BAB 9 🌹

228 8 0
                                    

 Hari minggu Syaza dan Aulia sedang menonton televisyen di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari minggu Syaza dan Aulia sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Weyh Syaza.."

"Haa ada lah tu nak minta apa apa." Aulia hanya tersengih.

"Alaaa tolong laaa aku.."

"Kau nak apa?" Syaza menjeling.

"Kau pandai make up kan?"

"Ha lepas tu?"

"Okkk cunn."

"Kau dah kenapa Lia?"

"Hehe kau pernah tengok cerita Cinta Kolestrol tak?"

"Haa ada. Apa kena mengena."

"Nanti aku order online sarung gemuk yang Erra Fazira pakai tu." Aulia ketawa besar.

"Kau nak buat apa. Jangan buat kerja gila."

"Aku nak pakai waktu jumpa mummy nanti. Mummy nak kahwinkan aku. Jadi kalau future husband aku nampak aku gemuk lepastu nanti kau make up kan la aku buruk buruk. Mesti dia tak nak dekat aku."

"Kau biar betul Lia?"

"Tak boleh ke? Aku taknak kahwin lagi lah."

"Takk.. idea kau ni bernas sebenarnya. HAHA."

Aulia hanya tersenyum jahat.. Huahahaha kesian mummy nanti...

                      *********

Idham ternampak kelibat ibu bapanya yang sedang bersantai di ruang tamu. Dia ingin memberitahu tentang Aulia tetapi dibelenggu rasa bersalah. Di saat dia menghampiri ke Dato' Muiz,tiba tiba kedengaran suara perempuan memberi salam di pintu rumah.

"Assalamualaikum"

Dato' Muiz dan Datin Airis menjawab salam serentak.

"Id,pergi tengok siapa."

Idham akur. Dia mengatur langkah ke pintu rumah.

"Hai Id!!"

Terkejut beruk Idham. "Kak Lia!"

Aulia membuat isyarat senyap.

"Syhhh.."

Pelik Idham melihat akaknya tetibe gemuk. Padahal baru dua minggu lalu dia melihat kakaknya kurus je.

"Kenapa akak macam ni?"

Dato' Muiz dan Datin Airis terus bergegas apabila mendengar nama Aulia disebut oleh anak lelaki mereka.

Wajah mereka nampak riang pada mulanya. Namun sebaik sahaja melihat Aulia.. masing masing terkejut. Badan Aulia gempal. Malah dengan make up yang tebal.

"Aulia!" Seru Dato' Muiz.

"Yaa ni Aulia anak mummy dengan daddy." Dia mempamerkan senyuman palsu. Dia sebenarnya sebersalah juga.

Dia bersalaman dengan mummy dan daddy nya. Mereka berempat duduk di ruang tamu. Idham masih lagi ligat berfikir macam mana Aulia boleh jadi  gemuk macam ni.

Datin Airis memulakan bicara. "Mummy ingat Lia taknak balik." Dia memerhati wajah anaknya itu.

"Dagu kamu tu macam plastik je mummy tengok."

Aulia dah terkejut. 'tenang Lia'

"Eh mana ada mummy. Aulia dah makin gemuk sebab tu jadi macam ni."

Datin Airis mencuit lengan Dato' Muiz. Aulia tahu adalah perkara yang hendak dicakap mummynya.

"Lia mummy dengan daddy pergi dapur kejap." Aulia sekadar mengangguk.

Sementara di dapur...

"Abang! Saya tak sangka Lia makin gemuk. Saya ingat dia dah berubah."

"Yaa saya tahu."

"Abang tengok lah dia. Dengan gemuknya,make up tebal.. mesti Datin Insyirah tak jadi nak kahwinkan anaknya dengan anak kita."

"Hisyy jangan la cakap macam tu. Dia anak kita. Lagipun Dato' Ikram dan Datin Insyirah tak tengok lagi anak kita."

"Abang.. macam mana ni kejap lagi Datin Insyirah nak datang bawa anak dia sekali."

Sementara di ruang tamu....

"Oii kenapa diam je?"

"Kenapa akak pakai macam ni?" Dia menjeling kakaknya.

"Syuhh!! Jangan la cakap kuat kuat."

"Akak la.. nak menyamar pula."

"Ala akak ada rancangan akak."

Perbualan mereka terganggu apabila terdengar salam dari luar rumah.

"Siapa tu Id?" Tanya Aulia. Idham menjongket bahu.

"Mana Id tahu."

Datin Airis berlari lari ke arah Aulia dan menarik tangannya.

"Kenapa my?"

"Cepatlah ikut mummy! Cepat!"

Datin Airis hanya mementingkan penampilan dan kecantikan. Wanita itu sama sekali tidak menerima hakikat tentang anaknya yang makin membesar.

"Awak ni kenapa? Kenapa tarik Lia sampai macam tu sekali?"

"Abang.. kita kena sorokkan Lia ni. Dato' Ikram dan Datin Insyirah dah datang."

"Awak nak sorokkan dia dekat mana?"

Datin Airis kembali melihat Aulia.

"Biarkan mereka tahu hal sebenar. Jangan sorok sorok lagi."

Aulia terharu mendengar kata kata daddy nya. Dia ingat tiada siapa mengerti isi hatinya. Selama ni mummy malu ke dengan fizikalnya?

Datin Airis akhirnya akur dengan kata Dato' Muiz.


28/06/23

Jangan lupa vote.. ❤️

Dah JodohWhere stories live. Discover now