BAB 29

157 3 0
                                    

Aku menunggu Azrul di tepi keretanya selepas habis waktu kuliah.

"Heii...Ain "Latifah terus memegang bahu ku. Aku terus menoleh menghadap Latifah. 

"Latifah, kenapa ni?" soalku hairan . Aku hanya melihat Latifah yang tidak senang dengan kelakuannya. 

"Kau tanya aku? Kan kau dah tahu jawapannya?". Latifah berkata di hadapanku dengan nada marah. 

"Ifah, aku tak faham apa yang kau cakap ni?".  Kataku pelik dengan sikapnya.

"Tak faham atau buat-buat tak faham?! Kau tu perampas kekasih orang, Azrul tu kepunyaan aku! Kau tahu tak, hati aku sakit melihat kemesraan kau dan Azrul!" Latifah meninggikan suaranya.

Aku memandang sekeliling. Nasib baik tiada pelajar lain di situ. Tapi tak patut Latifah menuduh aku begitu dan tak patut juga Latifah menengking aku. 

"Ifah, Azrul tu kepunyaan aku dari dulu hingga sekarang. Tak lama lagi kami pun akan berkahwin" jawabku yakin. Aku yakin dengan jawapan ku dan aku harap Latifah faham kedudukan dia yang sebenarnya iaitu dia hanyalah bekas kekasih Azrul.

"Pembohong! Kalau kau tak goda Azrul, Azrul tak akan pilih kau lah. 4 tahun Ain, 4 tahun aku menderita melihat kau di samping Azrul. Dasar perampas!" Latifah terus mengangkat tangannya untuk menampar ku. Akan tetapi tiba- tiba...

"Latifah!" tengking Azrul kuat. Latifah tersentak lalu menoleh.

"Azrul". Kata Latifah yang sedang dalam keadaan cemas.

"Jangan kau cuba sentuh Ain. Dia tu umpama nyawa aku sendiri. Kalau dia terseksa , aku pun turut merasainya" Azrul terus mendekati kami berdua.

 "Azrul" Latifah memandang Azrul.

"Pergi lah kau dari sini. Sudah aku kata kan dulu, jangan ganggu hubungan aku dan Nur Ain. Kau tak da hak atas aku." Azrul terus menerus meninggikan suara di hadapan Latifah.

"Aku benci kau!. Ingat Nur Ain, suatu hari nanti kau akan kehilangan Azrul. Kalau dia tidak jadi milik aku, kau pun tak akan memilikinya" Latifah berlari meninggalkan kami.

Aku berlari mendapatkan Azrul dan tanpa aku sedar aku sedang memeluk nya. Aku menangis di dada bidang Azrul. Terkejut dengan tindakan Latifah tadi kerana tidak aku sangka begitu dalamnya kebencian Latifah terhadapku. Hanya kerana aku menjadi milik Azrul. 

"Syyy.. Dah jangan menangis lagi sayang. Ain tak apa-apa kan?" Azrul mengusap-gusap bahuku.

 "Kita batalkan sajalah rancangan kita hari ini". Aku bercakap dengan suara yang teresak-esak. 

 "Kenapa ? Ain nak balik?" Azrul menyentuh kepalaku. Aku hanya mengangguk. 

"Boleh Az hantar Ain balik?".  Tanyaku kepadanya sambil memandang tepat kedalam matanya.

"Okey, mari naik kereta" Azrul membuka pintu keretanya untuk ku . Namun, tiba-tiba Azrul memegang kepalanya. 

"Az, kenapa ni?" soal ku resah. 

"Tak ada apa-apa cuma Az pening sikit" Azrul terus memicit-micit kepalanya.   

"Kita ke klinik nak? " aku memegang bahu Azrul.  

"Tak payah, Az dah okey. Masuk lah biar Az hantar Ain ........."  Belum sempat Azrul menghabiskan kata-katanya , Azrul jatuh pengsan. Aku terus memapah Azrul lalu ku duduk kan di kerusi di sebelah pemandu.  

Aku memandu kereta Azrul dengan laju selaju airmata yang mengalir di pipiku. Tak pernah- pernah Azrul macam ni sepanjang perkenalan kami selama 4 tahun ini .Kereta BMW milik Azrul memasuki halaman rumah banglo 2 tingkat kepunyaan keluarga Azrul.  

"Assalamualaikum mak cik, mak cik" aku terus memapah Azrul yang tidak sedarkan diri menuju ke pintu.   

"Waalaikumusalam. Ya Allah, Azrul kenapa nak?" Puan Sofia cemas melihat keadaan Azrul.  

Aku membaringkan tubuh Azrul di atas sofa panjang.  

"Mak cik jangan risau, Az mungkin letih sebab tu dia pengsan. Biar Ain buka topi dia" aku memegang topi Azrul tapi dihalang oleh Puan Sofia.   

"Jangan Nur Ain. Azrul tak suka topinya di buka, kejap mak cik ambil kain dengan air" Puan Sofia bangun menuju ke dapur dan kemudian datang semula membawa semangkuk air dan sehelai kain tuala.    

"Kenapa mak cik?" soalku hairan.   

"Tak ada apa-apa, cuma Azrul tak suka. Itu saja" jawab Puan Sofia cuba menyembunyikan gelisah di hatinya. Kalau lah topi Azrul di buka tadi, sudah tentulah Nur Ain akan nampak kepala Azrul yang semakin botak dan sudah tentu lah Nur Ain akan menyoal tentangnya. Dan sekiranya perkara itu terjadi, Puan Sofia tidak sanggup untuk berbohong lagi. 

Aku membasahkan kain lalu ku lap ke muka Azrul dengan lemah lembut. Airmata ku mengalir membasahi pipiku begitu juga dengan Puan Sofia.   

'Az jangan tinggalkan Ain' bisik hati kecilku.

Tiba-tiba, Azrul tersedar dan membuka matanya. Aku dan Puan Sofia tersenyum gembira.

"Syukurlah, Az dah sedar" aku memandang Azrul. Azrul bangun sambil matanya memandangku dan Puan Sofia.  

"Apa dah terjadi pada Az?" Tanyanya sambil memicitkan kepalanya lagi. 

 "Az pengsan tadi, mujur lah Ain ada. Ibu ke dapur dulu ya". Kata Puan Sofia lalu menuju ke dapur. 

"Ain, terima kasih sayang" Azrul mengusap kepalaku. 

"Az, Ain takut tadi kalau lah sesuatu berlaku pada diri Az. Ain tak tahu bagaimana nak menghadapinya nanti" aku mula sebak.  

"Jangan menangis sayang. Kan Az masih hidup lag ni" Azrul mengesat airmataku menggunakan hujung lengan bajunya.. 

"Az kenapa.....?" aku terhenti apabila memikirkan tentangnya. 

"Ada apa sayang?."Soal Azrul lembut.     

"Tak ada apa-apa lah". Sebenarnya, aku ingin bertanya kepada Azrul , kenapa topinya tidak boleh dibuka. Namun bila difikirkan balik, mungkin ada sesuatu yang Azrul sembunyikan dari pengetahuan ku tapi aku malas mahu berfikir panjang . Aku mengerling jam di tanganku. Jam menunjukkan tepat pukul 3.30 petang. 

"Az, Ain kena balik ni, nanti mama risau pula kat rumah". Aku meminta izin untuk pulang ke rumah.  

"Biar Az hantar Ain balik" Azrul cuba bangun tapi dia duduk semula. Kepala nya masih terasa pening.  

"Tak payahlah. Az kan tak sihat lagi, Ain balik naik grab sahaja. Ain balik dulu ya" Kataku lembut kepadanya. Tidak mahu menyusahkan Azrul.  

"Az minta maaf sebab tak dapat bawa Ain jalan-jalan hari ini" kata Azrul perlahan. Jika tidak kerana dia pengsan tadi, sudah tentu dia dapat menghabiskan masanya bersama-sama Nur Ain hari ini.  

"Ain tak kisah lah, yang penting kesihatan Az tu. Bye Assalamualaikum. Mak cik, Ain balik dulu" aku segera menuju ke pintu.

 "Waalaikumusalam, dah sampai rumah nanti telefon Az". Kata Azrul kepadaku

"In shaa allah". Aku terus keluar ke rumah sambil menunggu grab datang mengambilku.

Azrul bangun menuju ke jendela dan memandang ke luar. Dia memerhatikan Nur Ain yang sedang memasuki sebuah kereta.

"Maafkan abang, sayang . Abang tak dapat bawa Ain jalan-jalan hari ini." Perlahan-lahan Azrul menuju ke sofa lalu duduk. Dia ingin meredakan sakit di kepalanya . Serangan sakit di kepala semakin kerap dialaminya. Azrul takut umurnya tidak lama, bila-bila saja dia akan dijemput Ilahi. Azrul meraup mukanya dan melepaskan satu keluhan yang amat berat, seberat  penyakit yang ditanggungnya.


Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now