BAB 5

279 5 0
                                    

Aku menghabiskan waktu petang ku di tepi kolam mandi. Peristiwa petang tadi terimbau di ingatan ku.

"Muka hensem tapi sayang gila" aku ketawa sendirian. Geli hati dengan kelakuan Azrul tadi.          

"Hero apa tu? hero gila." kataku seperti bercakap dengan seseorang di depan. 

Datin Maria memandang saja anak gadis nya yang sedang bercakap seorang diri. Sekejap ketawa, sekejap tersenyum. Datin Maria hairan melihat nya.

"Mak Jah, kenapa dengan adik tu?" Datin Maria menyoal Mak Jah yang sedang menyiram pokok bunga.

"Entah lah Datin, sejak balik tadi itu lah kerja nya. Ketawa lepas tu senyum-senyum, makan pun tak nak" jawab Mak Jah lembut.

Perlahan-lahan Datin Maria mendekati anak gadis nya, sesekali dia tersenyum melihat telatah Nur Ain.

"Adik" Datin Maria menyentuh bahu Nur Ain.

Aku tersentak lalu menoleh. Mama sedang berdiri di belakang ku sambil tersenyum.

"Mama. Dah lama mama balik?" Aku menyoal mamaku. 

"Dah lama. Dari jauh mama tengok adik cakap seorang lepas tu ketawa, senyum-senyum. Kenapa ni sayang?" mama duduk di sebelah ku.

"Mama nak dengar cerita tak?". Aku ingin bercerita tentang perkara yang berlaku kepada mama kerana lagaknya yang membuatkan ku tergelak.

Aku mencapai tangan mama, mama cuma mengangguk. Aku menceritakan tentang Azrul kepada mama.

"Muka dia hensem tapi sayang gila. Harap muka saja hensem." sambung ku lagi.

"Siapa nama dia?" soal mama ingin tahu.

"Mana boleh tahu. Rahsia". Aku saja mahu buat mama tertanya-tanya.

"Tapi adik, tak baik cakap dia gila. Entah-entah adik dah terpikat dekat dia tak?"mama senyum kepada ku.

"Tak adalah. Orang gila siapa nak ? bagi percuma pun adik tak nak" kataku bangga.

"Betul ke ni? Tapi kan mama rasa, anak mama ni dah terpikat lah dekat dia" duga mama lagi.

"Heii, tak ada lah mama. Mama dari mana ni? mama pergi 'dating' ya ?" aku memandang mama yang cantik berbaju kebaya kuning air.

"Mama pergi 'shopping' tadi lepas tu terjumpa dengan kawan lama mama Puan Sofia. Dah lama tak jumpa, hampir 30 tahun. Puan Sofia dulu kawan mama semasa mama kanak-kanak lagi. Selepas mama berkahwin dengan papa, mama terus ikut papa berpindah ke Melaka dan kami terputus hubungan. Tak sangka hari ini kami bertemu semula" cerita mama panjang lebar.

"Mama, Puan Sofia tu ada anak lelaki tak?" tanyaku kepada mama. Saja nak menggedik kat sini.  

"Amboi miang nya anak mama. Habis tu pemuda gila adik nak letak kat mana?" mama mencuit hidungku.

"Orang gila, siapa nak". kataku dengan senyum senget.

"Mama nak tengok, entah-entah esok adik bawa pemuda tu kenal kan pada mama dan papa nanti". mama saja memanaskan aku di sebelahnya.

"Mama ni " aku pura-pura merajuk tapi sebenarnya aku suka mama kata begitu sekurang-kurangnya ada semangat untuk aku mendekati Azrul.

"Anak mama ni dah berangan ya?" mama mencubit pipi ku. Aku tersentak lalu menoleh.

"Mama". Protesku kepada mama.


Di rumah Azrul termenung di beranda di bilik nya. Hati nya berdebar-debar seolah-olah ada seseorang sedang menyebut nama nya . Azrul tidak tahu kenapa tapi yang pasti semenjak kehadiran Nur Ain di UKM membuatkan dia benar-benar bahagia dan gembira. Setiap pagi dia bersemangat untuk pergi ke UKM. Kalau boleh, dia ingin selalu menatap wajah gadis idaman nya, Nur Ain.

Tok..tok..tok...

ketukan di pintu mengejut kan Azrul. Puan Sofia masuk sambil tersenyum.

"Kenapa tak turun makan?" Puan Sofia duduk di birai katil.

"Rul tak lapar ibu" Kata Azrul sambil berjalan untuk duduk di sebelah ibunya.

"Ibu tanya sikit boleh?''. kata Puan Sofia setelah melihat perangai anaknya yang sedikit berubah seperti orang angau itu.

"Tanya apa ibu?''. Azrul bertanya semula kepada ibunya.

"Anak ibu ni dah jatuh cinta ke?" teka Puan Sofia.

Azrul memandang ibu nya sambil tersenyum.

"Tak adalah. Kenapa ibu cakap macam tu?'' soal Azrul teragak-agak.Dia tidak boleh terlepas cakap.

"Ibu tengok sejak akhir-akhir ni Rul dah berubah. Gembira, ceria, anak ibu dah jatuh cinta ke?" Puan Sofia mencapai tangan Azrul.

"Ye ke ibu? mungkin apa yang ibu teka ni betul" jawab Azrul penuh yakin.

Puan Sofia mengerutkan dahi nya . Terkejut dengan pengakuan anaknya.

"Siapa? latifah ke? " teka Puan Sofia . Dia tahu dulu Azrul dan Latifah pernah berkawan dan hubungan mereka sangat rapat. Tapi sayang, tidak kekal lama dan dia sendiri tidak tahu sebabnya.

 Azrul menggelengkan kepalanya.

"Habis tu siapa?" soal Puan Sofia lagi. Ingin tahu gadis mana yang dapat menambat hati anak terunanya ini.

"Jawapannya adalah.... rahsia. o.k lah ibu, Rul dah mengantuk ni" Azrul mencapai tangan Puan Sofia lalu di pimpin menuju ke pintu. Saja nak berahsia dengan ibunya.  Biarlah hanya Allah, dia dan rakan-rakannya sahaja yang tahu perasaan dia kepada Nur Ain.

"Kenapa ibu tak boleh tahu?" tanya Puan Sofia tidak puas hati.

"Sebabnya.... rahsia. assalamualaikum ibu" Azrul mencium pipi Puan Sofia lalu menutup pintu bilik nya. Dia pun tidak tahu adakah dia jatuh cinta atau tidak kepada Nur Ain itu. Disebabkan itu, dia akan berahsia dahulu dengan ibunya tentang perasaannya.

Azrul menuju ke katilnya lalu merebahkan diri nya . Wajah manis Nur Ain tiba-tiba muncul di ruang matanya. 

'Adakah aku benar-benar sudah jatuh cinta?'. getus Azrul sambil melelapkan matanya.

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now