Selepas membeli popcorn dan air mereka pergi ke tempat duduk masing masing.
"Lia.. kau sayang aku tak?"
"Kau kenapa Syaza?"
"Aku nak duduk tepiii encik abang tadi hehe." Syaza sengih tak bersalah.
"Ahh takde takde."
"Boleh la Liaaa. Aku dah lama single mingle triangle ni."
Aulia membombastic side eye Syaza.
"Boleh la ya?"
"Kukmung la."
"Cayaanggg kau."
*************
Aulia memekakkan telinganya bila Mikhael menjerit apabila hantu di screen muncul.
"Huwaa awat banyak sangat scene hantu ni." Mikhael menyoal sendiri.
"Heleh dah penakut tu penakut je la." Balas Aulia.
"Eh eh awak ni. Mana ada saya penakut. Saya berani je. Cuma hantu tu buruk sangat."
"Amboi kau! Nanti kalau jerit siap la."
"Okayy."
Tiba tiba ada scene jumpscare.
"Huwa mummy!"
"Ya Allah. Mana mummy kau? Aku nak hantar balik." Penat Aulia dibuatnya.
Ayyan tergelak. "Kesian Aulia kann."
Syaza sekadar tersenyum.
*********
"Thank you korang. Nanti bila bila kita boleh together macam ni lagi kan?" Tanya Syaza tak tahu malu.
"Boleh sayangg."
Blushing terokss Syaza.
"Sorry tadi eh awak." Ucap Mikhael ikhlas.
"Sokay." Balas Aulia.
"Okla kami pergi dulu." kata Syaza dan Aulia.
Mikhael dan Ayyan hanya menganggukkan kepala dan melambai seketika. Selepas Aulia dan Syaza hilang dari pandangan mata Ayyan memulakan bicara.
"Kau saja kan Khael? Ingat sikit eh kau tu dah nak kahwin ye Zafran Mikhael."
"Apanya?"
"Kau bukan penakut pun. Saja je kan?"
"Halahh sekali sekala bro."
"Nyomel je dia percaya yang kau penakut."
"HAHAH"
**********
"Mama suruh aku balik rumah dia."
"Ha pergi la."
"Aku nak jujur dah."
"Baguslah centuu."
"Ok malam japgi aku pergi sana."
********
Aulia tiba di perkarangan rumahnya. Dia terlihat kereta milik Zafran Mikhael mamat jongang tu. Dia melangkah ke arah pintu rumahnya.
Dengan lafaz bismillah dia memberi salam. Dia kini berada di rumah itu dengan fizikal yang baru,bukan blue hippo seperti yang dikatakan mamat jongang tu."Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Ya cari siapa cik?"
"Saya Aulia."
"Cik Aulia?"
"Ya saya."
"Jemput masuk Cik."
Keluarga Dato' Ikram dan keluarganya sedang berkumpul di ruang tamu.
"Assalamualaikum semua."
"Waalaikumussalam Lia." Balas Dato' Muiz.
'eh papa tak terkejut ke dengan penampilan aku?'
"Siapa ni Dato'? " Soal Datin Insyirah.
Dato' Muiz tersenyum kecil.
"Perkenalkan ni Qaseh Aulia. Satu satunya anak perempuan aku." Datin Airis terpana. Dia ingin menanyakan sesuatu tapi hanya diam.
Tiba tiba kedengaran salam diberi.
"Assalamualaikum. Maaf lambat."
Semua disitu mengalihkan pandangan pada empunya suara.
"W-waalaikumussalam." Jawab Datin Airis. Dia terkejut kali kedua dengan kekacakkan empunya suara tadi.
22/09/23
Vote la sikit. Kalau tak,cekik kau nanti baru tau 🦍
YOU ARE READING
Dah Jodoh
RomanceKAHWIN?! Minta maaflah! Qaseh Aulia mahu enjoy dahulu.Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan,dia tetap tidak akan terima. "Daddy nak jodohkan aku dengan anak kawan dia?Aku tak nak dikecewakan lagi.Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lel...