BAB 53

187 5 0
                                    

Hadiah pemberian Azrul ku koyak kan pembalutnya perlahan-lahan. Terdapat sebuah lukisan dan lukisan itu adalah gambar wajahku sendiri. Cantik seolah-olah ia sebuah lukisan yang hidup. Aku membaca bait-bait kata yang tertulis di bawah lukisan itu.


BAGAIMANA HARUS KU LUAHKAN PERASAAN KU PADAMU YANG SELAMA INI KU PENDAMKAN DALAM DIAMKU. SUKARNYA AKU BERTERUS TERANG TENTANG PERASAAN INI, BIMBANG KAU TAK TERIMA, MAKA MUSNAHLAH HARAPANKU INI. BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI SEMUA INI SEDANGKAN AKU MENYINTAIMU SEPENUH HATIKU? TAK MUDAH UNTUK KU MELUPAKAN DIRIMU KAU BAGI KU SEGALA-GALANYA. PADA YANG MAHA KUASA KU PANJATKAN DOA MOGA DI BUKAKAN PINTU HATIMU KAN KU BUKTIKAN KEJUJURAN CINTAKU. JANGAN BIAR KERAGUAN MENGHANTUI JIWAMU DALAM MENITI SEMUA KEPASTIAN DARI BIBIRMU OH KASIH. KASIH DAN SAYANG, CINTA DAN RINDU TERSEMAT DI JIWAKU. USAH BIAR KU KECEWA BERBALUT LUKA, AGAR KAU MENGERTI YANG SELAMA INI AKU MENYINTAIMU.

ABANG TETAP MENCINTAIMU SAYANG.

DARI INSAN YANG AMAT MENCINTAIMU

-AZRUL-


Kata-kata itu membuatkan hatiku bertambah pilu dan sedih.

" Az, kenapa kau bersusah payah membuat semua ini untuk Ain. Kenapa Az, kenapa tinggalkan Ain, Ain masih memerlukan Az, kenapa Az. KENAPA!!" aku menjerit kuat.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka dari luar. Mama, papa dan Puan Sofia serta Encik Mansur meluru masuk mendapatkan aku yang masih memeluk lukisan itu.

"Kenapa Ain? Kenapa sayang menjerit?" mama memeluk ku.

"Adik teringatkan Azrul mama" aku menangis teresak-esak di bahu mama. 

"Adik tak baik begini, adik kena tabah, kena kuat. Kalau adik macam ni, arwah Azrul di sana tak tenang sayang. Kesian dengan dirinya sayang" mama mengesat mataku yang mengalir.

"Siapa yang buat lukisan ini?" papa mencapai lukisan yang berada di atas katil.

"Arwah Azrul, dia yang lukis sendiri". Puan Sofia menjawab pertanyaan itu.

"Arwah Azrul yang melukisnya? Cantik, seolah-olah seperti lukisan yang hidup. Pandai arwah melukisnya" mama mengambilnya dari tangan papa.

"Mama, biar adik simpan lukisan ni dalam kereta" aku bangun lalu mengambilnya dari pegangan tangan mama dan terus keluar dari bilik.

"Pandai arwah melukisnya, teliti benar buatannya". Datin Maria memuji bakat arwah Azrul.

"Tiap-tiap malam dia akan buat lukisan itu. Pernah satu malam tu, tiba-tiba dia sakit kepala dan terus jatuh pengsan. Bila dia sedar, dia terus sambung kerja melukisnya, dia cakap takut tak sempat siap" cerita Puan Sofia perlahan. 

"Sayang benar dia pada Nur Ain, sanggup bersusah payah untuk menyiapkan lukisan itu" Datuk Osman memandang Encik Mansur.

"Tapi sayang, jodoh mereka tak panjang". Kata Encik Mansur lirih. 

"Nur Ain akan tetap menjadi menantu di rumah ini, mari lah kita ke bawah" Datin Maria berlalu diikuti oleh Puan Sofia.


******


Selesai makan tengahari, aku membantu Mak Pah di dapur. 

"Tak apa, biar Mak Pah buat semua ini" Mak Pah senyum memandangku.

"Ain dah biasa Mak Pah". Jawabku semula.

"Nanti tuan muda Az.... Ehh nanti Puan Sofia marah" jawab Mak Pah tergagap-gagap, nasib baik dia sempat berfikir dahulu, kalau tidak tentu dia sudah terlepas cakap untuk menyebut Tuan Muda Azril . 

"Mak Pah masih ingatkan arwah Azrul?". Tanya ku kepada Mak Pah.

"Ya, ya Mak Pah masih ingatkan arwah Azrul, lagi pun Mak Pah yang jaga arwah dari masih bayi lagi". Jawab Mak Pah lembut.

"Ain ke depan ya Mak Pah?". Kataku meminta diri untuk menuju ke ruang tamu.

"Nur Ain, mari duduk sini". Panggil mama lembut kepadaku.

Aku duduk di sebelah mama dan Puan Sofia.

"Bila Ain akan menduduki peperiksaan ?" soal Encik Mansur membuka topik perbualan.

"Minggu depan pak cik".  Jawabku ringkas.

"Tentu sukar untuk Ain menghadapi peperiksaan kali ini. Tapi Ain kena tabah, Ain kena berusaha untuk mencapai cita-cita Ain tanpa Azrul" Puan Sofia berkata sambil memegang tanganku.

"In shaa allah mak cik, Ain akan cuba yang terbaik. Ain akan capai cita-cita Ain dan arwah Azrul. Mak cik, walaupun arwah Azrul tiada Ain tetap menganggap mak cik dan pak cik seperti ibu dan ayah Ain yang kedua. Boleh Ain panggil mak cik ibu ? ". soalku meminta izin. 

"Boleh Ain, tapi Ain kena tunggu hari itu tiba". Jawab Puan Sofia yang mempunyai makna tersembunyi. 

"Hari? Hari apa mak cik?" soal ku hairan.  

"Tunggulah sayang, mama pasti hari itu akan tiba juga" mama pula bersuara. Aku bertambah hairan, hari apakah yang mereka tunggu? Hari perkahwinan aku dan Azrul sudah lama berlalu. Hari apa lagi yang mereka tunggu?. 

"Ain tak faham lah mama, mak cik". Jawabku meminta kepastian. 

"Kita lupakan lah hal itu. Sofia kami minta diri dulu, hari pun dah lewat petang ni. Terima kasih lah kerana sudi jemput kami makan tengahari di sini" mama bangun dan diikuti oleh aku. 

"Mak cik, Ain balik dulu ya. Mak cik dan pak cik doakan lah semoga Ain berjaya dan mencapai cita-cita Ain dan arwah Azrul" aku mencium tangan Encik Mansur dan Puan Sofia.

"Mak cik doakan semoga Nur Ain berjaya ya sayang" Puan Sofia mencium pipiku.

"Terima kasih mak cik"  Jawabku pendek.


****


Malam itu, aku mengurungkan diriku di dalam bilik sambil merenung lukisan yang di lukiskan oleh Azrul. Lukisan itu sungguh cantik seolah-olah ianya di lukis oleh seorang yang pakar dalam bidang seni lukis. Aku melihat dari setiap sudut gambar itu dari mata, mulut, hidung, bulu kening dan bahagian tudung. Entah kenapa di bahagian tudung ku, ada kesan calar seperti Azrul terkejut ketika melukiskannya. Aku menggantungkan lukisan itu di dinding bilik dan akan ku tatap setiap malam lukisan tersebut. Tidak ku sangka Azrul pandai melukis, yang aku tahu sebelum ini Azrul cuma pandai mengaji dan menyanyi.

"Az, terima kasih sayang. Terima kasih di atas pemberian mu ini" gambar Azrul ku cium  lembut untuk melepaskan rasa rindu ku terhadap Azrul.

Dan malam itu juga aku telah mengambil keputusan . Aku akan melupakan Iskandar, bagiku tiada siapa yang dapat menggantikan Azrul di dalam hatiku ini. Azrul benar-benar menyayangi, mencintai dan menyanjungi diriku, dia telah menobatkan aku wanita yang amat dia cintai di dalam hidupnya.

Di dalam hatiku hanya ada Azrul, tiada insan lain lagi . Aku akan berterus terang dengan abang Norman yang aku tidak boleh menerima Iskandar sebagai temanku dan Iskandar boleh memilih siapa saja untuk di jadikan temannya.

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now