BAB 9

204 4 0
                                    

Puan Sofia memandang saja anak nya yang sedang menyarung kasut di muka pintu.           

"Azrul nak ke mana?" soal Puan Sofia ingin tahu. Jarang sekali dia melihat Azrul keluar dengan berpakaian kemas dan segak. 

"Rul nak keluar ibu. Rul nak ke bandar dengan kawan" jawab Azrul tanpa memandang ibunya. 

"Rul dah teman wanita ya? boleh ibu tahu siapa namanya?" Puan Sofia meminta kepastian anaknya.

 "Kami baru kenal ibu. Belum masanya Rul nak kenalkan dengan ibu, lagipun masih ada yang kurang pada anak ibu ni" Kata Azrul ingin berdalih. 

"Apa yang kurang nya? Anak ibu ni kacak, bergaya dan paling penting anak ibu ni manja". Puji Puan Sofia kepada anaknya.

"Ye ke ibu? Azrul pergi dulu ye" Azrul mencium tangan Puan Sofia. 

"Ibu baru nak kenalkan Rul dengan kawan lama ibu, Datin Maria. Sekejap lagi sampailah dia". Kata Puan Sofia.

"Lain kali lah ibu. Ibu, Datin Maria tu ada anak perempuan tak?" soal azrul sambil ketawa kecil.

"Gatal nya anak ibu ni" Puan Sofia mencubit lengan Azrul. Azrul terjerit kecil.

"Rul pergi dulu ya. Assalamualaikum" Azrul mencium pipi Puan Sofia lalu menuju ke kereta nya.

"Waalaikumusalam. hati-hati sayang" jerit Puan Sofia di muka pintu.  


Baru beberapa minit Azrul pergi, sebuah kereta BMW masuk ke halaman rumah Puan Sofia. Puan Sofia  tersenyum gembira kerana Datin Maria sudah sampai. Puan Sofia tidak sabar-sabar menerima kedatangan Datin Maria, kawan semasa zaman kanak-kanak. Banyak cerita yang ingin mereka bualkan, lebih-lebih lagi mengenai kehidupan masing-masing. Kalau boleh Puan Sofia ingin mengeratkan lagi ikatan persaudaraan yang lebih erat melalui anak-anak mereka.

 "Awak masih cantik lagi Maria" kata Puan Sofia lembut sebaik saja Datin Maria duduk di sofa. 

"Sofia pun apa kurang nya, masih cantik dan manis". Puji Datin Maria pula. 

"Sofia tinggal seorang saja ke?" sambung Datin Maria lagi. 

"Anak bujang saya dah keluar, suami pula ada meeting hal bisnes. Maria tak bawa anak sekali ke?". Tanya Puan Sofia apabila melihat rakannya datang berseorangan.

 "Anak perempuan saya ada temujanji, sebab tu dia tak ikut. Oh ya, Osman kirim salam". kata Datin Maria.

"Waalaikumusalam. Agaknya Osman masih kacak macam dulu lagi tak?" jawab Puan Sofia tersenyum.

"Mana kacak lagi Sofia. Kepala dah separuh botak, perut dah ke depan. Yang saya sayang sangat dekat dia, tu tahi lalat kat kening nya tu" Datin Maria tergelak kecil. 

"Hisssy, tak baik mengata suami sendiri" Kata Puan Sofia yang sudah tersenyum itu. 

"Bukan selalu. Anak Sofia belajar atau dah berkerja? ". Tanya Datin Maria kepada rakannya. 

 "Belajar di UKM". Kata Puan Sofia ringkas.

"Iya? sama lah dengan anak saya. Dia ambil jurusan apa?". Tanya Datin Maria lagi.  

"Perubatan, anak Maria?". Tanya Puan Sofia pula. 

"Perubatan juga.Eh, kita dah lambat ni kata nak ke Butik Nor" Datin Maria melihat jam di tangan nya.

"Maria duduk dulu, saya nak bersiap sekejap" Puan Sofia bangun menuju ke tangga. 


Aku menunggu Azrul di depan pintu pagar. Ketika itu, abang Norman sedang membasuh motosikal kesayangan nya . Tepat pukul 11.00 pagi, Azrul sampai di rumah ku dengan memandu kereta.

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now