BAB 11

231 3 0
                                    

Aku tersentak mendengar Azrul mengucapkan kata cintanya. Terlalu sukar untuk aku menerima nya kerana kami masih baru mengenali hati masing-masing.

"Ain, Az bukan lah seorang lelaki yang suka mempermainkan perasan seorang wanita dan Az juga bukan seorang lelaki yang suka melukakan hati seorang wanita. Az ikhlas untuk menyayangi diri Nur Ain" Azrul menjawab segala persoalan yang terbuku di fikiran ku. 

"Tapi Ain masih muda dan Ain ingin belajar" Aku masih tidak percaya kata-kata yang keluar itu.

"Cinta tak kenal usia Ain. Ain belajar lah bersama-sama Az, kita capai cita-cita kita untuk menjadi seorang doktor". Azrul masih cuba memujukku. 

"Az, Ain......". Kata-kataku terhenti apabila Puan Sofia dan mama muncul di sebelah kami.

"Az, mari kita balik" ajak Puan Sofia yang muncul bersama-sama mama. 

Aku dan Azrul terkejut lalu menoleh.

"Maria, kami balik dulu. Ain, kalau ada masa, datang lah rumah mak cik nanti" Puan Sofia bersalam dengan mama,aku mencium tangan Puan Sofia.

"In shaa allah mak cik". Ujarku perlahan. 

"Mak cik, Ain saya balik dulu" Azrul mencium tangan mama.  

"Terima kasih Az belanja Ain tadi" Aku berkata kepadanya lembut.   

"Sama-sama, Assalamualaikum" Azrul menuju ke keretanya. 

"Waalaikumusalam" jawab aku dan mama serentak. 

Setelah Azrul dan Puan Sofia pergi, mama mendapatkan aku yang sedang mengemas meja.

"Adik ke mama tadi sayang?" mama mencapai tanganku. Aku duduk di sebelah mama

"Adik pergi bandar dengan Azrul, tapi adik dah minta izin dengan along. Adik minta maaf tak bagitahu mama dulu". Kataku dengan perasaan bersalah. 

"Along dah keluar. Mama pun tak tahu dia ke mana." Kata mama lembut kepadaku.

"Mama marah ke".  Aku meminta kepastian.  

"Tak sayang, malah mama rasa gembira melihat adik berkawan dengan Azrul. Mama dan Puan Sofia dah lama berkawan, tak salah kiranya adik berkawan dengan Azrul. Lagipun mama nampak Azrul tu baik budaknya. Hai dulu cakap dengan mama kalau bagi percuma pun adik tak nak. Tapi sekarang mama rasa adik dengan Azrul macam ada apa-apa saja?". Mama cuba mengusikku.

"Mama jangan fikir yang bukan-bukan tau. Adik dan Azrul berkawan saja tak lebih dari itu.  Mama jangan salah sangka. " pintasku cepat kata-kata mama tadi.

"Betul tak mama cakap, suatu hari nanti adik akan kenalkan pemuda gila yang adik cerita dulu sebagai bakal menantu mama. Tapi ingat ,nama baik keluarga kena jaga. Cakap dengan mama betul ke adik dan Azrul bercin.....". Kata-kata mama segera dipintasku.

"Mama, adik nak naik atas mandi lepas tu nak solat Asar. Lagi lama adik di sini lagi banyak soalan mama, macam polis pencen saja" aku mencium pipi mama lalu menuju ke tangga.


Aku termenung di beranda selepas menunaikan solat Asar, angin petang lembut menyapa wajah ku dan tak kala itu lah hadir rasa rindu ku terhadap diri Azrul. Senyumannya yang menawan, renungan matanya yang mempesonakan dan suaranya yang bisa meruntuhkan jiwaku. Sudah jatuh cintakah aku pada Azrul? ,bohonglah kalau aku kata aku tidak jatuh cinta pada Azrul kerana dialah lelaki yang aku impikan selama ini. 

'Azrul namamu telah terukir di hati ini' bisik hatiku.

Kringg.....kringgg....kringg telefon di tepi katil ku berdering. 

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now