BAB 50

214 3 0
                                    

3 bulan telah berlalu dan selama 3 bulan itu lah aku berkawan dengan Iskandar. Sepanjang aku berkawan dengan Iskandar, sudah banyak kali Iskandar mengeluarkan wang untuk memikat hatiku, bunga, barang kemas dan tiket melancong tapi semua itu aku tolak. Tidak semudah itu untuk aku menerima nya, aku tidak mahu terlalu terhutang budi pada Iskandar. Ciri-ciri lelaki idaman ku tiada pada diri Iskandar, sudah beberapa kali Iskandar mengajak aku ke disko tapi aku menolak. Azrul tidak pernah membawa aku ke disko, katanya tempat maksiat dan tidak elok untuk orang islam. 

"Nur Ain, Is ada sesuatu nak cakap pada Ain?" kata Iskandar sewaktu dia datang ke rumahku.

"Is nak cakap apa?."Soalku kepadanya.

Iskandar mencapai tanganku lalu di ramas-ramas lembut, aku jadi tak keruan dengan kelakuan Iskandar. Aku menarik tanganku semula.

"Is sebenarnya cintakan Ain". Katanya sambil memadang wajahku. 

"Cinta?" aku memandangnya sambil bertanya.

"Yes Ain, I Love You so much dan Is nak ambil Ain sebagai isteri Is, Ain sudi?" Iskandar ingin menyentuh pipiku. Aku segera berpaling darinya. 

Aku terkejut mendengar pengakuan iskandar tadi tapi aku tidak boleh buat keputusan terburu-buru lagipun aku masih belum mengenali latar belakang diri Iskandar yang sebenarnya.

"Nantilah Ain fikirkan" aku menjauhkan tubuhku dari Iskandar. 

"Dari dulu Ain selalu cakap macam tu, tak akan Ain tak boleh bagi jawapan nya sekarang" Iskandar mula berkata dengan nada menggodanya.

"Ain tak boleh beri jawapannya sekarang".  Ujarku bersahaja.

"Okey sayang Is tak paksa, Is dah lambat ni, bye sayang" Iskandar bangun dari duduknya. Aku pun turut bangun.

"Is nak balik?". Tanyaku kepadanya.

"Is ada temujanji dengan kawan, bye sayang, see you next time" Iskandar terus mencium pipiku lalu pergi.

Aku terkesima dengan tindakan Iskandar yang mencium pipiku, aku memandang sekeliling. Nasib baiklah tiada jiran-jiran yang nampak.

Setelah Iskandar pergi aku masuk ke dalam menaiki tangga menuju ke bilik, di dalam bilik aku meraba-raba pipiku yang baru saja menjadi mangsa ciuman Iskandar tadi. Azrul tidak pernah buat begini kepada ku tapi Iskandar, sifat Iskandar dengan Azrul jauh berbeza.                                                                                       

YA ALLAH BANTULAH AKU, TUNJUKKAN LAH AKU JALAN YANG BENAR DAN BERIKAN LAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI HARI-HARI YANG AKAN DATANG.


Telefon bimbitku berbunyi minta di jawab.

"Hello sayang ini Is" terdengar suara Iskandar di hujung talian.

"Ya, Is nak apa telefon Ain ni?" aku mula bosan untuk melayan Iskandar.

"Is nak ajak Ain pergi disko malam ni,boleh". Tanya Iskandar lagi. 

"Maaf Is Ain tak nak". Kataku dengan nada sedikit marah, tiap kali Iskandar menelefonnya, mesti ada sahaja pertanyaan untuk membawaku ke disko.

"Kalau tak nak ke disko, esok kita keluar okey". Tanya Iskandar lagi. 

"Keluar ke mana?". Tanyaku malas.

"Tengok wayang" jawab Iskandar pantas.

"Esok kita jumpa lah". Aku ingin segera memutuskan perbualan itu.

"Bye sayang" Iskandar terus mematikan talian telefonnya.

Aku termenung seketika, Iskandar ah!!  lelaki ini banyak betul tipu helahnya, ada saja alasan nya untuk mengajak aku keluar.

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now