BAB 6 🌹

342 8 1
                                    

Mikhael diam,tekun memandu. Hatinya seakan mengaku itu salahnya. Terlalu baran dan tidak berubah. Tidak pandai menjaga hati gadis yang umpama kaca,mudah pecah.

"Kau buat apa sampai minah tu mengamuk?" Tanya Ayyan.

"Aku cakap dia perempuan murahan."

Ayyan menggeleng. "Patutlah dia marah. Kalau aku pun aku tikam je perut kau. Kira baik juga la dia mandikan kau je."

"Aku dah bosan lah dengan perempuan. Tak ada ke yang nak dekat aku bukan sebab rupa dan harta." Keluh Mikhael.

"Zaman sekarang ni dah tak ada perempuan macam tu.. tak payah cari. Cukup lah sorang je. Kau kan dah nak kahwin. Lebih lebih bagi dekat aku." Ayyan menyakat.

Mikhael sekadar menjeling dan fokus kepada pemanduan kembali.

                        ********

Di sebuah restoran mewah di sebuah hotel,Dato' Ikram,Datin Insyirah dan Dato' Muiz dan isterinya,Datin Airis sedang makan tengah hari bersama.

"Tak sangka kita dapat makan bersama lagi." Dato' Ikram memulakan bicara.

"Betul tu." Dato' Muiz ketawa.

"Suasana dekat sini nyaman kan bang?" Datin Insyirah cuba meriuhkan suasana.

"Selama bertahun tahun aku tak jumpa kau. Sampai anak kau besar,anak aku pun dah besar. Kalau boleh biarlah hubungan sahabat ni kekal."

"Betul tu. Aku pun nak hubungan persahabatan kita ni kekal."

"Hmmm.. err apa kata.." Dato' Ikram memandang Datin Insyirah. "Er.. apa kata aku pinang anak perempuan kau untuk anak lelaki aku. Kau setuju?"

Dato' Muiz dan Datin Airis berpandangan.

"Er.. maksud kau kahwin?"

Pada mulanya situasi agak senyap. Kemudiannya...

"Aku setuju! Baguslah tu.. dapatlah kita berbesan kan?" Dato' Muiz menyetujui cadangan Dato' Ikram.

Mereka berempat ketawa. Tetapi Datin Airis cuma berpura pura ketawa,tidak menyetujui rancangan itu. Baginya, Aulia tidak akan setuju dan masih belum bersedia. Tambahan pula, Aulia seorang gadis gempal. Sukar bagi seseorang untuk menerima jodoh dari kalangan gadis gadis gendut.

                         **********

Dato' Ikram ketawa besar bersama isterinya sambil menonton televisyen. Mikhael dan Ayyan melintas lalu di sebelah ruang tamu.

Dato' Ikram menegur anaknya. "Baru balik? Sini, mama dan papa nak cakap sikit."

"Kalau mama dan papa nak cakap pasal kahwin,Khael setuju. Khael janji akan selamatkan syarikat papa." Dia terus bangun. Sempat mencium pipi Dato' Ikram dan Datin Insyirah sebelum berlalu ke bilik.

Pada mulanya Dato' Ikram dan isterinya tercengang. Namun,perlahan lahan berubah ceria pula di wajah mereka.

Dato' Ikram senyum. "That's my boy."
  
                           *********

Dering telefon mengembalikannya ke alam nyata. Nama pemanggil di lihat.

"Hello Assalamualaikum mummy." Sapa Aulia.

"Waalaikummussalam.. mummy nak bagitahu kamu yang mummy dan daddy nak satukan kamu dengan anak Dato' Ikram dan Datin Insyirah.

Aulia cuba berlagak tenang.

"Mummy kenapa tiba tiba je ni?" Soal dia pelik.

Ya lah dia kalau ikutkan bukannya nak kahwin lagi. Lagipun mummynya bukan tahu pun dia ada dekat Malaysia. Macam mana nak kahwin pulak.

"Daddy dah setuju dengan Dato' Ikram. Minggu depan kamu kena ada dekat rumah kita. Mummy tak kira apa alasan kamu nak bagi. Kalau tak ada dekat Malaysia minggu depan,mummy yang heret Lia nanti." Ugut Datin Airis.

Qaseh Aulia hanya pasrah mendengar. Dia tak ada pilihan.

"Tengok la dulu mummy. Oklah Lia ada kerja ni byee."

"Eh Lia mummy tak habis cakap lagi ni.."

Tutttt

Arghhh kenapa cepat sangat aku nak kahwin!!! Lelaki entah apa apa lahh yang jadi suami aku nanti hiks hiks.
Zaman bila kena dijodohkan mak bapak ni. Aulia mengeluh. Dia keluar dari bilik dan ternampak Syaza sedang melantak Maggi.

"Weyh jum teman aku gi beli something."

"Kau nak beli apa?" Tanyanya.

"Ishhh makan bagi habis dalam mulut dulu la kau nih. Aku nak beli kereta." Balas Aulia

"Kau nak beli kereta apa?" Tanyanya Sebelum minum air

"Kancil." Jawab Aulia ringkas.

Syaza tersembur.

"Eihhh kau ni pengotor lahhh." Syaza tersengih.

"Kau biar betul?! Bapak kau punya kaya nak beli kancil je?!"

"Yaa salah ke?"

"Herm ikut suka kau lah Lia oi."

"Ha nanti kita keluar.."

Syaza menggangguk dan sambung
makan balik.

05/6/23

Dah JodohWhere stories live. Discover now