BAB 5 🌹

274 11 0
                                    

Aulia dan Syaza menyalami Puan Suraya diikuti melagakan pipi. Well,girl be like.

"Hati hati." Pesan Puan Suraya. Kami mengangguk.

Kereta dipandu Syaza keluar dari halaman rumah. Syaza menekan hon tanda kami akan bertolak sekarang.

Akhirnya perjalanan panjang berakhir.

"Woi Lia bangun." Kejut Syaza.

"Ni rumah sape?"

"Sewa la." Balas Syaza.

Aku mengangguk.

"Dah jom rehat dulu nanti malam kita pergi makan." Atur Syaza.

"Ok."

                   *************

Restoran Kopitiam menjadi pilihan Qaseh Aulia dan Syaza. Mereka makan menikmati udara malam di situ.

Tiba tiba mereka terpandang kelibat dua orang lelaki sedang berjalan di luar restoran. Ternganga sejenak mereka dek melihat ketampanan dua orang lelaki itu. Mereka bagai dipukau.

Rupa rupanya bukan mereka sahaja yang memerhatikan jejaka jejaka itu. Ramai gadis lain turut memandang. Aulia berasa meluat dan menggeleng geleng.

Laju dia makan. Akhirnya habis juga makanannya. Gadis itu menuju ke tempat basuh tangan bersebelahan dengan tandas. Tiba tiba dia terlihat lelaki tadi melangkah keluar dari tandas dan berdiri di hadapan singki untuk membasuh tangan.

Qaseh Aulia seakan akan berdebar hendak menghampiri lelaki itu. Hendak berpatah balik,sudah separuh  jalan. Dia memberanikan diri untuk membasuh tangan di sebelah pemuda tadi.

Tiba tiba.....

"Eh,kenapa sabun ni?" Cecair pembasuh itu seakan akan tidak berfungsi kerana penatnya ketat.

Lelaki tadi memandangnya pelik. Setelah menekan berkali kali,akhirnya penekan sabun itu berfungsi. Namun dos cecair yang keluar berlebihan sehingga terpercik ke dada baju lelaki itu.

Tangan Aulia laju menutup mulutnya,rasa bersalah dan cuak.

"Alamak!! Encik sorry sorry. Saya betul betul minta maaf. Saya tak sengaja." Dia cuba mengelap baju lelaki itu dengan tangannya.

"Eh.. tak payah,cik." Muka lelaki itu seakan geram. Dia menepis tangan Aulia.

Aulia tidak peduli tangannya ditepis. Dia terus mengelap sabun tadi.

"Eh,dahlah! Aku tahu ni trick perempuan murahan je nakkan perhatian aku.!"

Tangan Aulia terhenti. Terlopong mulutnya akibat terkejut dimarah sebegitu.

Pemuda itu mencapai tisu dan mengelap bajunya. Langsung tidak meminta maaf pada si gadis.

Qaseh Aulia terpinga pinga ditinggalkan. Sungguh biadap dan kejam lelaki itu.

"Perempuan murahan? Aduhhh panasnya hati!! Kenapa semua lelaki macam.... macam.... arghhh!" Buku lima digenggam erat. Macam nak gaduh pula.

"Ingat dia tu hensem sangat ke?" Dia berfikir sejenak. "Tahulah memang hensem. Tapi jagalah budi bahasa. Dasar lelaki gila."

Dia kembali mencuci tangan. Hatinya masih panas. Selesai membasuh tangan dia kembali ke meja makannya. Di jeling ke arah lelaki tadi.

Pemuda itu berbual dengan rakannya. Macam takde perasaan bersalah langsung. Dia mencapai gelas berisi air jus tembikai.

"Kau pandang lelaki tu eh? Hensem kan?" Tanya Syaza.

Makin geram Aulia. Dia bengang melihat lelaki itu ketawa besar dengan rakannya. Dia terus bangun dari kerusi dan menghampiri lelaki itu dengan membawa jus tembikainya.

Tidak semena mena, dia menuangkan air jus tembikai ke kepala pemuda tadi. Suasana riuh menjadi senyap.

"Itu hadiah dari kata kata awak yang biadap."

Terbeliak mata Syaza melihat keberanian Aulia.

Pemuda itu lantas bangun dari kerusi. Dipandang gadis di hadapannya. Aulia sedikit pun tak gentar dengan renungan lelaki itu.

"Kata kata apa? Saya cakap apa dekat awak?" Dengan nada lembut pemuda itu bertanya.

Aulia senyum dan menjawab lantang.

"Awak jangan ingat semua perempuan murah. Setahu saya awak lagi murah. Janganlah berlagak kaya!
Janganlah berlagak bagus sangat! Pakai je smart entah entah hutang keliling pinggang."

Pemuda itu membalas senyuman Aulia. "Dah puas?"

"Tak!"

"Siramlah lagi!!" Jerkah lelaki itu.

"Apahal pulak?!"

"Untuk puaskan hati kau. Siram!"

"Taknak!" Aulia menjeling dan menyilangkan tangan.

"Siramlah!"

Makin bingung pengunjung di restoran itu. Macam budak budak.

"Tak mahu!"

"Siram!"

"Siram apa ni? Tak mau! Tak mau! Tak mau lah! Tak faham ke?!" Aulia menjerit sekuat kuat hatinya tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Syaza dan rakan pemuda itu terus masuk campur untuk meleraikan pergaduhan.

"Sudahlah Khael. Malu weyh gaduh cam ni." Ayyan memegang bahu Mikhael.

Syaza mengusap belakang badan Aulia. "Aku respect dengan kau! Tapi dah aaa malu dowh. Jom balik. Sepatutnya kau penampar je tadi." Kata Syaza.

Aulia menjeling. Mereka terus beredar.

02/6/23

•_• jangan lupa votee.. 💕





Dah JodohWhere stories live. Discover now