BAB 34

176 3 0
                                    

Datuk Osman dan Datin Maria terkejut apabila melihat kepala Azrul yang semakin botak. Rambutnya yang dulu hitam dan kemas telah gugur sedikit demi sedikit. Itulah salah satu kesan sampingan daripada penyakit barah otak yang dihidapinya.  

"Ya Allah, Azrul" hanya itu yang mampu Datin Maria ucapkan ketika itu. Selama ini dia telah menganggap Azrul seperti anaknya sendiri.  

"Maafkan kami Azrul, kami tak tahu perkara yang sebenarnya. Tapi kenapa Az rahsiakan hal ini dari pengetahuan Ain dan kami?" kata Datuk Osman lembut.  Hatinya sakit apabila melihat Azruldalam keadaan begitu. Rupanya selama ini Azrul telah banyak menderita, tapi Azrul sentiasa nampak gembira dihadapan mereka.     

"Saya tak nak Nur Ain sedih dan kecewa pak cik, mak cik. Az tak mahu nanti Nur Ain mengikut perasaannya dan berasa sedih" Azrul menoleh memandang ke arah Datuk Osman dan Datin Maria. Dia merasa tenang sedikit setelah rahsianya di ketahui oleh ibu dan bapa Nur Ain.  

"Tapi, Az mesti beritahu Ain tentang perkara ini" Datin Maria memberi cadangannya. Dia tidak mahu Azrul terus berahsia dengan Nur Ain lagi.   

"Saya tak sanggup mak cik. Hanya satu saya pinta dari mak cik dan pak cik, saya harap sangat pak cik dan mak cik rahsiakan perkara ini dari pengetahuan Nur Ain dan ........". Kata-katanya terhenti sejenak. Tidak sanggup ingin menyambung perkara tersebut.   

"Dan apa lagi Azrul? Cakaplah?". Desak Datin Maria apabila melihat Azrul yang berhenti berkata.

"Jangan edarkan kad jemputan dulu. Tolong mak cik" sambung Azrul lagi.  

Datuk Osman dan Encik Mansur berpandangan antara satu sama lain begitu juga dengan Puan Sofia dan Datin Maria. Azril pun turut terkejut. Permintaan Azrul sangat berlainan sama sekali. 

"Azrul, kenapa cakap macam tu? Habis tu macam mana dengan persiapan perkahwinan kamu berdua? Apa kami nak beritahu pada saudara mara kamu nanti" Puan Sofia segera mencapai tangan Azrul.

"Batalkan segala nya tanpa pengetahuan Nur Ain" jawab Azrul pendek sambil mulutnya mengukir senyuman pahit. 

"Azrul, kamu sedar tak apa yang kamu cuba cakap ni?! " tanya Puan Sofia lagi. Dia tidak berpuas hati dengan tindakan Azrul yang melulu itu. 

"Tolonglah ibu, mak cik, inilah permintaan terakhir saya. Lagipun ibu kan dah setuju dengan rancangan Rul kan. Abang, boleh kita berbual-bual di bilik Azrul? Ada benda yang Rul nak berikan pada abang" Azrul bingkas bangun lalu diikuti oleh Azril . Dia telah membuat satu keputusan yang muktamad.


Puan Sofia dan Datin Maria mengesat airmata yang mengalir di pipi. Bagi Puan Sofia, dia akan kehilangan Azrul yang umpama seperti nyawanya dicabut sekali dari badan. Azrul anak kesayangan nya setelah dia terpaksa berpisah dengan Azril dulu.

"Dah lama ke Azrul mengidap penyakit tu ,Sofia?". Tanya Datin Maria dengan sebak yang memenuhi dadanya. 

"Hampir 4 tahun, Maria. Dia rahsiakan penyakitnya dari pengetahuan kami juga suatu masa dahulu. Masa hari pertunangan Azrul dan Nur Ain, dia ada telefon Doktor Affendi iaitu doktor peribadi keluarga kami. Dan ketika itu juga secara kebetulan saya berdiri di sebalik pintu dan terdengar perbualan mereka. Mungkin Allah nak beritahu saya perkara yang sebenarnya. Penyakitnya semakin serius, tapi dengan adanya kehadiran Nur Ain dalam hidupnya, itu  membuatkan dia lupa tentang penyakitnya . Bagi dirinya, Nur Ain seperti nyawanya sendiri" cerita Puan Sofia panjang lebar.  

"Sabarlah Sofia. Ini sudah Suratan Takdir dari Allah, kita tak boleh menolaknya. Bagaimanalah penerimaan Nur Ain nanti kalau dia dapat tahu tentang keadaan Azrul ni?" ucap Datin Maria perlahan.  

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now