BAB 24

162 4 0
                                    

Keluarga Azrul dan keluarga ku telah bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan kami berdua 3 bulan lagi .Dalam masa 3 bulan ini, aku dan Azrul akan membuat persiapan untuk hari perkahwinan kami. 

"Kenapa nak buat cepat-cepat Ain, Az?" Suzieana menyoal ku dan Azrul. Aku cuma memandang Azrul yang sejak akhir-akhir ini rajin memakai cap. Aku hairan melihat perubahan Azrul itu. 

"Inikan perkara baik. Perkara baik kena buat cepat, tak boleh tunggu-tunggu lagi" sampuk Amir pula.

Aku dan Azrul hanya tersenyum mendengar kata-kata Amir tadi. Pandai betul dia menjawab soalan Suzieana . 

"Habis tu, projek kita hari Ahad ni tak jadi lah?" Mary memandang kami semua. 

"Projek apa pulak ni nyonya?" Hanif menjeling Mary. 

"Saya belum kahwin lohh.... talak muleh panggil nyonya, kena panggil amoi lah" jawab Mary dalam pelat cina sambil tangan nya mencubit peha Hanif. Hanif terjerit kesakitan.

"Padan muka. Isik lagi si amoi tu, kan dah kena" Suzieana memandang Hanif yang membuat muka cemberut.  

"Beritahu lah, apa projek hari Ahad ni?" soal Azrul penuh minat. 

"Kita semua nak pergi berkelah di Lata Kijang. Bagaimana? Kau dan Ain nak ikut tak?" Suzieana bersuara sambil matanya memandang Hanif yang berada di sebelahnya .Baru-baru ini, mereka berdua bercinta setelah Hanif di tinggalkan oleh teman wanita nya.  

Aku memandang Azrul. Cadangan Suzieana benar-benar menarik minat ku. Boleh lah aku melepaskan tension dengan menikmati kesejukkan air terjun nanti.  

"Boleh juga" jawab Azrul bersetuju.   

"Tapi Az..........." Amir tidak dapat meneruskan kata-katanya apa bila matanya bertentangan dengan mata Azrul. 

"Tapi apa Mir?" soal ku ingin tahu.   

"Kau berdua kan nak naik pelamin. Kata orang tua-tua, bakal pengantin ni darahnya manis" jawab Amir bersahaja. Sebenarnya, dia hampir terlepas cakap mengenai penyakit Azrul.

"Sekarang zaman dah moden lah Mir. Apa salah nya aku dan Ain ikut kau semua . Nanti lain kali, aku tak akan ikut lagi. Kan Ain?" Azrul memandang ku. Aku cuma tersenyum sahaja. 

"Okey, kalau semua dah setuju , aku dan Philip bawa minuman dan makanan ringan" Mary memandang Philip merangkap teman lelakinya. 

"Aku dan Hanif bawa ikan dan daging". Kata Suzieana sambil memandang Hanif di sebelahnya. 

"Aku dan Ain bawa nasi putih, ayam dan roti" Azrul bercakap sambil matanya memandang aku. 

"Aku bawa gitar untuk menghiburkan kamu semua" Amir bersuara setelah lama mendiamkan diri. Tak ada partner nak bawak makanan sama-sama. Biasalah, singlekan.  

"Kalau macam tu, biar Amir makan gitarnya saja" seloroh Azrul diikuti gelak tawa kami semua.

Petang itu, kami semua terhibur dengan telatah Amir. Banyak cerita lucu yang di ceritakan kepada kami. Kami semua terhibur lebih-lebih lagi Azrul yang nampak bersemangat kalau ketawa.


Setelah Nur Ain dan rakan-rakan nya pergi, Hanif dan Amir mendekati Azrul yang sedang bersandar di kereta BMW kesayangan nya.  

"Az, aku minta maaf. Aku hampir terlepas cakap tadi. Nasib baik kau pandang aku , kalau tidak...." Amir berdiri di sebelah Azrul. Hanya dia dan Hanif saja yang mengetahui tentang keadaan diri Azrul kerana Azrul mempercayai mereka berdua untuk menyimpan rahsia besar itu.

"Tak apa Mir ,aku maafkan kau. Kau kan kawan aku" jawab Azrul yang sedang termenung di keretanya.  

"Kau tak beritahu Nur Ain tentang penyakit kau ni, Az?" Hanif memandang Azrul. 

"Tak". Jawab Azrul lemah. 

"Tapi kenapa Az ? Kau tak mampu untuk beritahu dia ke ? Kitaorang boleh tolong bagitau dia. At least, kami boleh tolong kau Az kalau kau tak mampu nak bagitau dia" Amir memberi cadangan.

"Jangan Mir, Hanif. Aku bukan tak mampu untuk beritahu dia, tapi aku tak sanggup. Aku tidak mahu dia bersedih, lebih-lebih lagi sekarang. Aku lihat dia benar-benar gembira dan aku tidak mahu dia kecewa kerana aku" jawab Azrul serius. 

"Dia tunang kau Az, dia berhak tahu semua ini" Hanif memberi pendapatnya pula. 

"Sanggup ke dia tengok aku macam ni" Azrul membuka topinya. Hanif dan Amir terkejut melihat kepala yang Azrul yang semakin nipis rambut nya . 

"Maafkan kami Az. Kami tak tahu kau terseksa sebegini rupa, tapi Az kau kena beritahu juga Nur Ain sebab penyakit kau ni semakin parah. Kau akan berkahwin dengan Nur Ain, tapi bagaimana kalau kau...........?" Amir tidak sanggup untuk meneruskan kata-katanya. Dia tidak mahu Azrul kecewa mendengarnya.  

"Aku tahu apa yang ingin kau cakapkan Mir. Jika Allah izinkan aku hidup lama, aku bersyukur tapi jika Allah tidak mengizinkan, aku redha dengan apa yang telah di Takdirkan-NYA" Azrul menundukkan muka nya. Tidak sanggup dia menatap wajah teman-teman nya . Hampir 13 tahun mereka berkawan dan mereka tidak sanggup untuk menghadapi kehilangan satu-satu nya teman baik  mereka. Hanif dan Amir memeluk Azrul. Pelukan dari sahabat yang sanggup susah dan senang bersama-sama.  

****      

Di rumah Ain    

Hari Ahad itu, awal-awal aku dah bangun. Selepas menunaikan solat Subuh, aku membuat senaman ringan. Tepat pukul 8.00 pagi ,aku mengemaskan pakaian ku. Aku memasukkan beberapa helai baju ke dalam beg.   

Tok.. Tok.. Tok 

pintu diketuk dari luar.  

"Siapa?". Soalku dari dalam bilik. 

"Mama , sayang". Mama menjawab pertanyaanku.  

 "Masuk lah mama, pintu tak berkunci". Aku memberi izin kepada mama. 

 Mama masuk sambil membawa sebuah kotak.  

"Apa tu mama?".  Soalku ingin tahu.    

"Ini ada ubat sakit perut, ubat luka dan minyak angin" mama memasukkan kotak itu ke dalam beg. 

"Baiknya hati mama. Terima kasih mama" aku mencium pipi mama. 

 "Sudah cepat. Mak Jah dah siap kan bekal untuk  adik". Mama mengajakku turun ke bawah.  

Aku dan mama bergegas menuruni tangga menuju ke dapur untuk mendapatkan Mak Jah yang sedang sibuk memasukkan bekal ke dalam bakul. 

"Ini, Mak Jah dah siapkan nasi putih dan sedikit roti sandwich. Azrul bawa apa?" Mak jah bertanya kepadaku.  

"Azrul bawa perut saja". Selorohku kepada mama dan Mak Jah.  

 Mama dan Mak Jah ketawa mendengar jawapan dari ku. 

Tin.. Tin.. Tinn

terdengar hon kereta Azrul di luar.

"Azrul dah sampai tu. Mama, Mak Jah adik pergi dulu ya" aku mencium pipi mama dan Mak Jah dan bersalaman dengan mama dan Mak Jah.  

 "Hati-hati sayang". Mama menjerit kepadaku dari dalam rumah. 

"Baik mama". Jawabku yang sedang berjalan ke arah kereta Azrul.


Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now