BAB 37🌹

94 7 0
                                    

🎀🎀🎀

Aku mengacau Nescafe panas itu. Minuman kegemaran Mikhael itu aku tatang berhati hati masuk ke biliknya. Dia yang aku lihat sangat sibuk itu hanya memandang sekilas ke wajahku apabila pintu terkuak. Namun sempat juga dia melemparkan senyuman untukku. Perlahan aku meletakkan mug berisi Nescafe panas itu diatas meja kerjanya.

"Minumlah Khael."

"Thanks sayang."

Aku berpaling lalu melabuhkan punggung ke sofa empuk hitam pekat itu. Mencapai majalah yang tersusun kemas. Satu persatu helaian aku belek.

Bosan!

Padan muka aku. Sibuk sangat nak mengikut Mikhael ke pejabat hari ini. Walau berulang kali dia menyatakan bahawa dirinya sangat sibuk hari ini dan mungkin tiada masa untuk melayan aku. Bimbang jika aku bosan katanya.

Aku mencapai telefon bimbit ku apabila terdengar notifikasi. Nombor yang aku tidak kenal. 'Siapa pulak ni?'

    Salam buat apa tu?

Erk siapa ni? Tak kenal pula aku.

     Siapa ni?

Kemudian telefonku berbunyi menandakan ada mesej baru.

    Rizal.

Rizal?? Dari mana dia dapat nombor telefon aku? Haish bala apa pula ni?!?

    Saya rindu awak Lia.

Malas nak melayan, aku campak telefon ke atas meja. Bunyi yang terhasil mengalihkan perhatian Mikhael terhadap kerjanya.

"Kenapa Lia?"

Aku tersengih sambil menggeleng perlahan. Aku bangun.

"Nak ke mana?" Soal Mikhael

"Tandas kejap."

"Okay"

Aku menapak keluar. Aku mengatur langkah menuju ke tandas.



Aku masuk semula ke bilik Mikhael. Aku lihat dia mundar mandir. Dia berpaling ke arahku. Aku sedikit terkejut melihat wajahnya yang merah padam. Seolah olah menahan marah.

"Awak okay ke ni?"

Mikhael hanya diam.

"Awak?"

Dia menarik lenganku kasar dan menolakku ke sofa. Dia berdiri sambil bercekak pinggang.

"Kenapa?"

"Siapa Rizal?"  Soalnya garang.

'Aduhh dia dah baca ke?' Aulia mencari telefonnya.

"Sayang cari ni?" Mikhael menunjukkan telefon Aulia yang berada di tangannya.

"Answer me Lia!"

"Dia ex saya. Yang awak jumpa haritu."

"Awak masih berhubungan dengan dia?" Mikhael mengetap bibirnya. Cuba mengumpul kesabaran yang hampir meletus bila bila masa.

"Tak." Aulia menafi.

"Dia kata korang saling mencintai."

"Tak jangan percaya cakap si Rizal tu. Percaya cakap saya."

Mikhael hanya diam.

"Khael awak cemburu ke?"

Mikhael memandang ke arah Aulia. Wajahnya mula mengendur.

"Of course Lia. Sebab saya sayang awak dan tak nak kehilangan awak."

Aulia tersenyum. Melangkah ke arah Mikhael yang hanya menunduk.

"Look at me." Aulia memegang rahang Mikhael.

"There's no one else in my heart. Only you Zafran Mikhael."

"Betul?"

"Ya hanya awak.

Mikhael membawa Aulia masuk ke dalam pelukannya.

"I'm sorry tinggikan suara tadi sayang."

"No it's okay."







Tbc


08/11/24

Vote banyak² okeeee



Silent reader silaaa munculkan dirii


much love ♡♡♡♡


Dah JodohWhere stories live. Discover now