KAHWIN?! Minta maaflah! Qaseh Aulia mahu enjoy dahulu.Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan,dia tetap tidak akan terima.
"Daddy nak jodohkan aku dengan anak kawan dia?Aku tak nak dikecewakan lagi.Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lel...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
'Hmm bosan la duduk dalam bilik ni nak ajak Khael gi bersenam la.' Ujar Aulia.
Aulia melangkah keluar dari bilik untuk ke bilik suaminya.
Tanpa sebarang ketukan dia melulu masuk. Dalam fikirannya,Mikhael mesti masih tidur. Padahal sebaik sahaja pintu dibuka,serta merta dia ternampak Mikhael.
Masing masing tercengang. Saling berpandangan. Bagai terkena renjatan elektrik. Terbeliak mata Aulia. Mikhael pula menjerit terkejut.
Dengan langkah seribu gadis itu terus keluar dari bilik tidur Mikhael. Dia menutup mulutnya,cuba menahan gelak. Semakin pantas lariannya apabila terdengar namanya dipanggil.
"Aulia!!!"
Sempat Aulia menoleh. Jejaka itu berdiri di sebelah pintu bilik,masih bertuala.
Masuk sahaja ke biliknya.. tidak lekang dia bergelak ketawa.
Aulia tidak mahu mengingati peristiwa yang kelakar itu. Takut juga mahu berdepan dengan suaminya itu. Tidak menyangka yang Mikhael baru lepas mandi.
Padahal niatnya mahu mengajak si suami sama sama bersenam,lain pula jadinya. Dia mengurungkan dirinya di dalam bilik.
**********
Tepat pukul 12.00 malam.
Aulia melangkah keluar dari biliknya,meninjau ninjau bilik suaminya. Lampu sudah tutup. Perlahan lahan dia keluar untuk ke dapur.
'Klik'
Lampu dapur terbuka. Aulia melihat gerangan yang membuka lampu. Dia tersengih.
"Buat apa?" Soal Mikhael.
Aulia berdiri jauh tiga meter dari Mikhael,persediaan untuk melarikan diri.
"Er awak buat apa tak tidur lagi ni?" Tanya Aulia.
Mikhael sengih menyeringai.
Aulia sudah dapat agak pasti ada yang tidak kena. Tidak semudah itu Mikhael melupakan peristiwa pagi tadi.
Aulia memandang Mikhael. 'Aduh.. kenapa dia pandang aku macam tu? Alamakkkk dia datang! Dia datang dekat!'
Tidak menjawab. Mikhael makin mendekat. Tajam matanya merenung gadis itu dari atas hingga ke bawah. Direntap kedua tangan Aulia,lalu dia menggeleng.
"Tak. Saya nak peluk awak sampai awak lemas!"
Terbeliak. Lantas Aulia menolak Mikhael dan terus berlari ke ruang tamu.
Mikhael mengejar. "Siapa suruh awak gatal sangat datang bilik saya pagi tadi? Sini Aulia! Aku peluk peluk sampai lemas!"
Aulia berlari sehingga ke pintu rumah. Buntu. Dia tak tahu hendak ke mana lagi.
Mikhael tersenyum lebar. "Nak lari ke mana tu, Lia? Sayang nak lari ke mana lagi?" Lembut intonasi suaranya. Macam orang sakit jiwa pun ada.
Aulia menoleh ke kiri dan kanan,masih mencari jalan untuk lari. "Khael.. Lia minta maaf. Saya tak sengaja." Seperti mahu menangis dibuatnya.
Mikhael semakin hampir.
Aulia berdiri tegak di satu sudut. "Jangan dekat! Khael,jangan dekat! Saya jerit nanti! Saya report polis!"
Mikhael tidak menghiraukan pujuk rayu Aulia. Langkah demi langkah dia menghampiri ke arah Aulia. Air mata Aulia tiba tiba mengalir.
"Saya minta.. minta maaf." Dia mencangkung sambil menangis. Dia menutup mukanya. "Saya tak sengaja."
Mikhael menahan gelak. Tiba tiba dia berlembut. Kasihan melihat Aulia yang ketakutan.
"Lia,Lia... Saya bergurau je. Kenapa sampai menangis ni?" Dia turut mencangkung,merenung Aulia yang masih menutup mukanya.
"Lia.." Aulia masih menangis.
"Saya pun minta maaf. Saya tak tahu pula awak takut sampai macam ni. Maaf ya? Jom,jom.. saya teman awak makan." Tangan kiri Aulia dipegang dan terus menarik gadis itu bangun.
"Uish beratnya awak ni." Sengaja dia menyakat.
Aulia mengesat air matanya,masih berdiam. Mikhael tersenyum. "Saya teman awak makan okay?"
Aulia menggeleng. "Tak apa. Saya nak naik bilik." Dia masih merajuk. Perlahan lahan dia melangkah menjauhi Mikhael.
Sekali lagi Mikhael memegang tangan isterinya. "Lia jangan la marah."
Terhenti langkah Aulia. Tenang sedikit hatinya. Mungkin Mikhael hanya bergurau.
Sewaktu di meja makan,Aulia masih senyap. Mikhael yang banyak melayannya. Menyenduk nasi dan lauk. Tidak henti henti berusaha untuk memujuk.
"Terima kasih." Ucap Aulia sambil tersenyum.
Mikhael membalas senyuman. "Awak dah mula senyum. Jangan merajuk merajuk lagi. Kita sama sama salah."
Aulia mengerutkan dahinya. "Saya tak salah, awak yang salah."
Malas bergaduh. Mikhael hanya mengangguk. Selesai makan mereka berjalan masuk ke bilik masing masing.
"Selamat malam,Lia"
"Selamat malam.."
Mereka melangkah masuk ke bilik. Masing masing tersenyum sebelum melelapkan mata teringat akan peristiwa yang baru mereka lalui.