BAB 27

166 3 0
                                    

"Ya Allah, Azrul ,kenapa ni sayang?" Puan Sofia segera memangku kepala Azrul.

"Rul sa-kit i-bu" Azrul merintih kesakitan. Puan Sofia tidak sanggup melihat apabila anaknya terpaksa menahan kesakitan yang teramat sangat. 

 "Nanti kejap eh, Azrul bertahan tau sayang. Ibu panggil ayah kejap" Puan Sofia segera menuju ke pintu. 

"Abang! abang!" jerit Puan Sofia ke bawah. Encik Mansur muncul dari ruang tamu dengan suratkhabar di tangannya.

"Ada apa ni Sofia?" Encik Mansur berlari mendapatkan isterinya yang gelisah.

"Azrul" Puan Sofia memegang tangan suaminya. Encik Mansur terus menjengah ke bilik Azrul. 

"Sofia, telefon Doktor Affendi cepat. Azrul bawa mengucap nak" Encik Mansur segera mengangkat tubuh Azrul yang sudah kurus itu lalu di baringkan di atas katil. 

"Ayah, Rul-  t-tak- ta-tahan lagi a-ayahh." Azrul terasa pandangan nya menjadi gelap. Dia terasa tubuhnya di angkat ke atas. Namun, tidak tahu ke mana hala tujunya.    

"Azrul, Rul.." Encik Mansur menggenggam tangan Azrul. Sejuk rasanya .


Tepat pukul 9.30 malam, Doktor Affendi sampai di rumah Azrul. Setelah memeriksa keadaan Azrul, Doktor Affendi mendapatkan Puan Sofia dan Encik Mansur yang berada di luar bilik Azrul. 

"Macam mana keadaan anak saya, doktor?" soal Puan Sofia tidak sabar. Tidak sanggup rasanya untuk dia menghadapi kehilangan Azrul di dalam hidupnya.  

"Kansernya sudah bertambah teruk. Susah saya nak cakap sekarang ni. Tapi sekarang, sebahagian otaknya telah rosak. Azrul ada ke mana-mana sehari dua ini?" Doktor Affendi memandang Encik Mansur untuk meminta kepastian. 

"Ada. Dia pergi berkelah dengan kawan- kawannya. Kenapa doktor?" Tanya Encik Mansur dengan riak muka yang sudah cemas.

"Sebenarnya, Azrul tidak boleh terlalu penat. Apabila penat, otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik. Saya pernah cakap kepada Azrul supaya menjalani pembedahan dan mengikuti rawatan radioterapi tapi Azrul menolaknya". Ujar Doktor Affendi tenang kepada ibu bapa Azrul.

"Maafkan dia doktor. Dia tidak mahu menjalaninya. Kami pun tidak dapat memujuknya, maafkan dia doktor" jawab Encik Mansur lemah. Berita yang diberitahu oleh Doktor Affendi itu  amat perit untuk diterima. 

"Azrul seorang pesakit yang tidak banyak kerenah. Dah ramai pesakit yang saya rawat namun Azrul lain dari yang lain. Saya akan beri ubat baru untuk Azrul . Nanti bagi dia makan mengikut masa yang di tetapkan. Saya minta diri dulu tuan, puan " Doktor Affendi bersalaman dengan Encik Mansur. 

"Terima kasih doktor. Biar saya hantarkan doktor" Encik Mansur berjalan beriringan dengan Doktor Affendi menuruni anak tangga.  

"Maafkan saya untuk bertanya. Tapi siapa Nur Ain?" soal Doktor Affendi sebelum keluar.   

"Tunang Azrul. Kenapa doktor?" Encik Mansur mengerutkan dahinya. Pelik dengan soalan Doktor Affendi .

"Azrul banyak bercerita tentang Nur Ain. Saya rasa Nur Ain adalah semangat untuk Azrul meneruskan kehidupan ini. Saya rasa Nur Ain bagaikan nyawa Azrul. So, saya harap Encik Mansur boleh berterus terang dengan Nur Ain tentang keadaan diri Azrul" Doktor Affendi memandang Encik Mansur.

"Kami tak boleh nak beritahu, doktor. Azrul melarang kami untuk memberitahu Nur Ain mengenai dirinya. Kami sekeluarga juga ingin mohon dari doktor supaya rahsiakan perkara ini dari pengetahuan sesiapa, termasuklah Nur Ain" Encik Mansur memegang tangan Doktor Affendi.  

"Kalau itu permintan Encik Mansur sekeluarga, saya terpaksa ikut saja. Lagipun saya kan dah lama menjadi doktor peribadi keluarga Encik Mansur. Saya minta diri dulu" Doktor Affendi keluar menuju ke kereta.

"Abang" Puan Sofia berlari memeluk suaminya yang sedang berjalan ke arahnya. 

"Jangan menangis Sofia,tak baik. Azrul tak apa-apa. Dia masih kuat dan sihat lagi" Encik Mansur cuba menenangkan isterinya. 

"Saya takut akan kehilangan Azrul, bang" Puan Sofia mula sebak. 

"Sofia tak boleh macam ni. Sofia kena kuat dan sepatutnya Sofia memberi semangat kepada Azrul untuk teruskan kehidupan ini. Bukan begini caranya, sayang" Encik Mansur menggenggam tangan isterinya.Dia cuba menyalurkan kekuatan daripada genggaman tangan tersebut. 

"Tapi bang......." Kata-kata Puan Sofia segera dipintas oleh Encik Mansur. 

"Sudahlah, jangan fikir yang bukan-bukan. Nanti Azrul dengar nanti. Mari kita tengok Azrul di bilik". Encik Mansur segera menukar topik. Tidak mahu berfikir perkara negatif lagi perihal anaknya.

Pintu bilik Azrul di tolak perlahan. Puan Sofia segera mendekati katil Azrul.  

"Azrul,anak ibu" Puan Sofia membelai rambut Azrul yang semakin menipis. Azrul membuka matanya perlahan. 

'Masih hidup lagi aku ini rupanya. Alhamdullilah, syukur padaMu Ya Allah'. Kata Azrul di dalam hatinya.  

"Ibu, Azrul belum ma......." Kata-katanya dipintas ibunya.

"Tidak sayang. Azrul masih ada di sisi ibu dan ayah lagi. Azrul cuba kuatkan semangat Rul tau. Rul lawan penyakit Rul demi ibu, ayah, abang dan Nur Ain. Rul kena kuat sayang untuk hadapi semua ini" Puan Sofia memberi semangat kepada Azrul. Itulah apa yang di sarankan oleh suaminya tadi.  

"Ibu, Rul nak sambung kerja Rul. Rul kena siapkan cepat sebelum hari lahir Ain. Ada 4 bulan lagi sebelum hari lahir Ain. Ibu tolong ambilkan berus lukisan itu boleh?" Azrul menunjukkan berus lukisan di atas lantai. Dia perlu cepat siapkan lukisan itu. Takut tak sempat nanti.

"Azrul belum sihat lagi sayang. Esok saja kita buat ya? Nanti esok ibu tolong. Sekarang Rul tidur dulu rehatkan fikiran" Puan Sofia menyelimutkan Azrul.


***                                                                                                                                                                                                                        

Segala persiapan untuk majlis perkahwinan aku dan Azrul telah di buat secara beransur-ansur. Cuma baju pengantin dan pelamin saja yang belum di tempah. Hanya tinggal 3 minggu saja lagi sebelum aku bergelar isteri kepada seorang lelaki yang akan bergelar suami ku, Azrul. Sambil membuat persiapan majlis perkahwinan, aku dan Azrul akan membuat ulangkaji bersama untuk menghadapi final exam pada hujung semester ini. Sekiranya kami lulus, kami akan mengambil peringkat PHD pula. 

Petang itu sementara menunggu Azrul datang untuk membuat ulangkaji bersamaku, aku mengisi masaku dengan menanam pokok bunga ros. 

"Assalamualaikum" Azrul memberi salam.  

"Waalaikumusalam, Az. Maaflah, Ain tak sedar pun Az datang" aku mendekati Azrul yang berdiri di pintu pagar.  

"Ain buat apa tadi?". Soal Azrul yang sedang memandang ku. 

"Ain tanam pokok bunga ros". Jawabku ringkas. 

"Iya? Kalau pokok bunga ini berbunga nanti, bunga yang pertama itu akan Az petik dan Az nak  selitkan di rambut Ain selepas kahwin nanti.Itu menandakan Az benar-benar mencintai Ain" Azrul segera meletakkan buku-buku di atas meja yang terdapat di halaman rumahku.

Kami membuat ulangkaji di bawah pondok rehat. Selesai membuat ulangkaji, kami dijamu dengan minuman petang yang di sediakan oleh Mak Jah.

"Dah lama Az nak makan kuih lapis ni. Pandai Mak Jah buat, manis rasanya" Azrul menyuapkan kuih lapis ke mulutnya. 

"Esok-esok kalau dah kahwin nanti , bolehlah Ain suruh Mak Jah ajar Ain macam mana nak buat kuih ni" aku senyum memandang Azrul.   

"Az tak tahulah Ain. InshaAllah, kalau Az sempat nak rasa kuih yang Ain buat nanti, sempatlah" jawab Azrul bersahaja. Aku terus memandang Azrul yang sedang enak mengunyah kuih lapis. Kata-katanya tadi bagai mengandungi seribu makna yang tersembunyi.   

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now