?"
"Nanti lah."
"Ye lah kak."
![](https://img.wattpad.com/cover/341842373-288-k98282.jpg)
YOU ARE READING
Dah Jodoh
RomanceKAHWIN?! Minta maaflah! Qaseh Aulia mahu enjoy dahulu.Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan,dia tetap tidak akan terima. "Daddy nak jodohkan aku dengan anak kawan dia?Aku tak nak dikecewakan lagi.Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lel...