BAB 48

181 3 0
                                    

Datin Maria dan Datuk Osman memandang saja dari kejauhan Nur Ain yang sedang rancak berbual dengan seorang pemuda.

"Siapa tu bang?" Datin Maria memandang suaminya sambil bertanya. 

"Entah, kawan sekuliah adik agaknya". Teka Datuk Osman.

"Mama, papa, macam mana? Sesuai tak dengan adik" tiba-tiba Norman berdiri di sebelah Datuk Osman sambil bertanya.

"Siapa?" soal datuk Osman hairan.

"Tu, Iskandar kawan along masa mula-mula along masuk kelas muzik. Dialah yang hantar along masa arwah Azrul ditimpa kemalangan . Kalau mama dan papa nak tahu, iskandar tu anak tunggal Tan Sri Razali. Tentu papa kenalkan Tan Sri Razali tokoh koporat yang terkenal di Kuala Lumpur ni?" cerita Norman panjang lebar. Datuk Osman hanya menggangukkan kepalanya. Dia kenal benar dengan Tan Sri Razali yang mempunyai beberapa syarikat yang terbesar di Kuala Lumpur. Tapi dia sendiri tidak tahu yang Tan Sri Razali mempunyai anak lelaki sebaya dengan Norman. 

"Papa, mama along nak buat satu pengumuman sekejap". Kata Norman sambil meminta diri.

"Abang , saya tak berkenan lah dengan Iskandar. Abang tengoklah cara dia berbual-bual dengan adik macam dah biasa saja berbual dengan perempuan" ujar Datin Maria tidak senang hati.

"Kita tengok dulu, abang tahu isi hati adik. Lagipun adik tak akan dengan mudah nak terima lelaki lain dalam hidup dia, adik tu kan anak kita". Kata Datuk Osman yang mempercayai setiap tindakan anak perempuannya.

"Ingin saya perkenalkan kepada semua, seorang pemuda yang bakal mengegarkan dunia seni tanah air iaitu Iskandar,di persilakan" abang Norman berdiri di atas pentas dan membuat pengumuman. 

"Terima kasih, sekarang saya akan menyanyikan sebuah lagu ciptaan saya sendiri khas untuk gadis yang menyambut hari lahirnya hari ini iaitu saudari Nur Ain. Dengarkanlah" Iskandar berkata lalu menyanyikan lagu yang di ciptanya sendiri. Sungguh merdu suara Iskandar sehingga membuatkan aku terpegun mendengarnya.

Dalam keasyikan aku mendengar nyanyian Iskandar tiba-tiba mataku terpandang satu wajah yang amat aku rindui selama ini. Wajah tunangku yang sudah pergi menghadap Ilahi.

"Abang Azrul". Kataku yang ingin pergi ke arahnya.

"Kenapa sayang?" mama segera memegang tanganku ketika aku ingin pergi ke arahnya.

"Azrul mama, dia ada di sini. Adik nampak dia tadi". Aku menyatakan perkara yang berlaku.

"Mana ada sayang, itu cuma perasaan adik saja?".  Datin Maria yang mengetahui bahawa Azril akan datang ke majlis tersebut hanya menyuruh Nur Aiin bertenang. Dia tidak mahu Nur Ain berjumpa dengan Azril sekarang ini kerana dia tahu yang Nur Ain akan bertindak terburu-buru. 

"Tapi adik betul nampak dia tadi" aku terus mencari-cari dan terpandang dia yang sedang berdiri di pintu pagar. 

"Azrul" aku cuba bangun tapi segera dihalang oleh papa.  

"Nur Ain ini majlis Ain, cuba jangan buat macam ni" papa terus memandangku. Aku takut dengan teguran papa tadi lalu duduk semula.

 "Tapi papa Az........" Kata-kataku terus dihentikan dengan teguran dari papa.

"Cukup, Nur Ain! Jangan bagi papa malu" kata papa lagi dalam nada marah.

Aku hanya memandang ke arah pintu pagar. Aku cuba bangun untuk mengejarnya tapi terus perbuatanku dihentikan oleh seseorang.

"Mari menari" Iskandar terus menghulurkan tangan. Namun aku tidak menyambutnya. Lebih baik aku hanya duduk di sini sahaja daripada menari bersama seseorang yang bukan mahramku. Apabila aku menoleh ke pintu pagar, dia telah hilang dari situ.

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now