BAB 28🌹

217 12 3
                                    

"Dah lama ke bercinta dengan Khael?" Soal Nenda Suraya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah lama ke bercinta dengan Khael?" Soal Nenda Suraya.

Aulia mengerling ke arah suaminya.
"Er tak tahu la nak cakap." Selamba sahaja jawapannya.

Apa lagi,terus tinggi suara orang tua itu. "Tak tahu?!"

Aulia mengetap bibirnya. Mikhael pula menepuk dahi. Dia tahu nendanya memang sensitif hal cinta. Sebab itu nendanya masih setia sehingga sekarang walaupun atuk telah meninggal dunia.

Mikhael meletakkan tangan di bahu Aulia. "Tempoh kami bercinta tak penting nenda,asalkan kami berkahwin atas dasar cinta." Mikhael berkata sambil memandang Aulia.

Aulia membalas pandangan itu. 'Amende la suami aku merepek nih.'

Dato' Ikram tersenyum melihat gelagat pasangan itu.

"Ya lah nenda. Tak lama lagi nenda dapat cicit pula." Datin Insyirah menyokong.

Apa lagi? Mikhael yang menyirup air teh itu terbatuk².

"Apa ma? Ci-cicit?" Dia tersedak lagi.

Aulia menepuk belakang suaminya. "Awak okey ke,Mikhael? Minumlah elok elok."

Berkerut dahi Nenda Suraya memandang muka Aulia.

"Kamu panggil suami kamu nama saja? Panggil Mikhael?"

Aulia mengganguk. Masih muka tidak bersalah. 'Salah apa lagi aku?'

"Cubalah panggil abang ke, sayang ke, anje ke,ucuk ke" Kata Nenda Suraya.

"Betul tu." Usik Mikhael.

Datin Insyirah pula mencelah. "Cuba Lia berlatih panggil Khael tu abang. Cuba sebut."

Aulia menelan liur. Nervous bercampur malu dibuatnya. Dipandang muka Nenda Suraya dan Datin Insyirah. "Er.... aa.. aa.."

Datin Insyirah menyampuk lagi sebelum Aulia sempat menghabiskan kata katanya. "Jangan pandang muka mama dengan nenda,pandang Khael."

Aulia akur. Dia memandang muka Mikhael dan bertentang mata. "Aa.."
Agak sukar mulutnya ingin menyebut perkataan itu.

"Lia segan la ma. Nanti Lia berlatih ya?"

Nenda Suraya mencelah pula. "Apa yang susahnya? Mulai esok panggil Khael ni abang. Dia suami kamu. Faham?"

Aulia mengangguk. Terdengar suara Mikhael yang tertawa perlahan di sebelahnya.

Sempat pula si suami berbisik kepada si isteri. "Malam ni kita belajar sama sama atas katil."

Terbeliak mata Aulia. "Saya tidur dalam bilik awak?"

Mikhael mengangguk. Nenda mencuit tangan Aulia. "Jom ikut nenda ke bilik. Nenda ada beli sesuatu untuk cucu menantu nenda."

Tangan Aulia dipegang oleh Datin Insyirah dan Nenda Suraya. Diapit kiri dan kanan seperti puteri raja pula. Sempat Aulia menoleh ke arah Mikhael. Mimik mukanya takut dan cemas.

Mikhael hanya menghadiahkan senyuman.

                        *******

Aulia berdiri terpacak. Gatal kepalanya merenung Mikhael. Selamba muka lelaki itu,tersengih sengih sambil makan lolipop di atas katil.

Tangan kiri Mikhael menepuk nepuk bantal. "Meh la sini,Aulia sayang. Baringlah sebelah abang ni." Sengaja dia menyakat.

Aulia masih kaku. "Tak ada toto ke? Saya seganlah."

Mikhael menggeleng. "Rumah ni tak ada toto. Bilik dah banyak,buat apa nak tambah tilam lagi. Meh sini baring kat sini. Tadi awak dah janji dekat mama dengan nenda nak belajar panggil saya 'abang'. Jom kita belajar sama sama. Saya boleh betulkan bacaan." Dia tersenyum gatal.

Perlahan lahan Aulia melangkah ke katil Mikhael. Nak atau tak dia kena tidur juga. Sofa di bilik ni kecil.

Aulia duduk bersila di sisi Mikhael yang sedang berbaring. Bergoyang goyang kaki pemuda itu. Gembira agaknya.

Mikhael memandang isterinya. "Nak lolipop? Ada dalam balang tu.." Ditunjuk ke arah meja study.

Aulia menggeleng tak mahu.

"Kenapa tak baring?"

Muka Mikhael tak lekang dek senyuman selama mereka di dalam bilik tidur itu.

"Haaa.. apa lagi? Berlatih lah. Cuba panggil abang."
















Tbc




15/03/24

Selamat menyambut puasa semua. ❤️.

^----^
( •  •)
( > 🍜

Nah noodles.

Dah JodohWhere stories live. Discover now