BAB 22

169 4 0
                                    

Aku membantu Mak Jah mengemas meja dan membasuh pinggan. Walaupun sudah beberapa kali di larang oleh Mak Jah, tapi aku tetap berdegil untuk menolongnya di dapur. Usai melakukan kerja di dapur, perlahan-lahan aku mengatur langkah menuju ke ruang tamu. Di ruang tamuh aku lihat hanya terdapat papa dan mama yang sedang menonton televisyen.

"Mama, along dengan Azrul mana?". Tanyaku kepada mama dengan mataku yang melilau ke sekeliling mencari kelibat dua orang jejaka tersebut.

"Ada di luar tu. Entah apa yang mereka bualkan pun mama tak tahu". Ujar mama yang sedang fokus menonton televisyen.


Langkah ku atur menuju ke pintu rumah. Perlahan-lahan aku mendekati abang Norman dan Azrul yang sedang rancak berbual. Sampaikan apabila aku datang pun mereka tidak sedar. 

"Rancaknya berbual, sampai Ain datang pun tak sedar" aku duduk di sebelah Azrul. 

"Along tanya Az, sanggup ke Az kahwin dengan adik along yang ganas ni. Along siap tunjukkan sekali kesan kat tangan yang adik gigit dulu. Jaga-jaga Az, jangan sampai telinga Az tinggal sebelah nanti. Ingat pesan abang tu" abang Norman berlari masuk ke dalam setelah mengusikku.

"Tahu takut. Tengok tu, lari sampai tak cukup kaki" aku memandang abang Norman dan tanpa aku sedari Azrul merenungku. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan matanya apabila aku menatap wajahnya. 

"Kenapa Az?." Tanyaku lembut kepada Azrul setelah sekian lama mendiamkan diri. 

"Tak ada apa-apa. Tapi betul ke apa yang abang Norman cakapkan tu? Pasal Ain gigit tangan dia sebab dia tak bagi Ain anak patung?" cerita Azrul kepadaku .

'Pandai betul along mereka-reka cerita. Azrul pun percaya sangat dengan cerita along tu' bisik hati kecil ku. Geram dengan sikap abang Norman yang sengaja buat-buat cerita itu. 

"Az percaya cerita abang Norman tu?".  Tanyaku kepada Azrul yang sedang merenungku.

"Abang Norman yang cerita tadi. Az nampak dia bersungguh-sungguh, tak akan dia nak buat-buat cerita pulak kan? Tapi betul ke Ain?" tanya Azrul serius kerana menginginkan kepastian. 

"Along Ain tu sebenarnya buat cerita bohong lah. Ain gigit tangan dia bukan sebab Ain nak anak patung" jawabku pantas.

 "Habis tu?". Tanya Azrul lagi. 


Aku menceritakan pada Azrul apa yang terjadi . Azrul cuma menganggukkan kepalanya dan sesekali dia tersenyum dan ketawa kecil ketika mendengar ceritaku. 

"Oh begitu. Ganas juga tunang Az ni ya" Azrul memerhatikan setiap inci wajahku. 

 "Kenapa pipi Ain ni?" Azrul menunjukkan kesan kemerahan yang terdapat di pipiku. 

"Terkena minyak panas tadi". Ujarku dengan lembut kepadanya. 

"Hati-hatilah. Pipi cantik-cantik dah terluka . Ain, kalau Ain terluka Az pun turut merasainya tau sebab Az sayangkan Ain" Azrul merenung mataku pula. 

"Ain, luka di luar ada ubatnya. Tapi luka di hati, tak ada ubatnya tau. Az takut Ain. Az takut kita akan berpisah, sayang" kata Azrul lagi lalu bangun. Azrul tidak mahu Ain melihat matanya yang sudah penuh dengan airmata. 

Aku bangun dan berdiri di sebelah Azrul.  

"Jangan cakap macam tu Az. Sesungguhnya Ain takut pada bayang-bayang perpisahan. Jangan tinggalkan Ain, Az. Boleh kan kita bahagia bersama-sama?" aku mula menahan sebak apabila Azrul berkata seperti itu. Azrul menoleh menghadapku. 

"Usah menangis lagi sayang. Az tak akan tinggalkan Ain, sebab Az cintakan Ain sepenuh hati Az" Azrul mengusap kepalaku yang beralaskan tudung bawal ungu.

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now