KAHWIN?! Minta maaflah! Qaseh Aulia mahu enjoy dahulu.Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan,dia tetap tidak akan terima.
"Daddy nak jodohkan aku dengan anak kawan dia?Aku tak nak dikecewakan lagi.Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lel...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dato' Ikram dan Datin Insyirah bersiap siap mahu bertemu dengan Dato' Muiz walaupun tanpa undangan.
Akhirnya mereka tiba di rumah sahabat lama Dato' Ikram sewaktu belajar di luar negara. Mereka melangkah masuk tanpa dipelawa.
Dato' Muiz ketika itu sedang bersarapan bersama isterinya di halaman yang dihiasi taman bunga. Kehadiran tetamu yang tidak dijemput itu benar benar memeranjatkan mereka.
"Assalamualaikum,Dato' Muiz! Apa khabar? Ingat aku lagi tak?" Dato' Ikram menyapa.
Dato' Muiz masih berkerut seakan tidak percaya. Lama dia merenung Dato' Ikram dan Datin Insyirah. Seketika barulah dia ingat.
"Waalaikumussalam, my friend! Long time no see. How are you?"
"Well... Still young like 30 years ago." Dato' Ikram bergurau, cuba menceriakan keadaan.
Kedua duanya ketawa besar. Datin Insyirah dan Datin Airis saling berbalas senyum.
"Kenalkan.. my wife,Insyirah," ujar Dato' Ikram mesra.
"Hai,Insyirah." Sapa Dato' Muiz.
"Ehem." Datin Airis seakan akan inginkan perhatian. Dato' Muiz sedar akan isyarat itu. " Oh yaa.. ni isteri I, Airis." Dia memperkenalkan isterinya.
Datin Insyirah menghulurkan tangan untuk bersalaman. Datin Airis menyambut salam itu.
Mereka semua menuju ke ruang tamu untuk berbual. Sedang asyik berbual, Datin Insyirah terpana dek kelibat seorang teruna yang sedang menuruni anak tangga. Hati membuak buak ingin bertanya siapa gerangan pemuda itu.
"Er.. Datin,tu anak Datin ke?" Datin Airis terus berpaling memandang ke arah yang dipandang Datin Insyirah.
"Oh.. haah. Anak saya... Muhammad Idham Malek nama dia."
Senyuman lebar terbit di wajah Datin Insyirah. Bukan mahu mengorat. Tapi hatinya mengagak,pasti anak gadis Datin Airis amat cantik.
"Good looking. Kalaulah saya ada anak perempuan,boleh jodohkan."
Idham yang tidak perasan dirinya diperhatikan terus keluar menuju ke keretanya di garaj.
Datin Airis berasa kembang apabila anaknya dipuji. "Eh, Datin Insyirah takde anak perempuan ke?"
"Anak saya lelaki aje. Tunggal. Macam Datin Airis juga.." Datin Insyirah buat buat tak tahu mengenai latar belakang Dato' Muiz dan Datin Airis.
"Eh tak. Saya ada anak lagi sorang. Perempuan . Sepasang... Puteri dan putera." Datin Airis tersenyum.
Datin Insyirah membalas senyuman. Riang. " Oh ya ke.. Ada peluanglah untuk kita berbesan nanti kan?"
"Betul juga kan?" Datin Airis mengiakan cadangan Datin Insyirah sambil ketawa dibuat buat. Dia nak ke dengan anak aku tu? Dia sudah membayangkan tubuh gempal anak gadisnya.
Setelah makan tengah hari bersama sama,Dato' Ikram dan Datin Insyirah akhirnya pulang ke rumah.
***********
"Syaza,aku ingat esok aku nak balik KL." Kataku kepada Syaza.
"Kenapa? Kau tak selesa ke tinggal dekat sini?" Duga Syaza.
"Mummy aku.. nak jumpa aku." Kataku.
"Okey.. disebabkan kau dah nak balik KL beri feedback tentang kampung aku." Kata Syaza. Aku menjongket kening memandangnya.
"Macam macam la kau nih."
"Cepatlah bagi feedback." Desak Syaza.
"Aku rasa macam tak nak balik. Nanti aku rindu kampung ni. Rasa tenang je duduk sini. Hilang abis masalah. Aku dah jatuh cinta dengan kampung ni!!"
"Eee ngada ja kau nih. Dah gi tidur esok nak balik KL ann." Kata Syaza.
"Oky byeee nite."
********** "Ayyan nanti jumpa aku dekat rumah mama." Pesan Mikhael.
"Kenapa?" Tanya Ayyan
"Kau mari je lah. Mama rindu katanya."
Datin Insyirah bagaikan telah bersedia dengan kedatangan tetamu dan menyediakan hidangan untuk Ayyan.
"Hah! Dah sampai pun. Marilah masuk.." Datin Insyirah mempelawa Ayyan.
"Lama auntie tak jumpa Ayyan. Ayyan sihat ke?"
"Sihat auntie. Wah,auntie sekarang nampak makin muda and cantiklah. Sweet 17..." Ayyan membodek.
"Weyh,tak payah nak bodek bodek. Mama dah tua." Mikhael tersengih.
Datin Insyirah menjeling dan mencebik.
"Auntie nak bagitahu ni. Khael nak kahwin."
Laju Mikhael menyampuk. "Mana ada! Mama ni..."
Ayyan tertarik dengan kata kata Datin Insyirah. "Kahwin? Betul ke auntie? Jangan bergurau. Khael mana ada makwe. Lainlah macam saya ni. Awek keliling pinggang... Pun belum tentu kahwin. Awek Khael ni dah lari."
"Cakap baik baik sikit eh." Balas Mikhael.
"Eh sudahlah. Jom kita makan." Datin Insyirah mengajak.
Tampak jelas wajah Mikhael masih tidak berpuas hati. Tajam renungan matanya memerhati Ayyan yang asyik tersenyum.