BAB 1

6 0 0
                                    

Pertama kali aku menjejakkan kaki di sini, hatiku menjadi tenang dan damai sekali. Kami berpindah ke Kuala Lumpur setelah papa ditukarkan untuk menguruskan syarikatnya di sini. Aku memandang sekeliling rumah kami. Lebih besar dan cantik dari rumah lama kami. Terdapat sebuah kolam mandi di tepi rumah itu. Perlahan-lahan aku masuk mencari kelibat abang Norman yang hilang entah ke mana. Apabila aku terdengar suaranya di tingkat atas, cepat-cepat aku menaiki tangga untuk mendapatkannya. Aku mendekati abang Norman yang sedang berdiri di dalam sebuah bilik yang luas.

"Ini bilik along okay? Tuan puteri tolong cari bilik lain" abang Norman meletakkan beg pakaian dan gitar kesayangannya di dalam bilik itu. Aku memandang sekeliling bilik itu. Luas, cantik dan permandangan di luarnya pun nyaman. Hatiku mula tertarik pada keseluruhan bilik itu.

"Along, boleh bagi tak bilik ni kat adik? Adik sukalah bilik ni" aku mula memujuk abang Norman.

"What! along tak dengarlah adik cakap apa tadi." abang Norman mendekatkan telinganya ke muka ku. Aku geram melihat telatah abang Norman yang sengaja ingin mengundang kemarahanku.

"Adik cakap, adik nak bilik ni!" jeritku kuat ke telinga abang Norman.

"Boleh ulang sekali lagi tak? Along betul- betul tak dengarlah" jawab abang Norman sambil tersenyum.

"Along, adik tak sukalah macam ni. Adik nak juga bilik ni ". kataku tidak berpuas hati.

"Kalau tuan puteri nak sangat bilik ni, tuan puteri kena dapatkan dulu kunci bilik ini" abang Norman menunjukkan kunci bilik di tangannya.

"Along bagilah adik kunci bilik tu". aku memujuk along untuk memberikan kunci bilik tersebut kepadaku.

"Cepat ambil sayang. Kalau dapat, serta-merta saja bilik ini akan menjadi milik adik. Cepatlah sayang" abang Norman mengacah-acahkan kunci di tangannya.

"Along, tak adillah macam ni. Along tinggi, mana adik sampai". aku mula memprotes.

"Cepat sayang, lompat tinggi sikit". along memprovokku lagi.

"Along!" aku cuba melompat untuk mencapai kunci di tangan abang Norman.

Norman ketawa kuat melihat tingkah laku adiknya yang cuba mendapatkan kunci bilik di tangannya. Datuk Osman dan Datin Maria yang sedang membantu beberapa pekerja memunggah barang dari lori terkejut mendengar keriuhan di tingkat atas.

"Kenapa pula tu bang?" soal Datin Maria.

"Entah" jawab Datuk Osman ringkas.

"Cepat bang, kita tengok budak berdua tu di atas" dengan pantas Datin maria menuju ke pintu.

Datuk Osman melangkah pantas meninggalkan isterinya menuju ke tangga. Suara anak-anak kesayangannya jelas kedengaran di telinganya. Kalau di biarkan, mahu meletus perang ke-4 dan pernah suatu ketika dulu, tangan Norman terluka akibat gigitan adiknya, Nur Ain.

"Along, adik kenapa ni?!" jerit Datuk Osman di muka pintu.

Aku dan abang Norman menoleh ke arah pintu. Papa sedang berdiri sambil matanya merenung tajam kepada kami berdua.

"Along ni papa, dia tak bagi adik bilik ni. Adik nak bilik ni papa" aku mendekati papa.

"Along, kenapa tak bagi adik bilik ni? Rumah ini kan besar, banyak bilik kamu carilah bilik lain, bagi adik bilik ini". kata papa yang sudah menyebelahiku itu.

"Tapi along yang dapat bilik ni, jadi bilik ni along yang punya" jawab Norman perlahan.

"Along kan abang, jadi along kena mengalah dengan adik" pujuk mama tiba-tiba. Bila masa masa muncul aku pun tak perasan.

"Tapi mama......." along tidak puas hati.

"Norman" papa bersuara keras.

"Nah, mengada-gada" aAbang norman menghulurkan kunci bilik kepadaku. Aku mencapai nya sambil tersenyum, dapat juga aku bilik ni tapi kesian abang Norman selalu kena beralah dengan ku.

"Terima kasih along!" kataku kepada along.

"Dah sekarang along dengan adik, pergi bawah tolong mama dan papa angkat barang-barang . mari sayang. " mama menarik tanganku menuju ke pintu.

"Adik, lain kali jangan bergaduh dengan along. Kesian along dari dulu sampai sekarang. Selalu mengalah dengan adik. Adik dah lupa? Dulu adik pernah gigit tangan along sampai luka " cerita mama ketika kami menuruni anak tangga.

"Mama, masa tu memang lah adik marah dan geram sangat dengan along. Dia yang cari masalah dulu, siapa suruh letak ular getah dalam bilik adik lepas tu siap main sorok-sorok nak takut kan adik. adik geram adik gigit lah tangan along" aku memandang mama.

Mana boleh ku lupakan peristiwa 5 tahun lepas. Abang Norman menakutkan aku dengan meletakkan ular getah di atas katil. Aku apa lagi terperanjat beruk lah aku waktu itu. Lepas tu abang Norman sedap-sedap bolah duduk dalam almari baju aku. Bila aku buka pintu almari untuk mengambil baju, tiba-tiba abang Norman menghulurkan tangan kanan nya. Aku yang terkejut dengan tindakan nya, terus capai tangan nya lalu ku gigit sampai berdarah. 2 minggu tangan abang Norman berbalut. Padan muka abang Norman!.

"Adik, adik". Terdengar suara mama memanggilku. Aku tersentak lalu menoleh ke arah mama.

"Mama panggil adik?" aku mendekati mama.

"Jauh adik mengelamun. Teringatkan siapa?" soal mama lembut.

"Tak ada siapa mama, cuma adik ingat kan peristiwa yang lama" aku mencapai sebuah kotak di tangan mama.

Datin Maria tersenyum melihat telatah anak kesayangan nya Nur Ain. Bagi diri nya, Nur Ain umpama racun dan penawar di dalam hidup nya. Sesekali terdengar gelak tawa Nur Ain dan Mak Jah, pembantu rumah mereka yang telah lama bekerja dengan keluarganya.

"Tu tak lain tak bukan, mengumpat along lah tu" jerit abang Norman yang sedang mengangkat kerusi kesayangan mama.

"Mana ada. Jangan nak perasan, kami tak ada masa nak mengumpat along. Betul kan Mak Jah?" aku memandang Mak Jah yang sedang menyusun kerusi di ruang tamu.

"Mak Jah jangan nak berkomplot dengan adik, along tahu Mak Jah dan adik mengumpat pasal along kan?" abang Norman menuju kearah kami.

"Mak Jah cerita dengan along, adik cakap pasal apa?"Norman memegang tangan Mak Jah, wanita separuh umur sudah di anggap seperti ibu nya yang ke -2.

"Tak ada apa-apa. Mak Jah nak ke dapur nak tengok barang-barang yang belum di susun." Mak Jah berlalu meninggalkan kami berdua.

"Tak apa. adik ada Mak Jah untuk di buat kawan, along pun ada kawan juga" abang Norman mendekati ku.

"Siapa?" soal ku hairan.

"Tu. Papa dan pak Joned" abang norman menundingkan jari telunjuk nya ke arah papa dan pak cik Joned yang sedang sibuk.

"Malas nak layan along, tolong mama lagi bagus"aku berlalu meninggalkan abang Norman sendirian.

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now