BAB 38

153 2 0
                                    

Aku mengaya-gayakan diriku di depan cermin. Lipbalm dicapai lalu dicalit ke bibirku, tidak mahu terlalu nampak pucat. Deruman enjin kereta Azrul di halaman rumah terus mengejutkan aku dari khayalan. Dari tadi aku berkhayal memikirkan hidup bahagia bersama-sama dengan Azrul. Terdengar suara merdu Azrul memberi salam. Aku terus mencapai telefon bimbitku dan beg tanganku. 

"Azrul" panggilku lembut. Azrul bangun lalu menoleh. Aku dapat lihat yang mata Azrul terpaku menatapku tanpa berkelip. Perlahan-lahan aku mendekati Azrul yang segak berbaju kemeja berlengan panjang berwarna ungu. Sangat sepadan dengan warna bajuku.  

"Macam berjanji saja" tegur mama perlahan.  

"Yalah Az. Dah macam pengantin baru" aku terus duduk di sebelah Azrul.  

"Baguslah tu" jawab Azrul sambil tersenyum manis memandang mama.   

"Papa mana mama?". Tanyaku kapda mama apabila tidak nampak batang hidung papa.

"Papa ada hal sikit". Ringkas mama menjawab soalanku.

"Mari Az, kita pergi" aku bangun sambil menarik hujung lengan baju Azrul. 

"Az kan baru sampai. Air pun belum minum lagi, sabarlah dulu adik oi kalau nak berdating pun" tiba-tiba Mak Jah muncul dari dapur membawa segelas air oren. Aku terus tertunduk malu.

"Tak masin ke air oren ni" Azrul memandangku dengan senyuman nakal.

"Az perli Ain ke?" kataku manja. Azrul cuma tersenyum saja.


Bunyi tapak kaki di selang seli dengan bunyi beg berdetup detap menuruni anak tangga. Kami semua menoleh memandang ke arah bunyi tersebut. Kelihatan abang Norman sedang turun dengan membawa beg luggagenya.                                          

"Along nak ke mana?" soal Azrul mesra.    

'Aiik, sejak bila dah pandai panggil abang kita along ni' bisik hati kecil ku. 

"Abang long nak ke Perlis. Ada kursus bengkel muzik dekat sana" jawab abang Norman sambil melabuhkan punggung di sofa.  

"Lama ke along pergi?" soal Azrul lagi.  

"Sejak bila dah pandai panggil abang kita along ni"aku bertanya sambil mata tajam memandang Azrul.

"Abang awak kan abang kita juga " jawab Azrul serius.  

"Along pergi cuma seminggu saja" Kata abang Norman ringkas. 

"Seminggu? tadi kata 5 hari" tanyaku kehairanan. Sejak bila 5 hari jadi seminggu ni?  

"Kursus tu 5 hari je. Yang lebih tu along ada rancangan". Kata abang Norman sambil tersenyum.

"Adik tahu. Along mesti nak pergi rumah buah hati along kan? Mama, nampaknya jauh lah kita nak hantar pengantin esok nanti sampai ke Perlis sana" aku senyum senget memandang mama.

"Adik!" jerit abang Norman geram.   

"Mari Ain, kita dah lambat ni. Mak cik,along, saya nak bawa Ain keluar boleh?". Soal Azrul meminta izin.

"Mak cik izinkan. Hati-hati pandu kereta". Kata mama lembut.  

"Mama, Adik pergi dulu ya" aku mencium tangan mama. 

"Along nak saya hantar kan ke KL SENTRAL? Boleh saya tolong hantarkan" Azrul bersalam dengan abang Norman. 

"Tak payahlah Az. Along cuma nak pesan, sementara along tak ada ni tolong tengok-tengokkan dan jaga Nur Ain" pesan abang Norman kepada Azrul. 

"In shaa allah long, tapi saya takut kalau Ain pulak yang kena jaga saya". Seloroh Azrul sambil ketawa kecil.  

"Mak cik, saya pergi dulu. Kalau pak cik balik nanti sampaikan salam saya pada pak cik" Azrul mencium tangan mama.  

"In shaa allah Azrul".  Ujar mama ringkas.    


Hon kereta mengejutkan kami semua. Kelihatan sebuah kereta Porshe berwarna merah berhenti di depan pintu pagar. 

"Mama, kawan along dah sampai. Along pergi dulu ya" abang Norman mencium tangan mama lembut. 

"Along pergi dulu. Az ingat pesan along tadi, jaga Ain. Ain ni dahlah manja sikit". Kata abang Norman sambil tersenyum senget memandangku.

"In shaa allah along" jawab Azrul pendek.

Setelah abang Norman pergi, Azrul mencapai hujung lengan bajuku.  

"Alamak! Ain terlupa pula nak ambil dompet Ain. Kejap eh Az, Ain ambik kejap." aku berlari masuk ke dalam. 

Di kesempatan itu, Azrul merenung wajah Datin Maria. Baginya, Datin Maria seperti ibunya sendiri. Perlahan-lahan tangan Datin Maria di capai dan di cium lagi tapi kali ini lebih lama.


"Mak cik walau apa pun yang terjadi pada diri saya nanti mak cik tolong rahsiakan perkara ini dari pengetahuan Nur Ain. Saya mahu Nur Ain berjaya dalam peperiksaan nya nanti. Saya sayang mama. Mama tolong ampunkan kesalahan saya, maafkan saya kerana tidak dapat membahagiakan Nur Ain" tutur Azrul lembut sambil mencium lembut tangan Datin Maria. 

Datin Maria terkejut mendengar Azrul memanggilnya dengan panggilan mama. Itulah pertama kali Azrul memanggilnya sebegitu. Azrul terus melepaskan pegangan tangannya apabila dia melihat Nur Ain semakin hampir dengan mereka berdua.  

"Mari Az kita pergi. Mama, adik pergi dulu ya" aku mencium tangan dan pipi mama lalu menuju ke kereta BMW kepunyaan Azrul. 

Azrul berdiri di keretanya. Sebelum masuk ke perut kereta, dia memandang Datin Maria dengan pandangan mendung. Azrul terus melambaikan tangannya kepada Datin Maria.   

"Mama Ain baik kan? Beruntung siapa yang dapat mama seperti mama Ain" Azrul berkata sambil tangannya menghidupkan enjin keretanya. 

"Mama Ain memang baik. Az tu yang beruntung sebab dapat ibu mertua seperti mama Ain" aku mengenakan tali pinggang ke tubuhku.


Datin Maria termangu di depan pintu. Ucapan Azrul tadi benar-benar menusuk ke dalam jiwa dan hatinya. Tiba-tiba airmatanya terus mengalir di pipi tuanya. Kalaulah sesuatu terjadi kepada Azrul nanti, bagaimana lah dengan kehidupan Nur Ain pada masa akan datang. Datin Maria terus beristighfar di dalam hati,dia sudah terlanjur berfikir. 

"Puan? kenapa Puan menangis?" Mak Jah berdiri di sebelah Datin Maria.   

"Mata saya pedih Mak Jah. Ni ada apa Mak Jah?" Datin Maria segera mengesat airmatanya.  

"Tuan Osman telefon" jawab Mak Jah ringkas lalu masuk kedalam.

Datin Maria berjalan masuk ke dalam. Memang dia sedang menanti panggilan dari suaminya Datuk Osman yang pergi menemui keluarga mereka di kampung di MELAKA untuk memberitahu tentang rancangan majlis perkahwinan Nur Ain dan Azrul.

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now