BAB 45

192 3 0
                                    

Norman termenung di atas katil, berita yang baru saja dia terima tadi benar-benar membuatkan hatinya sebak dan pilu. Baru satu hari dia pergi menghadiri kursus muzik di Perlis sesuatu telah terjadi pada adik kesayangannya. Norman terus mencapai dompetnya, gambar Nur Ain di tatap sepuasnya. Kalau lah dia ada di sisi Nur Ain ketika ini tentu adiknya tidak berasa telalu sedih dan hiba. Teringat Norman pada kata-kata Mak Jah tadi, niat di hatinya untuk bertanya khabar tentang ahli keluarganya di sambut dengan berita sedih. 


Beberapa minit lepas 

"Assalamualaikum , Mak Jah". sapa Norman di hujung talian.                                                                            

"Waalaikumusalam, along ke tu". Tanya Mak Jah meminta kepastian. 

"Along ni, Mak Jah adik ada tak? Mak Jah , along nak tanya dia hadiah apa yang dia nak sempena hari perkahwinannya nanti" ceria kedengaran suara Norman di hujung talian.

"Along, Mak Jah ada berita nak di sampaikan pada along....." suara Mak Jah terhenti. 

"Berita apa Mak Jah? cakaplah cepat" soal Norman cemas. Dari nada suara Mak Jah kedengaran sedikit berlainan dari suara kebiasaanya.

"Along jangan terkejut ye bila dengar berita ni. Azrul.....".  Tidak sanggup Mak Jah ingin meneruskan perbualannya. 

"Azrul tak nak kahwin dengan adik ke Mak Jah?" potong Norman pantas. Risau sesuatu berlaku pada adik kesayangannya. 

"Bukan. Azrul, Azrul dah meninggal dunia along" jawab Mak Jah sebak ketika menyampaikan berita sedih itu.  

"Apa!  Azrul dah meninggal dunia? Bila? Macam mana boleh terjadi ? Adik macam mana pula? Adik okay ke?" soal Norman bertalu-talu seolah-olah Mak Jah ada di depannya ketika itu. Dia langsung terlupa untuk mengucapkan takziah. 

"Malam tadi, Azrul di langgar kereta. Tapi Alhamdullilah adik tak apa-apa". Kata Mak Jah bagi menjawab pertanyaan Norman. 

"Mak Jah, along minta maaf. Along tak dapat balik sebab kursus along baru nak bermula. Nanti along telefon lagi, Assalamualaikum" talian telefon bimbitnya segera dimatikan. Tidak mahu dia berlamaan berbual tentang tunang adiknya, Azrul.


Norman termenung lagi, fikiran nya jauh melayang mengingatkan adiknya Nur Ain. Bagaimanalah keadaan Nur Ain sekarang? Menangiskah dia? Merintih sedihkah dia? Norman sendiri tidak pasti tapi yang nyata Nur Ain memang terluka. Hanya tinggal beberapa hari Nur Ain akan berkahwin dengan Azrul, tapi sayang Allah lebih menyayangi Azrul. Terdengar-dengar kata-kata Azrul sebelum dia pergi ke Perlis.


"Saya takut Ain yang kena jaga saya pula" Kata Azrul kepada Norman.  


Kata-kata yang Norman anggap sebagai gurauan rupa-rupanya menjadi kenyataan. Dan sekarang tinggallah Nur Ain seorang diri. Tanpa teman untuk menjaganya.

"Hai Man, kau tak nak pergi makan ke?" Iskandar teman sebilik Norman menyapanya.

"Tak dengar pulak dia. Man kau tak nak pergi makan ke?" Iskandar mendekati Norman apabila pertanyaannya hanya bagai angin berlalu Ketikadia melangkah mendekati Norman, tiba-tiba matanya terpaku pada sekeping gambar di tangan Norman. 

"Patutlah aku panggil tak dengar, rupa-rupanya tengah tengok gambar awek , manisnya awek ni" Iskandar terus duduk di sebelah Norman. Norman tersentak dengan kehadiran Iskandar yang tiba-tiba berada di sebelahnya. 

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now