Dato' Ikram dan Datin Insyirah dijemput ke dalam rumah. Mereka semua berkumpul di ruang tamu. Tiba tiba Datin Insyirah bertanyakan soal Aulia.
"Datin Airis... Saya teringin nak tengok bakal menantu saya.. dia dah balik Malaysia ke?"
Aulia mencebik. 'aku punya la besar dekat sini.'
"Datin Insyirah... Anak kami dah balik Malaysia dan ada dalam rumah ni."
Tersenyum Datin Insyirah. "Mana dia?"
Datin Airis tersenyum. Aulia tahu senyuman itu hanya dibuat buat. Jadi,selama ini mummynya memang tidak menerima hakikat bahawa anaknya gemuk.
Dato' Muiz bersuara. "Inilah.. anak kami. Qaseh Aulia. Kenalkan.."
Dato' Ikram dan Datin Insyirah awalnya tersenyum terdiam.
Idham bangun dan membisikkan
pada Aulia. "Padan muka kak Lia." Lantas dia meninggalkan ruang tamu.Datin Airis mencuit lengan Dato' Muiz. "Kejap ya.. nak ke dapur buat air.. abang jom tolong saya."
Di dapur...
"Abang.. macam mana ni? Mesti Datin Insyirah tak terima anak kita tu. Ingat makin kurus ni makin gemuk adalah."
"Tengok... Itu kelemahan awak. Awak tak boleh terima Lia seadanya."
Datin Airis sekadar menjeling. "Abang saya tak sedap hatilah."
"Kenapa pula? Kalau diaorang tak nak terima anak kita.. tak apalah. Diaorang berhak cari yang terbaik untuk anak mereka."
"Habis tu bila Aulia nak kahwin."
"Ada jodoh ada sayang.."
Di ruang tamu...
"Aulia.. auntie datang sini sebab nak bagitahu yang auntie dah ada calon lain. Ya lah sebab anak auntie tu dia handsome kurus."
Aulia sudah mengagak. Yalah.. manusia hanya cari kesempurnaan kan?
"Ya auntie..." Dalam diam Aulia senyum. 'rancangan aku berjaya'
"Lagipun anak auntie tu ramai yang sukakannya. Famous la katakan. Nak la yang sepadan dengan dia. Ni tak.. dapat yang gemuk.. cermin mata tebal. Make up pun dah macam badut."
'hisyy menyampah pulak aku orang tua ni'
"Takpe la auntie kalau saya gemuk pun tak susahkan auntie. Lagipun cantik ke ensem ke tua nanti sama ja kan?"
"Menjawab pula.."
Tiba tiba...
"Ma..." Suara seorang pemuda menegur Datin Insyirah.
Datin Insyirah kenal suara tu. Dia melihat gerangan yang memanggilnya. Dia tergamam..
"S-siapa kamu ni?" Tanyanya kehairanan.
"Ni kan anak mama Khael." Mikhael memandang mamanya dan Aulia. 'gemuknya!!'
Dato' Ikram mengangguk. Membenarkan bahawa itu anaknya.
"Kenapa Khael pakai macam ni?"
Aulia ketawa hahaha. 'kurus konon'
"Pakai macam mana mama? Ni Khael kan.. Mama tak cam ke?"
Datin Insyirah sangat marah lalu menarik Mikhael keluar dari rumah Dato' Muiz.
Datin Airis dan Dato' Muiz yang baru sahaja selesai menghidangkan makanan berasa hairan. 'apa riuh riuh tu'
"Datin Insyirah nak kemana tu?" Datin Airis sempat bertanya.
"Nak balik.. nanti kita bincang ya.." Dato' Ikram sekadar menggeleng gelengkan kepalanya. Tidak faham akan tingkah isterinya.
"Aku balik dulu la Dato' Muiz.. aku pun tak faham isteri aku tu."
Datin Airis memandang pemuda yang ditarik oleh Datin Insyirah tu. "Siapa pemuda tu Lia? Besarnya perut."
Aulia senyum. "Dialah anak Datin Insyirah tu yang handsome tu." Sempat Aulia menyindir.
Datin Airis bagaikan tidak percaya.
*********
Sepanjang perjalanan ke rumah. Datin Insyirah tidak habis habis membebel Zafran Mikhael.
"Kamu nak malukan mama ke Khael? Kenapa pakai macam ni? Ni mana kamu dapat gigi palsu ni.. dengan perut buncit. Ish mama geram betul!" Datin Insyirah menampar nampak perut palsu itu.
Mikhael menolak perlahan tangan mamanya.. "Maaa.. jangan laaa barang orang ni."
"Siapa punya barang hah?!"
Mikhael hanya mendiamkan diri. 'ala mama ni hencem ape haha'
*********
Aulia yang sedang menjamu selera dengan keluarganya ketawa kecil. Dia masih ingat muka terkejut makcik tadi.
"Hah.. Lia makan elok elok. Jangan gelakkan orang. Kamu pun sama apa kurangnya dengan dia tu."
Idham memerhati sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.
Datin Airis memerhatikan pinggan Aulia. "Kamu ni makan sikit je.. tapi badan kamu.."
Dato' Muiz menyampuk.. "Ala dia tengah diet lah tu."
Datin Airis hanya mengiakan sahaja.
14/7/23 Jangan la jadi silent reader.. tolong vote cikkitt 🥀
YOU ARE READING
Dah Jodoh
RomanceKAHWIN?! Minta maaflah! Qaseh Aulia mahu enjoy dahulu.Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan,dia tetap tidak akan terima. "Daddy nak jodohkan aku dengan anak kawan dia?Aku tak nak dikecewakan lagi.Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lel...