BAB 35

176 2 0
                                    

Pagi Ahad itu aku bangun awal. Selepas menunaikan solat Subuh, aku duduk termenung di atas sejadah. Entah kenapa hatiku tiba-tiba saja terlalu merindui Azrul dan diriku terlalu ingin mendambakan kehadirannya di sisiku. 

Perlahan-lahan aku turun menuju ke dapur. Kelihatan Mak Jah sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi. 

"Assalamualaikum, Mak Jah" aku memeluk Mak Jah dari belakang. Mak Jah terkejut lalu melatah.

"Waalaikumusalam, adik ni suka buat Mak Jah terkejut saja". Mak Jah memarahiku lembut.

"Mak Jah buat sarapan apa hari ini?" soalku manja. 

"Hari ini Mak Jah buat mee goreng kegemaran adik. Aik, awal bangun hari ini? Ada rancangan ke?" Mak Jah cuba meneka. 

"Mak Jah ni pandai betul lah. Cuba teka apa rancangan adik hari ini?". Soalku lembut sambil menatap wajah Mak Jah.

"Adik nak keluar dengan Azrul kan". Terjongket kening ku apabila mendengar jawapan Mak Jah. 

"Mak Jah ni macam ahli nujum lah" aku tergelak kecil begitu juga Mak Jah.

"Boleh adik tolong?" aku mencapai sawi di atas meja.  

"Tak payahlah. Mak Jah boleh buat sendiri" Mak Jah mencapai sawi di tanganku.  

"Nak adik tolong"ulangku lagi.

"Mak Jah kata tak payah, tak payahlah adik oi" jawab Mak jah serius. Aku cuma tersenyum saja. 

"Okaylah Mak Jah, adik duduk di depan sajalah" aku bangun menuju ke ruang tamu.Aku mencapai telefon bimbitku lantas aplikasi instagram dibuka.

Terdengar bunyi tapak kaki menuruni anak tangga. 

"Wah! awal adik bangun hari ini?" ujar abang Norman yang sedang berdiri di tangga terakhir.                                                           

"Memanglah long, orang nak keluar dengan tunang hari ini kan tentulah kena bangun awal" Mak Jah muncul dari dapur membawa dulang berisi cawan-cawan kosong. 

"Mak Jah dengan along ni tak habis-habis nak usik adik. Along, bila along nak bertolak ke Perlis?" aku menuju ke meja makan.

"Pagi ini pukul 11.30, kenapa sayang?" abang Norman membelai rambutku lembut. 

"Tanya saja. Lama ke along pergi?". Tanyaku kembali kepada Abang Norman.  

"Tak, 5 hari saja. Along akan balik nanti. Kan tak lama lagi adik along ni nak kahwin" abang Norman mencuit hidungku. Aku terjerit kecil. 

"Assalamualaikum sayang" mama mencium pipiku. 

"Waalaikumusalam mama, papa". Kata aku dan abang Norman serentak. 

"Awal bangun hari ini? Hari ni kan hari minggu" papa memandangku

"Mana tak awalnya, orang tu nak keluar dengan tunang tersayang " jawab Mak Jah sambil menuang air susu. 

"Mak Jah" aku senyum kepada Mak Jah. 

"Mama, orang tua-tua kata kalau keluar sebelum naik pelamin nanti seri pengantin akan hilangkan mama?" tanya abang Norman kepada mama. Saja ingin mengusikku. 

"Alah long , kali ini saja kami keluar lagipun Azrul kata dia tak akan bawa adik keluar lagi dah lepas ni". Kataku lembut kepada abang Norman. 

"Az cakap begitu?" soal mama sambil mengerutkan keningnya. Datin Maria segera memandang suaminya. 

"Betul mama, adik pun tak kisah sebab adik nak tolong mama dekat rumah. Mama dan papa izinkan tak adik keluar dengan Azrul?" tanyaku sambil memegang tangan mama. 

"Papa dan mama izinkan " jawap papa ringkas.

"Mama dah edarkan kad jemputan kan? Tak lama lagi majlis tu nak berlangsung." soal abang Norman tiba-tiba. 

Datuk Osman dan Datin Maria terdiam. Apa jawapan yang patut di berikan kepada Nur Ain Dan Norman? Tiba-tiba ingatan mereka teringat pada permintaan Azrul tempoh hari.  

"Jangan edarkan dulu kad jemputan" kata-kata Azrul berlegar-legar di ingatan mereka. Permintaan Azrul itu perlu dipegang. Mereka tidak boleh menghampakan hasrat insan yang tidak terdaya seperti Azrul.   

"Mungkin hari ini" jawab Datuk Osman bersahaja , cuba menyembunyikan resah di hati. 

"Adik dah pilih dah baju pengantin dari majalah yang mama berikan hari itu." aku memandang mama.  

"Ya? warna apa adik pilih?" soal mama lembut. Tapi bagi Datin Maria, itu semua tidak bermakna lagi baginya. Selepas sahaja pulang dari rumah Puan Sofia tempoh hari, dia dan suaminya telah membatalkan semua persiapan untuk perkahwinan Nur Ain dan Azrul. Puas juga Datin Maria memberi alasan kepada pemilik butik , dewan dan segalanya. Datin Maria dan Datuk Osman terpaksa melakukan nya demi Azrul.   

"Adik pilih warna ungu lembut tapi Azrul pilih warna putih pula. Tapi dia tak kisah, dia cakap baju warna ungu rumah kita dan baju putih rumah pihak lelaki" jawapku manja. 

Datin Maria cuma untuk membisu. Namun jauh di sudut hatinya, hanya Allah yang tahu bahawa kata-kata Azrul ada makna yang tersirat. Datin Maria memandang sayu ke arah anak gadis kesayangannya, Nur Ain yang sedang berbual-bual dengan Mak Jah dan Norman. Sesekali terdengar ketawa kecil Nur Ain. Datin Maria ingin menangis. Mahu saja dia memberitahu Nur Ain tentang keadaan diri Azrul.

"Kenapa mama menangis?" aku segera mencapai tangan mama. Mama mengesat airmatanya. 

"Tak ada apalah. Pukul berapa sayang nak keluar?". Kata mama lembut sambil menatap wajahku.

"Pukul 11.00 pag. Az suruh adik pakai baju yang dia hadiahkan tempoh hari". Kataku manja kepada mama. 

"Elok lah tu". jawab mama pendek.   

"Sempat lagi along nak jumpa dengan bakal adik ipar along tu. Along nak sampaikan pesanan supaya Az jaga adik along ni baik-baik semasa along tak ada nanti" abang Norman mencubit pipiku.  

"sakitlah along". Kataku geram.  

"Along nak pergi kemas baju along" abang Norman bangun meninggalkan meja makan.  

Aku memandang mama dan papa. Semenjak balik dari rumah Azrul hari itu, aku lihat mama dan papa selalu termenung dan diam membisu. Ada perkara yang mereka cuba sembunyikan dariku ke? 

"Adik tengok mama dan papa macam ada sembunyikan sesuatu dari adik je. Apa dia?" aku cuba meneka.   

"Sembunyikan apa ni adik?" soal mama balik.

"Yalah semenjak mama dan papa balik dari rumah Azrul hari itu, adik tengok mama dan papa lain benar. Ada apa mama?". Soalku cuba ingin mengorek rahsia    

"Tak ada apa-apalah sayang. Dah pukul berapa ni adik? Kenapa adik tak siap lagi?" Datin Maria sengaja menukar topik perbualan. Dia tidak mahu terlepas cakap. 

Aku mengerling jam di dinding. Sekarang tepat pukul 8.30 pagi. Masih terlalu awal untuk aku bersiap.

"Baru pukul 8.30 pagi mama. Awal lagi ni, kalau siap cepat-cepat nanti cair pulak mekap adik". Kataku lembut. 

"Bakal pengantin tak boleh pakai mekap tebal-tebal tau. Nanti hilang seri pengantin" papa mencelah. 

"Adik main-main jelah papa. Adik cakap saja.  Adik nak naik atas, nak tolong along kemas kan pakaian dia" aku bingkas bangun lalu menaiki tangga menuju ke bilik abang Norman. 

"Maria tak sanggup nak tengok adik menderita, bang" Datin Maria mencapai tangan suaminya.
Di meja makan sekarang, hanya tinggal dia dan suaminya. Mak Jah juga sudah hilang ke dapur untuk mencuci pinggan kotor. 

"Abang pun tak sanggup Mar, tapi kita terpaksa redha. Ini semua kehendak Allah yang Esa" Datuk Osman cuba memujuk isterinya . Dia tidak mahu tangisan isterinya sampai ke telinga Nur Ain dan Norman.  

"Abang dengar tadi adik cakap pasal Azrul. Apakah itu tanda yang Azrul.......". Kata-katanya terhenti dalam serak tangisannya.

"Syyy......tak baik Mar fikir begitu. Orang sakit memang macam-macam yang keluar dari mulutnya. Sudahlah jangan menangis lagi, kalau adik dan along nampak nanti, apa kita nak jawab?" Datuk Osman memeluk Datin Maria sambil tangannya mengusap belakang isterinya. 

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now