BAB 15

204 4 0
                                    

Kami mengambil gambar bersama-sama keluarga Azrul dan keluargaku. Malam itu, kami membuat sedikit majlis makan-makan. Papa bersetuju untuk membuat jamuan tersebut di rumah kami. Papa telah menghadiahkan Azrul sebuah gitar dan menghadiahkan aku sehelai baju kemeja berlengan panjang berwarna ungu.

Setelah rakan-rakan Azrul pulang, Encik Mansur memulakan bicara.

"Saya ucapkan berbanyak terima kasih pada Datuk sekeluarga kerana sudi meraikan kemenangan Azrul. Terlanjur kami sekeluarga ada di sini, kami nak bincangkan sesuatu dengan Datuk dan Datin" Encik Mansur memandang Datuk Osman. 

"Sama-sama Mansur. Tapi jangan panggil saya Datuk. Kita ni kan dah macam satu keluarga, panggil Osman sajalah. Apa yang Mansur ingin bincangkan dengan kami sekeluarga?". Tanya Datuk Osman kepada Encik Mansur. 

"Kalau boleh, biarlah perkara ini di bincangkan tanpa budak-budak ni" Encik Mansur memandangku dan Azrul. Aku dan Azrul faham apa yang di maksudkan oleh ayah Azrul. Kami mengambil keputusan untuk mengambil angin di luar saja. 

"Begini lah Osman kalau dulu nak merisik anak gadis orang kena berpantun. Tapi sekarang dah moden, lagipun saya bukannya pandai sangat berpantun. Sebenarnya kami ingin memetik bunga Osman Dan Maria yang sedang berkembang di taman untuk kumbang kami" seloroh Encik Mansurdengan senyuman manisnya.  

"Kami tak boleh buat keputusan tanpa kebenaran tuan empunya badan. Kena tanya empunya badan dulu" jawab Datuk Osman perlahan. Datin Maria segera mendapatkan suaminya setelah mendengar penyataan dari suaminya.

"Adik dah setuju dengan lamaran Azrul ni" Datin Maria berbisik perlahan. 

"Nampaknya bunga kami dah bersetuju dengan lamaran ini". Ujar Datuk Osman tanpa perlu berdalih lagi. 

"Alhamdullilah. Ini cincin tanda kami mengikat bunga Datuk Osman. Jadi, lagi seminggu majlis pertunangan akan di langsungkan lah ya? macam mana Maria?" Puan Sofia meletakkan sebuah kotak baldu berwarna merah di atas meja.       

"Kami ikut saja mana yang Sofia dan Mansur cadangkan" jawab Datin Maria lembut. Datuk Osman dan Encik Mansur sudah tersenyum lebar. Nampaknya, berbesanlah mereka.


Selepas keluarga Azrul balik, aku duduk di dalam bilik sahaja. Selesai saja aku menunaikan solat Isyak, aku berdoa semoga aku dan Azrul akan bahagia sehingga akhir hayatku.Setelah aku ingin berdiri untuk melipat telekung, pintu bilik di ketuk dari luar. 

"Masuklah mama" sahut aku dari dalam setelah mengetahui gerangan yang mengetuk bilikku.

Pintu bilik di buka. Datin Maria tersenyum melihat Nur Ain yang sedang melipat kain telekung. 

"Mama" aku memanggil mama yang masih berdiri di muka pintu. Mama tersenyum memandangku.

"Mama menganggu ke?" mama bertanya setelah duduk di birai katilku. 

"Tak adalah,adik dah selesai pun". Ujarku lembut. 

"Dah besar rupanya anak mama ni" mama senyum kepadaku sambil mengucapkan ucapan tersebut. 

"Mama, kenapa ni?" aku bertanya setelah duduk di sebelah mama.Mama mencapai tanganku dan meletakkan sebuah kotak baldu berwarna merah di telapak tangan ku. 

"Ini cincin dari keluarga Azrul. Lagi seminggu majlis pertunangan akan di langsungkan. Tak lama lagi, anak mama ni akan jadi isteri orang" mama menyentuh pipiku. Aku membuka kotak baldu tersebut yang terdapat sebentuk cincin emas bertahta permata putih di dalamnya. 

"Cantiknya mama" aku terus menyarungkan cincin itu ke jari manisku. Muat-muat dengan saiz jariku. Pandai Azrul pilih. Aku memandang mama yang diam membisu. 

"Kenapa ni mama? mama tak suka ke adik bertunang dengan Azrul?" aku mencapai tangan mama. 

"Bukan itu sayang. Tapi sebenarnya mama tidak mahu berpisah dengan adik. Ialah nanti lepas kahwin, tentulah adik akan ikut suami adik" jawab mama tanpa memandangku.Aku tersenyum memandang mama. Aku tahu mama berat ingin melepaskan ku kerana aku ialah anak bongsu perempuan yang manja dengan mama. Mesti mama rindu manjaku setelah aku berkahwin nanti. 

"Mama adik belum fikir nak kah.....". Kata- kataku terus dipintas oleh mama.

"Tapi kenapa adik terima pinangan dari Azrul?" soal mama pantas. 

"Mama, adik terima sebab adik sayangkan Azrul. Adik tak nak kehilangan dia mama. Kami akan bertunang sahaja mama. Tapi pasal kahwin tu, mungkin selepas kami habis belajar barulah kami fikirkan" jawabku penuh yakin. Aku dan Azrul telah membuat keputusan untuk bertunang dahulu. Dan apabila kami sudah tamat pengajian barulah kami fikirkan tentang masa depan kami berdua. 

"Adik, kan lama tu. 4 tahun lagi dik, mama takut dalam tempoh tu banyak perkara yang boleh berlaku.Mama tak sanggup melihat anak mama ni menderita" mama mula sebak apabila menuturkan kata-kata tersebut.

"Tawakal pada Allah saja mama. Adik yakin tak akan ada apa yang berlaku. Kalau ada pun, itu semua sudah ketentuan dari Allah S.W.T. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan semua" jawabku yakin sambil mengesat airmata mama. 

"Walaupun suatu hari nanti, adik akan kehilangan Azrul?" laju saja ayat itu keluar dari mulut mama. Aku cuma mengangguk kan kepala. Andai Takdir telah menentukan, aku terima seadanya.

"Adik redha mama dan adik terima dengan hati yang ikhlas dengan apa yang telah di takdirkan olehNya. Tapi kenapa mama cakap macam tu?". Tanya ku meminta kepastian dari mama .

"Ya Allah, maafkan mama sayang. Mama sudah terlanjur kata. Tak sepatutnya mama cakap yang bukan-bukan di saat adik sedang gembira. Maafkan mama, sayang" mama mencapai tanganku. Aku mengemggam jari-jemari mama. 

"Adik sayang mama" aku mencium pipi mama.

"Mama pun sayang adik. mama nak masuk tidur ni. Selamat malam sayang" mama bangun menuju ke pintu . Aku segera bangun mendapatkan mama. 

"Adik sayang mama sangat-sangat" lagi sekali aku mencium pipi mama.

"Mama pun sangat-sangat sayangkan adik. Esok ikut mama ya sayang". Pinta mama kepadaku.

"Ke mana ?". Tanyaku musykil.

 "Beli barang-barang hantaran untuk pertunangan adik nanti. adik nak pergi beli barang dengan Azrul ke?" Ujar mama lembut. 

"Tak, adik nak pergi dengan mama" aku mencapai tangan mama. 

"Baiklah. Assalamualaikum sayang" mama mencium pipiku dan terus keluar dari bilikku. 

"Waalaikumusalam" aku menutup pintu bilik ku.


Aku termenung di atas katil. Lagi seminggu aku akan bertunang dengan seorang insan yang amat aku cintai iaitu Azrul . Aku berharap agar ikatan ini akan berkekalan untuk selama-lamanya. 

Gambar Azrul yang terdapat dalam telefon bimbitku aku tatap sepuas-puasnya. Aku benar-benar merindui dirinya di ketika ini. Aku bahagia di samping Azrul. Perlahan-lahan aku bangun menuju ke beranda merenung langit hitam yang di hiasai bulan yang mengambang penuh. 

'walaupun suatu hari nanti adik akan kehilangan Azrul' masih terngiang-ngiang suara mama di telingaku.

"Tidak. Aku tidak akan kehilangan Azrul di dalam hidupku" kataku sendirian memujuk hatiku.

Aku merebahkan tubuhku ke katil  melelapkan mataku. Biarlah hari yang akan datang menjanjikan seribu kebahagiaan didalam hidupku. 

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now