BAB 26

172 4 0
                                    

Puan Sofia memandang Azrul yang sedang menguis-guis nasi di dalam pinggan. Sejak balik dari berkelah tadi, anaknya tak banyak cakap. Puan Sofia memandang suami nya Encik Mansur. Pelik dengan perangai anaknya yang seperti putus cinta tersebut. 

"Kenapa tak makan nasi tu, Rul?" soal Encik Mansur apabila memahami isyarat mata isterinya.  

Azrul tidak mengendahkan soalan ayahnya tadi. Ingatan nya kembali pada peristiwa yang berlaku siang tadi. Azrul takut Nur Ain akan syak tentang dirinya. Jika perkara itu berlaku, Azrul tidak mampu untuk menyembunyikan perkara yang sebenar lagi. Dia terpaksa berterus terang kepada Ain tentang dirinya yang sebenarnya.

"Azrul, Azrul" panggil Puan Sofia lembut. Azrul tersentak, bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang.

"Ada apa ibu?" jawab Azrul terpinga-pinga apabila melihat ibu dan ayahnya sedang memandangnya. 

"Kenapa tak makan nasi tu? Dari tadi ibu tengok kamu asyik menguis-guis nasi tu. Kamu fikirkan apa nak?" Puan Sofia dengan lembut mengusap belakang anaknya yang duduk di sebelahnya.

"Tak ada apa-apa ibu. Ibu dan ayah makan lah" Azrul senyum memandang ibu dan ayahnya.  

"Kamu bergaduh dengan Nur Ain ke Rul? Ayah tengok jauh kamu mengelamun tadi. Sampaikan ayah tanya pun tak jawab" kali ini Encik Mansur pula bertanya.   

"Tak adalah ayah. Kami baik-baik saja . Tak ada apa yang perlu dirisaukan kut". Kata Azrul sambil mata memandang pada ayahnya.  

"Habis tu? Apa masalah kamu sebenarnya ni?" soal Puan Sofia ingin tahu. Mungkin anaknya menghadapi masalah besar. Naluri keibuannya mengatakan anaknya sedang dilanda masalah. 

"Tadi dalam kereta, Ain terjumpa ubat Rul" jawab Azrul pantas. 

Puan Sofia dan Encik Mansur berpandangan sesama sendiri. Mungkin kah apa yang mereka rahsiakan selama ini akan terbongkar? Bagaimana mereka mahu berhadapan dengan keluarga Nur Ain nanti apabila rahsia itu terbongkar?

"Ibu dan ayah jangan lah risau. Ain tak tahu apa-apa. Az beritahu dia yang ubat tu ibu punya". Tutur Azrul lembut.  

"Ain percaya ke cakap kamu tu?". Puan Sofia memandang lembut anaknya. 

"Mula-mula dia tak percaya, tapi setelah Rul betul-betul serius, baru lah Ain percaya" cerita Azrul dengan matanya memandang sayu kepada ibunya.  

"Kenapa cuai sangat ni? Selalu kalau Rul nak keluar dengan Ain kan Rul hanya bawa 2 biji saja" Puan Sofia memandang Azrul. Pelik dengan sikap anaknya yang kebelakangan makin lupa tentang perkara penting.

"Tak tahu lah ibu. Sejak akhir-akhir ni, Rul selalu sangat lupa. Entah lah ibu, mungkin kesan dari ubat yang Rul makan agaknya. Macam tadi lah, telefon bimbit Rul ada dalam kocek jaket Rul tapi Rul suruh Ain cari dalam dashboard kereta tu. That's why Ain boleh jumpa botol ubat Rul tu"  Ujar Rul sambil mata merenung nasinya.  

"Rul pasti Ain tak syak apa-apa?". Tanya Encik Mansur kepada anaknya.

"In shaa allah ayah, Rul tahu lah nanti Rul nak beritahu Ain macam mana. Ibu, ayah, Rul naik dulu. Rul nak siapkan lukisan yang Rul buat untuk Ain" Azrul bangun membawa pinggannya ke dapur lalu terus menuju ke tangga. 

"Rul tak nak makan dah ke sayang?". Tanya Puan Sofia lembut. 

Azrul terhenti dan menoleh ke arah ibu bapanya yang sedang memandangnya.    

"Tak, Rul dah tak lapar" jawab Azrul lalu meniti anak-anak tangga.

"Abang tengok sakit Rul semakin serius ni. Esok maybe abang nak jumpa Doktor Affendi , abang nak tanya macam mana dengan perkembangan Azrul" Encik Mansur memandang sahaja kelibat Azrul yang sudah hilang di balik dinding. 

"Sofia nak ikut abang esok tau" Puan Sofia berkata lalu memandang suaminya. Dia juga ingin tahu perkembangan anaknya itu.  

"Yalah, mari lah kita sambung makan" Encik Mansur menyuapkan nasi ke mulutnya.Akan tetapi bila sampai di kerongkong nya, nasi itu terasa seperti pasir. Entahlah, mungkin selera makan nya telah kurang sejak kebelakangan ini kerana memikirkan kesihatan anaknya yang semakin teruk dari hari ke hari .


Azrul duduk termenung di depan gambar Nur Ain yang baru separuh di lukis kan nya. Dia ingin menghadiahkan lukisan tersebut kepada Nur Ain bersempena dengan hari lahir Nur Ain yang ke-24 tahun pada 10 Julai akan datang. Azrul mencapai berus lukisan . Dia ingin menyambung kerja melukis lukisan yang belum di sempurna kan lagi. Dia perlu cepat menyiapkan lukisan tersebut agar sempat untuk melihat wajah gembira Nur Ain apabila menerimanya. 

"Arrrrggghhhh....." Azrul terus memicit-micit kepalanya. Sakit nya datang lagi namun kali ini lebih sakit. Berus di tangan Azrul terlepas ke lantai.  

"Ibu, ibu to-to-long Az i- i-bu" Azrul menjerit memanggil Puan Sofia.

Puan Sofia yang sedang sibuk mengemas dapur bersama-sama Mak Pah terkejut mendengar jeritan Azrul.   

"Mak Pah, saya nak tengok Azrul di atas kejap ye" Puan Sofia terus berlari-lari menaiki anak tangga. Sudah selalu Azrul menjerit begini. Akan tetapi,kali ini jeritan nya lebih kuat dari biasa.

"Ibu, to-tolong Az, Az sa-kit " terdengar suara Azrul yang sedang menahan sakit dari dalam biliknya .

Pintu bilik terus dibuka. Alangkah terperanjatnya Puan Sofia apabila melihat Azrul yang terbaring di atas lantai.  

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now