BAB 39

180 3 0
                                    

Di dalam kereta, aku lihat Azrul asyik tersenyum sahaja. Tangannya mengenggam erat hujung bajuku seperti tidak mahu melepaskanku. 

"Kenapa asyik tersenyum-senyum ni?" soalku hairan.  

"Nur Ain hari ini Az tengok cantik sekali. Ni yang buat Az tambah rindu pada Ain ni" Azrul menoleh menatap wajahku sekejap lalu memandang ke hadapan semula. 

"Baju ni yang cantik" aku menunjukkan baju yang ku pakai. 

"Ain pakai apa pun tetap cantik dan manis. Asyik buat Az tak tidur malam sebab selalu teringatkan Ain saja. Kalau boleh hari-hari Az nak tatap wajah cantik Ain".Kata Azrul lembut.  

 "Jangan cakap macam tu lah. Suka buat Ain malu saja". Kataku dengan wajah yang sudah memerah. 

"Betullah Az cakap ni, Az tak tipu, Az sayang Ain seorang saja di dunia ini". Kata Azrul lagi.  

"Kita nak ke mana Az?". Tanyaku mengubah topik perbualan. 

 "Cuba panggil abang . Janganlah panggil Az, abang kan lebih mesra di dengar". Kata Azrul manja. 

"Ain tak biasalah. Kekok lah nak panggil Az macam tu" kataku tertunduk malu.  

"Tak biasalah tu kena belajarlah sayang. Kan tak lama lagi nanti kita akan jadi pasangan suami isteri . Nanti Ain panggil Az abang dan Az panggil Ain sayang, betul tak sayang?" Azrul kepalaku yang beralaskan tudung. 

"Kita nak ke mana ab-abang?"  soalku teragak-agak.  

"Hah! kan boleh tu. Abang nak bawa Ain pergi shopping " Azrul terus membelokkan keretanya ke tempat letak kereta di depan pusat membeli belah KLCC. 

"Abang, hari macam nak hujan lah" aku memandang ke luar tingkap kereta. Awan mendung berarak perlahan. 

"Cepat sayang. Nanti kita basah kena hujan" Azrul terus menarik hujung bajuku. Kami berlari-lari anak beriringan menuju ke pintu utama. Hujan rintik-rintik mula turun membasahi bumi.


Hampir 2 jam kami membeli belah. Aku lihat di tangan kanan dan kiri Azrul penuh dengan beg-beg dan semuanya kepunyaanku. Apa saja yang aku minta, dia akan membelikannya untuk ku dan ada juga  barang  yang aku tidak mahu dia turut belikan juga dengan rasa senang hati walaupun barang itu agak mahal harganya. 

"Banyaknya duit abang beli semua ni? Mana abang dapat duit banyak-banyak ni?" Aku memandang Azrul yang sedang memasukkan beg-beg ke dalam bonet kereta. Baju, tudung, kasut, kain ela, sepasang kain telekung, beg tangan, alat mekap, buku novel dan yang paling mahal sekali satu set barang kemas. Semuanya Azrul belikan untuk ku. 

"Duit simpanan abang. Ain tak suka ke?" Azrul bertanya seraya menutup bonet kereta. 

"Bukan tak suka ,tapi kan elok kalau duit tu abang simpan untuk masa depan kita"Kataku lembut.  

"Duit boleh di cari Ain tapi cinta Nur Ain susah nak di cari" Azrul terus mengusap-usap lembut kepalaku. Aku tergamam apabila dia menatapku bagaikan tidak mahu lepas.

"Abang? Kenapa ni?" aku memandang Azrul dengan perasaan hairan. Pandangannya seolah seperti ingin menatapku lebih lama. 

"Tak ada apa-apalah. Mari sayang naik kereta" Azrul membuka pintu kereta untuk ku. 

"Nak ke mana?". Soal ku kepadanya apabila Azrul sudah berada di tempat duduk pemandu. 

"Kita ke Taman Putrajaya lah. Hari itu abang tak dapat bawa Ain ke sana" Azrul terus menghidupkan enjin kereta.


Azrul mengenggam lengan bajuku seperti tadi. Sangat erat seperti tidak mahu melepaskanku. Aku tertanya-tanya sendiri kenapa Azrul berkelakuan begini. Pelik sungguh sikapnya kali ini. KeretaBMW milik Azrul berhenti di tempat letak kereta. Kami terus menuju ke bangku di tepi tasik. Aku lihat Azrul sedang merenung jauh seperti sedang memikirkan sesuatu. Aku juga perasan, kadang-kadang Azrul tersenyum sendirian.  

"Abang? Kenapa senyum seorang ni. Tak nak kongsi dengan Ain ke?" aku terus menepuk bahunya lembut. Azrul terus menoleh menatapku, mata kami bertentangan seketika. 

"Abang bahagia sayang. Teramat bahagia" ucap Azrul lembut.  

"Kenapa?" soalku manja. 

"Nur Ain ingin tahu sebabnya?" Tanya Azrul sambil matanya menunduk ke bawah.   

Aku cuma menganggukkan kepalaku.

"Sebab hari ini abang dapat menghabiskan masa di sisi Ain. Abang dapat lihat Ain pakai baju ni, abang dapat penuhi segala permintaan Ain dan yang yang paling membuatkan abang bahagia bila Nur Ain panggil Azrul dengan panggilan abang" Azrul bangun menuju ke tepi tasik. 

"Nur Ain" Azrul memanggilku seraya menoleh memandangku. 

Aku cuma tersenyum dan yang pasti aku pun turut bahagia berada di samping Azrul di saat ini.   

"Kalau abang tiada di sisi Ain nanti Ain sedih tak?" tutur Azrul perlahan. Aku terus tersentak mendengar Azrul berkata begitu. Aku bingkas bangun dan terus merenungnya. Airmataku perlahan mengalir di pipi. 

"Abang jangan cakap macam tu lagi. Ain tak boleh hidup tanpa abang" aku terus duduk mencangkung dan menangis sambil kedua tapak tanganku menekup mukaku. Mujurlah tidak ramai pengunjung ketika itu.  

"Tapi abang terpaksa tinggalkan Ain" Azrul membelai-belai tudungku lembut. 

 "Abang nak pergi mana?" aku mengangkat mukaku dan menatap wajah Azrul. 

"Abang nak pergi jauh". Ujar Azrul ringkas.    

"Ke mana?". Soalku dalam sedu sedan tangisan.   

"Jauh, tempat tu aman dan sunyi". Mukanya tenang apabila berkata perkara tersebut .  

"Habis? Abang sanggup tinggalkan Ain kan. Abang penipu, abang kata abang sayangkan Ain, kenapa abang sanggup tinggalkan Ain?" kataku sedikit kuat sambil tangan memukul-mukul dada Azrul. Airmata mula membasahi pipiku.     

 Azrul mengosok-gosok bahuku.    

"Syyy... jangan begini sayang. Abang janji yang abang akan bawa Ain sekali" pujuk Azrul lembut.

"Abang janji, abang akan bawa Ain?". Ujarku semula.

"Abang janji. Sudah ,jangan menangis lagi" Azrul mengesat airmataku dengan hujung lengan bajunya. 

"Abang ni sajakan buat Ain takut" aku terus tersenyum lega.   

"Kalau Ain senyum, Ain nampak lagi cantik dan manis". Kata Azrul sambil tersenyum manis.   

"Habis selama ini Ain tak cantik lah?" kataku seakan merajuk.   

"Cantik ,sebab itu abang tak nak kehilangan Ain" Azrul merosakkan awning tudungku.     

"Abang!" aku menjerit kegeraman.

"Abang ingin tunaikan janji abang yang terakhir". Kata Azrul serius.   

"Apa dia?" soalku hairan,ada-ada sajalah Azrul ni. 

"Makan di hotel mewah.Mari sayang" Azrul terus menarik lengan bajuku dan berlari-lari anak ke kereta.  

"Apa ni bang. Malu lah orang tengok". Kataku apabila melihat pandangan pengunjung yang pelik dengan keletah kami yang seperti budak kecil.

"Biarkanlah" Azrul terus menarikku lagi.

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now