BAB 44

187 5 0
                                    

Segala-galanya berjalan dengan lancar dan sempurna, jenazah Azrul telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Melawati selepas solat Zohor. Aku menangis di sisi mama, segalanya telah musnah. impian aku untuk hidup bersama insan yang tersayang punah dalam sekelip mata. Tak ku sangka pelamin indah yang aku impikan selama ini musnah, pelamin yang aku idamkan musnah.

"Nur Ain sudah lah tu sayang, semua sudah Kehendak Allah. Jangan menangis lagi nak" mama membelai tubuhku, aku tersedu sedan di sisi mama. Mataku terasa membengkak kerana sejak dari tadi tidak berhenti mengeluarkan air mata . Aku masih tidak dapat menerima kehilangan Azrul di dalam hidupku.

"Kami balik dulu Mansur. Banyak kan bersabar, kami aka menyusul kemudian" papa memeluk ayah Azrul, Encik Mansur setelah memandang aku yang sedang menangis di sisi mama.

"Terima kasih Osman kerana telah menguruskan segala-galanya. Budi baik Osman tak dapat kami balas". Encik Mansur bersalam dengan papa. Air mukanya nampak sedih, namun dia tidak mahu meluahkannya di khalayak ramai.

"Tak perlu berterima kasih Mansur, saya dah anggap arwah Azrul seperti anak saya sendiri". Papa menepuk bahu Encik Mansur untuk memberikan sedikit semangat. 

"Ain balik dulu mak cik. Nanti kalau ada masa lapang Ain datang jumpa mak cik dan ziarah Azrul lagi" aku bersalaman lalu memeluk Puan Sofia. 

"Jaga diri Ain baik-baik, jangan ikutkan sangat perasaan tu. Banyak kan berdoa, bersemangatlah selalu dan sentiasa ingat yang arwah Azrul nak lihat Nur Ain berjaya di dalam peperiksaan. Jangan hampakan harapan arwah ya sayang" Puan Sofia terus mencium pipiku dan aku membalas ciuman tersebut.


Di sepanjang perjalanan ke rumah, aku terus menangis di bahu mama. Mama mengenggam erat jari-jemariku memberikan ketenangan.

"Sudahlah tu sayang, jangan menangis lagi" mama membelai-belai kepalaku.

"Adik tak dapat terima semua ni mama " aku terus menangis di dalam pelukan mama.

"Sayang tak baik cakap macam tu" mama  mengenggam jari-jemariku lagi dengan erat dan tangannya yang sebelah menggosok-gosok belakang tubuhku. 

"Mama.." sekali lagi aku menangis di dalam pelukan mama.

"Tabahkan hati sayang" mama membelai aku dengan penuh kasih sayang.

'Tabah? Bolehkah aku tabah untuk menghadapi semua ini? Betapa berat dugaan yang Allah berikan kepadaku.' Hatiku berkata. Aku terus memeluk mama dengan erat, terasa tenang sedikit diri ini.


Sesampai sahaja di rumah, aku terus menaiki tangga menuju ke bilik ku. Aku terus merebahkan diriku ke katil lalu menangis sepuas-puasnya.  

"Sampai hati Az tinggalkan Ain sendirian. Ain masih memerlukan Az untuk meneruskan kehidupan ini. Ain perlukan Az" aku merintih dalam tangisan. 

Teringat kembali aku kepada kata-kata Latifah dulu dan sekarang. Terasa yang ianya benar-benar menjadi kenyataan. Tentu Latifah gembira melihat aku dalam keadaan begini, telalu tebal kebencian Latifah terhadap diriku sehingga dia sanggup mengharapkan Azrul pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Gambar Azrul yang berada di dalam galeri telefon bimbitku di tatap lama. 

"Mak Jah nak ke mana?" Datin Maria memandang Mak Jah yang baru muncul dari dapur dengan tangannya membawa dulang berisi segelas susu.  

"Mak Jah nak ke bilik adik. Nak hantar susu ni, kesian adik dari semalam dia tak makan apa-apa" jawab Mak Jah perlahan. Datin Maria terus mendekati Mak Jah. Memang benar kata Mak Jah , Nur Ain dari semalam tidak menajamah sedikit makanan pun.  

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now