BAB 36🌹

37 1 0
                                    

"Hi Zaf.. miss me?"

"Qistina.. what are you doing here? Kalau takde apa yang penting you boleh balik. Pintu tu sentiasa terbuka." Kasar nada Mikhael membalas.

"I datang untuk you. Nak melawat you. Tak boleh ke?"

Mikhael mengangguk. "Boleh. I tak pernah larang. Tapi I busy sekarang." Sengaja Mikhael mengambil fail di atas mejanya , menyelak satu per satu dokumen di dalamnya.

Qistina tersenyum.

"Okay. But boleh ke kita pergi lunch macam dulu dulu? Please."

Mikhael hanya diam.

"Please.."

"Fine. Let's go."

                 ************
Ting!!

Telefon pintarnya berbunyi tanda masuk pesanan ringkas. Aplikasi WhatsApp dibuka dan melopong Aulia dibuatnya. Terdapat kiriman gambar suaminya makan bersama seorang wanita. Sesuai nafas Aulia melihat adegan mesra suaminya itu. Siap bersiap makanan. Tangannya diletakkan di dada yang berombak ombak kencang.

'Hati , oh hati, kau masih okay kan?'

Air mata yang hampir menitis diseka kasar. "Kenapa dengan aku ni?" "Kau sayang dia dah ke?" Dia bertanya kepada diri sendiri.

Ya, tidak dinafikan yang perasaan cinta terhadap suaminya sudah mula bercambah dalam hati.

'Siapa perempuan tu?' Hati mula tertanya.

'Ah baik aku pergi solat. Moga Allah beri ketenangan.'

                       ********

Tepat jam 9.00 malam Mikhael tiba di rumah. Hairan dia apabila Aulia tidak kelihatan di ruang tamu. Selalunya Aulia akan menunggu kepulangannya. Tipulah kalau dia tak terharu , malah mula ada perasaan yang berputik.

Dia melangkah ke arah dapur. Tiada juga.

'Hm dalam bilik dia kut.'

Dia mengetuk pintu. "Lia.."

                     *********

Aulia membuka pintu. "Kenapa?"

Mikhael merenung isterinya dalam dalam. Kenapa nampak pelik je isterinya hari ni.

"Saya ada buat salah ke?" Soal Mikhael bingung.

"Masuklah dulu." Pelawa Aulia.

Mikhael duduk di birai katil.

"Saya ada sesuatu yang nak tunjukkan kepada awak" Telefonnya dihulurkan ke arah Mikhael.

Foto lagak manja seorang wanita yang sedang menyuapkan makanan ke mulutnya.

'Qistina..'

"Saya boleh jelaskan" ujar Mikhael

"Okay."

"Saya dengan Qistina hanya pergi makan sahaja tadi. Dia baru balik dari UK. Dia rindu nak suap macam tu dekat saya macam dulu. Kami hanya sekadar kawan Lia. Percayakan saya."

"Kawan je?"

Mikhael menelan liur. Perlahan dia mengangguk. 'Maafkan saya.'

"Baiklah kalau macam tu." Tenang Aulia menjawab.

"Lia... Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak." Dia pasti dengan keputusan dia. 'Aku tak nak hilang Lia.'

"Saya sebenarnya dah jatuh hati pada awak." Ujar Mikhael senafas.

Aulia kelu.

Melihat Aulia yang hanya diam Mikhael berasa kecewa.

"Tak apa lah kalau awak tak sud.."

"Kenapa tak cakap awal awal?" Aulia mencantas percakapan Mikhael.

"Kenapa? Saya seganlah nak cakap." Merah telinga Mikhael.

"Saya pun dah lama jatuh hati pada awak."

Ternaik kening Mikhael mendengar pengakuan Aulia. Dia ketawa. Dia menarik pinggang Aulia lalu melabuhkan ciuman ke dahi isterinya.

'Krukk..'

Mikhael tergelak. "Ala kesian isteri abang ni. Lapar ya?"

Aulia sudah memerah pipinya.

"Jom makan dulu."

Mereka berpegangan tangan melangkah ke arah meja makan.







Tbc

04/10/24


💋 Happy reading semua
















Dah JodohWhere stories live. Discover now