BAB 30

185 4 0
                                    

Setelah Puan Sofia melihat Nur Ain sudah selamat menaiki grab, dengan berhati-hati dia mendekati Azrul yang masih duduk di sofa.

"Sampai bila Rul nak simpan rahsia ini daripada pengetahuan Ain?" Puan Sofia duduk di sebelah Azrul. Azrul menoleh, soalan ibunya sebentar tadi benar-benar membuatkan hati dan perasaannya tidak tenteram. Azrul telah banyak menipu diri Nur Ain. Namun, Azrul tidak sanggup untuk berterus terang.

"Sampai akhir hayat Ru, bu. Rul tak nak dia kecewa dengan Rul nanti. Rul tak mahu dia menderita kerana Azrul. Ain dah terlalu menyayangi diri Azrul, ibu" tutur Azrul lemah. Azrul tahu dia telah banyak berdosa kepada Nur Ain kerana telah menyembunyikan perkara yang serius dari pengetahuan Nur Ain. 

"Tapi kita telah banyak berdosa Rul. Kita berdosa pada Nur Ain dan keluarganya sebab tak bagitau mereka perkara sebenar. Ibu tak sanggup lagi Rul. Ibu takut nanti lagi sukar untuk Ain terima kenyataan yang sebenar, nak" Puan Sofia mula sebak. Dia dan suaminya telah banyak menipu keluarga Nur Ain atas kehendak Azrul. Mereka hanya menurutkannya saja.

"Biarlah dosa itu, Rul yang tanggung ibu". Kata Azrul sambil memandang ibunya dengan pandangan sayu. 

"Tapi Rul akan menyeksa diri Rul sendiri. Tolonglah Rul jangan buat macam ni lagi. Rul tak sayang ibu lagi ke?" Puan Sofia berusaha memujuk Azrul kerana dia sendiri seolah-olah telah tewas dengan segala pujukan. Puas sudah suaminya, Encik Mansur memujuknya agar menerima hakikat yang suatu hari nanti, dia akan kehilangan Azrul namun dia tetap tewas engan perasaannya. Dia percaya yang Azrul mampu hidup lama dari dirinya.

"Tentulah Rul sayang ibu. Bagi Rul, ibulah satu-satunya ibu yang Rul ada di dalam hidup Rul. Tapi, ibu kena terima hakikat yang anak ibu ini akan mati dan akan pergi meninggalkan ibu, ayah, abang dan akan meninggalkan gadis kesayangan Rul, Nur Ain. Ain akan kehilangan Rul nanti, ibu" Azrul terus memeluk ibunya yang sudah berlinangan dengan airmata. Dia hanya mampu menahan sebak di dada.  

"Azrul" Puan Sofia membelai-belai rambut Azrul untuk menyalurkan kasih sayangnya. Kasih sayang nya sebagai ibu belum habis lagi di curahkan untuk anaknya. Kalau boleh dia ingin melihat Azrul bahagia sebelum ajal datang menjemput Azrul pergi. Airmata menitis laju membasahi pipi tuanya .  

"Tadi Ain nak buka topi Rul tapi ibu larang dia. Ibu takut nanti dia nampak kepala Rul yang semakin botak. Nanti sudah tentu dia akan menyoal ibu pasal perkara tersebut. Rul, bagaimana kalau suatu hari nanti, Ain nampak kepala Rul yang botak ini? Apa Rul nak jawap padanya nanti sayang?"soal Puan Sofia lirih memandang wajah kacak anaknya yang semakin cengkung itu. 

"Rul cakap lah yang Rul bernazar sebab dapat kahwin dengan Ain" jawab Azrul yakin.

"Itu dah menambahkan dosa kita lagi sekiranya kita menipu dia lagi, Rul". Kata Puan Sofia lembut.   

"Ibu, Rul nak naik ataslah. Rul nak berehat, sejak kebelakangan ni Rul rasa tak bermaya pula. Bila abang Azril nak balik ibu?"Azrul sengaja menukar tajuk perbualan mereka. Tidak mahu berlama- lama dalam suasana sedih. 

"Entahlah. Maybe malam ni ke atau esok, sampailah dia. Rul nak makan?". Tanya Puan Sofia sambil mengusap belakang badan anaknya.  

"Rul tak lapar lagi ibu. Ibu, lukisan yang Rul lukis kan untuk Ain cantik kan ibu?" Azrul mencapai tangan Puan Sofia. Puan Sofia hanya mengukir senyuman manis. 

"Cantik sayang. Pandai anak ibu lukis". Kata Puan Sofia sambil tangan mengurut jari anaknya.

"Tapi, tak sempurna kan ibu? Bahagian tudung Ain ada kesan calar. Rul ingat nak buat semula lukisan tu tapi nanti takut tak sempat pulak" jawab Azrul perlahan sambil matanya menunduk  menekur permaidani rumahnya.  

Puan Sofia terdiam mendengar kata-kata Azrul. Memang benar kata Azrul yang lukisan itu tak sempurna. Ketika Azrul sedang melukis di bahagian tudung Nur Ain, Azrul tiba-tiba di serang sakit kepala dan berus di tangan nya telah menyebabkan calar pada bahagian itu. 

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now