BAB 32

163 5 0
                                    

Azrul membaringkan tubuhnya semula. Niatnya untuk mandi tadi terbantut apabila dia terasa pandangannya berputar-putar. Azrul cuba untuk melelapkan matanya dengan harapan dapat melegakan sakit di kepalanya. 

Perlahan-lahan Puan Sofia membuka pintu bilik Azrul. Perasaan hiba dan pilu apabila dia terdengar perbualan Azrul bersama Nur Ain tadi. Kata-kata yang diucapkan oleh Azrul mempunyai makna yang tersembunyi. Puan Sofia melangkah mendekati Azrul yang sedang tidur lena. Mungkin penyakit yang di alaminya semakin teruk membuatkan Azrul kelihatan letih. Sejak akhir-akhir ini juga, Azrul seperti hilang selera makan. Sayu hatinya memandang wajah Azrul yang semakin cengkung dan dapat dilihat ada lingkaran hitam di bawah mata anaknya.

"Kasihan anak ibu. Apa dosa kau hingga kau menderita sebegini sayang. Kau masih muda, ibu tak sanggup kehilangan Azrul" kata Puan Sofia perlahan. Tangannya mengusap-usap kepala anaknya. Ibu mana yang sanggup melihat keadaan anaknya yang sebegini. 

 Azrul membuka matanya apabila dia terdengar bunyi esakan kecil di tepi katilnya. Dia bingkas bangun apabila dia melihat ibunya sedang menangis teresak-esak seperti anak kecil di birai katilnya.

"Kenapa ibu menangis ni?" soal Azrul cemas. Ada berita buruk yang ibu ingin sampaikan? Atau ada sesuatu terjadi kepada abang Azril? Fikirannya sekarang penuh dengan perkara negatif yang mungkin terjadi kepada abangnya. 

"Jawablah ibu, kenapa ibu menangis?" soal Azrul lagi,. Dia risau melihat ibunya yang tidak berhenti menangis, bagai meratapi sesuatu.  

"Ibu tidak sanggup kehilangan Azrul. Ibu tak sanggup nak. " Puan Sofia terus memeluk Azrul. Hati Azrul sedikit lega kerana sekurang-kurang nya dia tahu mengapa ibu nya menangis. Pelukan ibunya di balas dengan erat dan kuat. Seolah-olah dia tidak mahu meninggalkan ibunya. 

"Ibu kuatkan semangat ibu. Ibu kena tabah dan redha atas semuanya." kata Azrul perlahan, cuba untuk memujuk perasaan ibunya. 

Puan Sofia meleraikan pelukan dan tersenyum memandang Azrul. Kata-kata Azrul tadi sedikit sebanyak dapat melegakan naluri keibuannya. Dia tahu Azrul lebih tabah dari dirinya, dia juga tidak boleh terlalu lemah di hadapan Azrul. Dia perlu memberi semangat kepada anaknya.

"Tadi abang Azril ada telefon. Katanya dia nak balik malam ni. Abang juga ada kirim salam kepada Rul". Puan Sofia sambil mengesat airmatanya.                                           

"Waalaikumusalam, nanti kita jemput abang di KLIA malam ni ye? Pukul berapa abang sampai sini?" soal Azrul gembira. Dia terlalu merindui abangnya Azril.  

"Alamak! ibu lupa pulak nak tanya. Nanti abang telefon lagi kalau dah sampai agaknya" jawab Puan Sofia ceria. Dia turut gembira apabila melihat Azrul tersenyum. Hilang rasa sedih di hatinya.  

"Ibu, Mak Pah masak apa hari ini? Rul laparlah" Azrul berkata sambil tangannya meraba-raba perutnya.  

"Mak Pah masak lauk kegemaran Rul. Ayam sambal, tapi Rul ingat tau jangan makan sambal banyak -banyak sebab sambal tu pedas". Puan Sofia berkata lalu tertawa kecil. Dia lupa yang anaknya ini bukannya budak kecil lagi.

"Rul kan anak lelaki, mestilah Rul boleh tahan. Marilah ibu, temankan Rul makan" Azrul bingkas bangun menuju ke pintu. Puan Sofia segera mengekori langkah Azrul yang sudah sampai di tangga . 

"Rul ada satu permintaan" Tiba-tiba Azrul berhenti melangkah. Puan Sofia juga turut berhenti untuk mendengar permintaan anaknya itu. 

"Apa dia Rul?". Soal Puan Sofia lembut. 

"Rul nak nanti ibu telefon mama dan papa Nur Ain suruh mereka datang ke sini esok. Rul nak mereka tahu perkara sebenar tentang diri Rul. Rul juga nak sampaikan satu perkara penting kepada mereka" Azrul memandang wajah ibunya. 

"Dan abang Azril ,Rul nak.......". Kata-kata Puan Sofia terhenti apabila Azrul terlebih dahulu menjawab. 

"Ya, Rul nak kenalkan abang Azril kepada keluarga Nur Ain" Azrul segera memintas kata-kata Puan Sofia. 

"Nur Ain, bagaimana pula?". Soal Puan Sofia pelik.  

"Rul dah buat rancangan untuk Ain esok. InshaAllah, dia tak akan syak apa-apa nanti. Mari ibu, Rul dah lapar ni" Azrul menuruni anak tangga untuk mendahului ibunya. Puan Sofia termangu seketika. Azrul nak pertemukan Azril dengan mama dan papa Nur Ain? Untuk apa?Namun persoalan itu hilang apabila dia mendengar suara Azrul memanggilnya.  Cepat-cepat dia turun mendekati anaknya.

"Ibu datang ni sayang" jawab Puan Sofia kuat dari atas tangga.


***                      

Malam itu, dua beradik kembar yang telah lama terpisah akhirnya bertentangan mata. Azril memandang adiknya yang sedang berdiri di beranda. Azril berkongsi bilik dengan adiknya Azrul. Kata Azrul, dia ingin menghabiskan masa-masa terakhirnya bersama abangnya.  

"Rul, kenapa buat keputusan terburu-buru?" soal Azril ingin tahu. Selepas sahaja dia mendengar keputusan Azrul untuk menyatukan dia dengan Nur Ain , hati Azril sudah tidak tenteram. 

"Rul nak dengar jawapan dari mulut abang sendiri. Abang boleh tak terima Nur Ain sebagai isteri abang yang sah?" tanya Azrul lagi. 

"Abang tak bolehlah Rul. Macam mana abang nak jawab sedangkan Azrul masih ada. Azrul yang berhak ke atas diri Ain, bukan abang". Ujar Azril yang sedang duduk di atas sebuah kerusi di dalam bilik tersebut. 

"Tapi abang mencintai Nur Ain kan? Cakaplah bang, abang cintakan Nur Ain kan?" Azrul menoleh kepada Azril. Azril bingkas bangun mendekati Azrul.

"Entahlah, abang tak pasti Rul. Tapi sekarang abang nak tahu, kenapa Rul buat keputusan ini?" soal Azril lagi. 

"Kerana ajal Rul semakin hampir dengan Rul bang. Rul akan mati tak lama lagi. Rul harap sebelum Rul pergi, Rul nak dengar jawapan dari mulut abang sendiri. Abang boleh tak terima Ain sebagai isteri abang yang sah?" tanya Azrul sekali lagi. Kali ini nada suaranya seperti mendesak abangnya.  

Azril terdiam . Sukar untuk dia memberikan jawapan yang kepada soalan Azrul tadi. Azril terus  mencapai tangan Azrul dan menganggukkan kepalanya perlahan-lahan menandakan yang dia setuju untuk menerima Nur Ain sebagai isterinya yang sah. 

"Rul nak dengar jawapan nya dari mulut abang. Bukan hanya anggukkan sahaja. Cakaplah bang dari mulut abang sendiri". Desak Azrul lagi.

"Hmm. Yelah abang terima Ain sebagai isteri abang yang sah nanti." Ujar Azril lembut. 

"Terima kasih abang. Terima kasih abang!" Azrul terus memeluk Azril dengan perasaan gembira. Hajatnya tercapai sudah dan esok merupakan hari penentunya di mana mama dan papa Nur Ain akan mendengar keputusannya pula.  

"Esok mama dan papa Nur Ain akan datang ke rumah kita. Rul nak mereka berkenalan dengan abang merangkap bakal menantu mereka. Abang, Rul gembira sangat" Azrul tersenyum gembira. 

"Azrul, abang tak tahu........". Kata-katanya dipintas oleh Azrul.

"Abang tak usah cakap apa-apa lagi. Apa yang penting sekarang ini, abang kena janji dengan Rul yang abang tak akan tinggalkan Ain seperti apa yang Azrul buat. Abang janji tau!" Azrul segera mencapai tangan Azril. 

"Abang janji dik" jawab Azril tenang. Gembira dia apabila melihat wajah bersinar Azrul. 

"Abang, Rul nak tidurlah. Letih sangat rasanya. Abang tidur dengan Rul ya? Dah lama Rul tak tidur dengan abang" Azrul melangkah menuju ke katil.

Azril hanya memandang tubuh kurus adiknya ,Azrul. Rasa sayu di hati bercampur dengan rasa sedih. Perlahan-lahan kakinya melangkah menuju ke katil. Terlihat Azrul sudah lena tidur.

'Abang janji abang akan jaga Ain sepenuh hati abang. Abang akan jaga amanah awak, Azrul. Abang akan merindui awak nanti. Abang minta maaf sebab tak dapat jaga awak awal-awal awak sakit dahulu.' Sayu hatinya melihat wajah adiknya yang kelihatan tiada seri itu. Airmata jantannya mengalir membasahi pipi.

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now