BAB 2

444 10 0
                                    

Selesai  mengemas rumah baru,kami sekeluarga berehat di bawah pondok yang telah di sedia kan.Mak Jah datang ke arah kami membawa dulang berisi gelas-gelas minuman.

"Adik,adik suka tinggal di sini?"papa memandangku.

"suka papa tapi kan adik tengok ada orang tu dari tadi asyik masam saja"aku memandang abang Norman yang duduk di sebelah mama.

"Mula lah tu,adik sengaja nak cari pasal dengan along"tiba-tiba abang Norman bersuara.

"Yang along nak terasa kenapa pula?,adik bukan  mengata along"aku menjeling geram kepada abang norman.

"Adik,along apa ni tak habis-habis nak bergaduh?"tegur mama lembut.

"adik tu mama dia yang mula kan dulu"jawab abang Norman manja,abang Norman sememangnya anak kesayangan mama,anak lrelaki seorang katakan.  

"Heiii...tak malu dah tua-tua pun nak merajuk,ingat muka tu hensem sangat ke"aku bamgun sambil menjelirkan lidah ku kepada abang Norman.

"Adik ni"abang Norman bangun lalu mengejar aku.

Datuk Osman dan Datin Maria tersenyum gembira melihat telatah anak-anak kesayangan mereka.Hidup mereka ceria dengan telatah Norman dan Nur Ain,bagi Datuk Osman dan Datin Mariakegembiraan Norman dan Nur Ain adalah kebahagiaan mereka sekeluarga.

"Along,adik sudah lah tu,mari minum,Mak Jah ada buat mee goreng ni"jerit mama kuat.

Aku dan abang Norman serentak memandang mama. 

"Ingat adik dendam abang belum berbalas lagi tau"abang Norman memandang ku. 

"Along tak baik tau ,Allah marah kalau kita suka berdendam"jawab ku manja,aku tahu abang Norman bukan begitu.

"Adik yang suka cari pasal dengan along,ini nampak kesan luka kena gigit dengan adik belum hilang lagi tau"abang Norman menunjukkan kesan luka yang berbekas di lengan tangan kanan nya.

"Along,adik cepat,nanti habis jangan merajuk pula"kali ini papa pula bersuara.

Aku dan abang Norman cepat-cepat berlari mendapatkan papa dan mama yang sedang enak menjamu selera.


Malam itu kami makan malam di rumah baru kami,berselera benar kami menjamu makan malam.

"Papa ada 2 berita penting untuk di sampaikan "papa memandang kami semua.

"Apa berita penting ni papa,beritahu lah along nak dengar ni?"soal abang Norman.

"Yang pertama papa izinkan along menyertai bidang hiburan,along cakap nak jadi penyanyi terkenal macam Awie kan"papa senyum kepada abang Norman.

"Ye ke papa, terima kasih papa".

Abang Norman tersenyum memandangku,tercapai juga impian nya untuk menjadi seorang penyanyi.

"Bakal jadi penyanyi terkenal anak mama ni".

"Lagi satu apa dia bang?".

"Lagi satu papa dah daftar kan adik di UKM,tapi bukan sekarang lagi 2 minggu baru boleh masuk nanti lepas makan papa berikan adik borang kemasukkan ,adik isi borang lepas tu berikan pada papa"papa memandang ku.

"Terima kasih papa".

"Adik nak pilih jurusan apa sayang?"mama menyoal lembut kepada ku.

" Tentu lah adik pilih jurusan perubatan dan kedoktoran ,adik nak jadi seorang doktor"jawab ku penuh yakin,sememangnya dari kecil aku bercita-cita ingin menjadi seoarng doktor. 

"Wah!bakal doktor lah adik abang ni".

"Esok-esok kalau along sakit boleh lah adik ubat kan tapi ada satu saja penyakit yang tak boleh adik ubat kan". 

"Penyakit apa tu adik?".

"penyakit cinta lah along". 

"Hissssy budak-budak ni umur baru setahun jagungdah cakap soal cintatapi satu saja pesan papa jaga diri baik-baik"papa memandang kami. 

"In shaa allah papa" 

" Papa................"aku meleret manja.

"Nak apa lagini,manja semacam saja?". 

"Boleh tak adik pandu kereta sendiri nanti,adik tak nak menyusahkan Pak Joned"jawab ku lebih manja.

"Adik tahu ke jalan-jalan dekat Kuala Lumpur ni kita kan baru pindah"mama pula bersuara.

"Itu Puan dan Tuan jangan risau nanti saya tunjukkan jalan-jalan di K.L ni "Pak Joned tiba-tiba mencelah. 

"Pak Joned tahu ke jalan-jalan di sini?"abang Norman memandang Pak Joned.

" Tahu long,sebelum kami kahwin Pak Joned jadi pemandu  teksi di K.L ni "cerita Mak Jah.

"Ya ke,esok boleh lah adik ikut Pak Joned"

"Papa dan mama belum beri persetujuan lagi tau" 

Papa senyum memandang mama.

"Mama boleh lah "aku cuba memujuk mama. 

"Mama izin kan tapi dengan syarat jangan bawa kereta laju-laju dan jangan sesekali adik nak langgar orang,faham".

"Saya faham Puan"aku mengangkat tangan ku seperti seoarang anggota polis. 

Datuk Osman dan Norman ketawa melihat gelagat Nur Ain.

Aku membantu Mak Jah mengemas meja dan mencuci pinggan.

"Biar Mak Jah buat sendiri"Mak Jah mencapai pinggan di tangan ku. 

"Adik ke depan ye"aku mencium pipi Mak Jah lalu menuju ke ruang tamu yang cuma papa dan mama yang sedang asyik menonton televisyen. 

"Along mana mama?"aku duduk di sebelah mama. 

"Ada di luar tu dengan gitar kesayangan nya". Aku bangun menuju ke pintu. 

"Adik nak kacau along lagi ke"tegur papa perlahan.

"Tak adik nak minta maaf dengan along".

Perlahan-lahan aku menghampiri abang Norman yang sedang asyik memetik gitar kesayangan nya,berangan-angan nak jadi penyanyi terkenal seperti Awie.

"Along adik minta maaf"aku menghulurkan tangan ,abang Norman menyambut nya.

"Adik janji adik tak buat lagi". 

Aku mengangkat tangan seperti orang bersumpah.abang Norman senyum memandang ku.  

"Mari duduk sini". 

"Along buat apa dekat luar ni,berangan-angan nak jadi penyanyi ke?". 

"Awak ni tak habis-habis nak usik along"abang Norman mencuit hidung ku.

"Dah mari masuk hari dah malam ni"abang Norman menarik tangan ku.  


Minggu-minggu berikut nya aku mengikut Pak Joned untuk belajar mengetahui jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur.

"Okey lah nampak nya adik dah tahu jalan-jalan di sini "Pak Joned senyum kepadaku.

"Terima kasih Pak Joned kerana sudi mengajar adik".

"Sama-sama tapi ingat jaga diri baik-baik,kereta  selalu  berkunci"pesan Pak Joned lagi.

"In shaa allah pak Joned"aku tersenyum gembira. 

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now