Setelah 2 bulan mereka hidup bersama..
Kring~
Bunyi telefon berdering.
"Hello siapa ni?"
"Ini sayalah, Mikhael"
"Oh kenapa call saya?" Tanya Aulia pelik.
"Saya nak bagitahu yang saya ada dekat rumah mama. Nanti awak packing baju saya dengan awak datang ke rumah mama. Sebab nenek saya dari Australia datang." Jelas Mikhael.
"Hah? Kita kena tinggal berapa hari ni?"
"Ala awak bawak je la untuk lima hari."
"Ye la nanti saya datang lepas zuhur."
Mereka menamatkan bualan. Aulia tertanya. 'Masa aku kahwin haritu takde pun nampak nenek dia.'
******
Ceria wajah Mikhael di samping neneknya. Manja. Maklumlah cucu kesayangan.
"Nenda ni datang tak bagitahu Khael." Mikhael memegang tangan neneknya. Nenda Suraya tidak kelihatan tua mana pun. Masih cantik bergaya.
"Alah saja. Nak buat surprise dekat cucu kesayangan nenda ni." Nenda Suraya memeluk Mikhael.
Tidak lama kemudian Aulia pun tiba sambil membawa bagasi besar. "Assalamualaikum."
Datin Insyirah menjawab salam sambil mata terbeliak. "W-waalaikumussalam."
Tercengang semua yang duduk di ruang tamu itu. Aulia cuma memakai baju tidur. Dengan baju bercorak Hello Kitty. Aulia mengukir senyuman tidak bersalah.
Lantas Mikhael berdiri di samping Aulia. Sempat dia berbisik. "Kenapa awak pakai baju tidur ni Lia?"
Aulia memerhati pakaiannya. Aulia juga berbisik. "Oklah ni. Nanti boleh tidur terus."
Mikhael menggeleng kepalanya. 'Aduhai isteri.'
Mikhael mula memperkenalkan Aulia kepada neneknya.
"Nenda ni lah isteri Khael,Qaseh Aulia."
Nenda Suraya merenung muka Aulia sambil memakai cermin matanya. Lantas orang tua itu menghampiri Aulia.
Aulia pula menjadi tidak selesa apabila direnung sebegitu.
"Hmm cantik orangnya. Tinggi. Model ke kamu?" Ulas Nenda Suraya apabila melihat Aulia.
Tersenyum Aulia. "Tak ada lah. Saya bukan model nenek."
Mikhael mencuit lengan isterinya. "Bukan nenek lah. Nenda."
Bulat mulut Aulia. 'Oh patutlah berkerut kerut muka orang tua ni bila aku panggil dia nenek'
Nenda Suraya memegang tangan Aulia. Membawanya ke sofa. Aulia mula bersalaman dengan orang tua itu dan mentuanya. Mikhael mengikuti langkah Aulia dan duduk di sebelahnya.
Nenda Suraya memandang muka Aulia. "Dah lama ke bercinta dengan Khael?"
Tbc
01/03/24
Haaa apa akan jadiiii.
Vote sikit 💗
![](https://img.wattpad.com/cover/341842373-288-k98282.jpg)
YOU ARE READING
Dah Jodoh
RomanceKAHWIN?! Minta maaflah! Qaseh Aulia mahu enjoy dahulu.Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan,dia tetap tidak akan terima. "Daddy nak jodohkan aku dengan anak kawan dia?Aku tak nak dikecewakan lagi.Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lel...