Pukul 5.30 petang Mikhael dan Aulia bertolak untuk ke pasaraya.Setibanya di pasaraya.
"Kita nak cari apa dulu ni?" Tanya Mikhael
"Kita pergi beli rempah ratus lepastu beli barang rumah such as sabun mandi ke ha begitu."
"Okay."
"Pergi ambil troli." Arah Aulia.
"Yang menurut perintah tuanku."
Aulia tertawa kecil.
Semasa memilih barangan mereka telah berpisah seketika. Tinggal Aulia keseorangan di rak rak maggie itu.
"Haih siapa punya kerja la letak Maggie ni dekat rak atas atas. Aku ni dah la pendek dekat sini. Dia saja ke apa hah? Ni kalau aku tau memang aku saman siapa yang letak tinggi tinggi ni." Bebel Aulia sendiri.
"Dah tau diri tu rendah,minta la tolong orang yang tinggi. Ni tak,membebel je kerja." Ujar satu suara.
Aulia berpaling. Dia memerhati tajam jejaka di hadapannya.
"Ish berani awak kata saya pendek?" Marah Aulia.
"Apa? Saya hanya meludahkan fakta okay." Kata Mikhael.
Aulia menjeling. "Tolong ambil Maggie asam laksa tu."
"Ha kan bagus.." kata Mikhael sambil mengambil Maggie tersebut.
"Jom kita cari bahan basah."
"Okay.."
*******
"Okay Lia.. ni dada ayam." Tunjuk Mikhael
"Yang tu pula kaki ayam yang belakang tu bontot ayam." Tunjuk Mikhael lagi.
Aulia yang melihat terus mencubit lengan Mikhael sambil tersenyum.
"Aduh duh" Mikhael mengaduh.
"Yang tu saya tahu la Encik Mikhael." Kata Aulia perlahan sehingga mereka berdua sahaja mendengarnya.
Pekerja di situ hanya tersenyum melihat pasangan di hadapannya.
"Oh ye ke? Ingat awak tipikal gadis yang macam dalam drama tu." Ujar Mikhael selamba.
Sekali lagi Aulia menjeling maut kepada Mikhael.
********
"Lia cepat lah jalan." Kata Mikhael sambil berlari² sambil menolak troli.
"Eishhh kenapa la aku ada suami gila macam ni." Kata Aulia seorang diri.
Mikhael yang seronok berlari hampir sahaja melanggar seorang makcik di hadapannya.
"Mikhael!! Hati hati!" Jerit Aulia kuat.
Mikhael membrek kakinya dari terus bergerak.
Aulia berlari mendapatkannya.
"Ya Allah.. mak cik tak apa apa ke?" Tanya Aulia risau.
"Tak apa apa nak.. terkejut sikit.." balas mak cik tersebut.
"Maafkan saya makcik." Pinta Mikhael.
"Ha takpe nak.. nanti makan ubat ya..." Kata makcik itu seraya berlalu.
Aulia menahan tawanya. Mikhael menjeling tajam.
"Ha awak nak ketawa kan saya ya? Gelak lah." Ujar Mikhael geram.
"Betul ni? HAHAHAHA." Gelak Aulia
Mikhael berdecit geram. Dia berlalu meninggalkan Aulia.
"Eh awak tunggu lah sayaa." Sedar Mikhael meninggalkannya.
********
"Awak saya nak ni." Ujar Aulia.
"Eh dah banyak ni awak ambil." Kata Mikhael.
"Satuu je lagii." Aulia menunjukkan coklat Kinder Bueno tersebut sambil mengerdipkan matanya
"Ye lah." Putus Mikhael.
"Yeayy thank you awak." Kata Aulia kegirangan.
"Jom pergi bayar." Kata Mikhael.
*********
"Kita nak ke mana pula ni?" Tanya Mikhael.
"Jom pergi makan. Isteri awak dah kebuluran ni."
"Ye lah kejap saya call nak order. Awak nak makan apa?" Tanya Mikhael
"Saya nak nasi ayam satu. Lepas tu ayam tu saya nak masak ya. Lepas tu saya nak bihun sup. Sup tu tak nak masin sangat. Letak daging dengan ayam je bahagian dalam tak nak." Balas Aulia lancar.
Mikhael ternganga.
"Again please?" Pinta Mikhael.
"Ish awak ni pekak la. Meh saya cakap dengan pekerja tu."
Mikhael menyerahkan telefonnya kepada Aulia.
"Hello orang sebelah sana. Saya nak nasi ayam satu. Lepas tu ayam tu saya nak masak ya. Kalau tak saya cekik awak. Lepas tu saya nak bihun sup. Sup tu tak nak masin sangat. Letak daging dengan ayam je bahagian dalam tak nak." Ujar Aulia senafas.
Aulia menyerahkan kembali telefon Mikhael.
"Ha kau dengar tak Faiz? Aku nak dua set tau." Kata Mikhael kepada orang sebelah sana.
Mikhael meletakkan panggilan. 'Haih isteri aku ni bab makan je laju.' bisik hati Mikhael.
Tbc
26/01/24
Hi! Keep support. Vote sikit 👻
YOU ARE READING
Dah Jodoh
RomanceKAHWIN?! Minta maaflah! Qaseh Aulia mahu enjoy dahulu.Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan,dia tetap tidak akan terima. "Daddy nak jodohkan aku dengan anak kawan dia?Aku tak nak dikecewakan lagi.Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lel...