BAB 33🌹

205 9 0
                                    

Mikhael memerhati jalan raya yang agak lenggang hari ini.

"Haih perempuan! Kata nak pergi sekejap je ni dah dekat setengah jam! Ya Allah sabarkanlah aku." Bebel Mikhael seorang diri.

Mikhael memandang pintu masuk pasaraya tersebut. 'Penat dah aku.'

Aulia POV:

"Yang mana yang cantik eh? Yang ni ke yang tu?" Soalnya seorang diri.

Tiba tiba..

"Beri perhatian! Kepada Qaseh Aulia tolong cepat keluar dari Watson tu SAYANG! Penat ABANG tunggu!!!"

Aulia ternganga. 'ya Allah suami aku.. malunyaaa!!'

                           *******

Mikhael tersenyum puas.

"Baby shark do do do baby shark do do do"

Telefonnya berdering minta diangkat.

"Ya SAYANG ABANG.. dah siap shopping?"

"Mikhael! Malu saya!"

"Eh awak ni. Awak tu sesat dalam Watson tak keluar²."

"Eish awak ni!" Aulia memutuskan talian.

Mikhael tersengih.

"Auchh.." desis seorang.

"Sorry miss tak sengaja." Pinta Mikhael ikhlas.

"Zaf? Is that you?" Suara yang tak pernah lekang dari ingatannya.

Mikhael memandang empunya suara.

"Qis.."

"I miss you Zaf! Tak sangka jumpa you dekat sini." Luah Qistina.

"Baby shark do do do."

Tertera nama Aulia di screen telefonnya.

"Sorry I got to go." Pinta Mikhael. Dia berlari anak meninggalkan Qistina.

                             ********

"Fuh! Lama tunggu awak dekat sini!"

"Sorry la Lia. Jom mari kita balik. Saya kena pergi office."

"Oh ya okay."

   

                         ********

Mikhael termenung bersandar di kerusi. Ayyan sibuk menyiapkan dokumen dokumen dalam fail di atas meja.

"Kau ni Khael! Dari tadi termenung fikir apa?"

Mikhael masih membisu. Bayangan Qistina bermain di fikirannya. Hatinya masih mencintai Qistina. Qis.. kenapa baru sekarang kau nak muncul?

Ayyan menghentak meja. "Khael! Kau dengar tak apa aku cakap ni?"

Tersentak Mikhael dari lamunan. "Hah?! Tadi.. aku..."

"Aku apa engkau ni?"

"Tadi... Aku jumpa Qistina."

Bagai malaikat lalu. Terdiam masing masing.

"Qistina? Kau jumpa Qistina?" Soal Ayyan mahu kepastian.

"Haah. Dia dah balik dari UK."

"Habis tu kau nak buat apa?"

"Entah la Yan.. aku pun tak tahu."

Akhir sekali masing masing terdiam.

                            *******

Dato' Muiz memerhati isterinya. Mula tertanya tanya. Mahu kemana agaknya. Datin Airis sedang bersiap siap mengenakan baju kurung dan selendang. Sekali pandang, macam seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an. Padahal dia sudah hampir 60-an.

Dato' Muiz menghampiri isterinya.

Datin Airis memandang suaminya dari pantulan cermin.

"Abang,hari ni saya dan Datin Insyirah nak ke rumah anak menantu kita."

Dato' Muiz mengangguk. "Ohh baguslah. Kirim salah abang kat diaorang ya.

"Okay abang." Datin Airis mencium tangan suaminya.

Kereta BMW milik Datin Insyirah sudah menunggu Datin Airis di luar perkarangan rumahnya.

Dato' Muiz memerhati kereta tersebut hingga hilang dari pemandangannya.



Tbc

18/06/24

Selamat hari raya Aidil Adha 💕

Silent reader spam vote okyyy

Dah JodohWhere stories live. Discover now