BAB 13

184 3 0
                                    

Surat di tangan ku tenung lama-lama. Perlahan-lahan aku buka lipatan surat tersebut dan isi kandungan surat itu aku baca.

𝘔𝘈𝘈𝘍𝘒𝘈𝘕 𝘈𝘡𝘙𝘜𝘓 𝘚𝘈𝘠𝘈𝘕𝘎. 𝘗𝘌𝘙𝘊𝘈𝘠𝘈𝘓𝘈𝘏 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘕𝘜𝘙 𝘈𝘐𝘕 𝘚𝘌𝘖𝘙𝘈𝘕𝘎 𝘚𝘈𝘑𝘈 𝘠𝘈𝘕𝘎 𝘈𝘋𝘈 𝘋𝘐 𝘋𝘈𝘓𝘈𝘔 𝘏𝘈𝘛𝘐 𝘐𝘕𝘐. 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘕𝘜𝘙 𝘈𝘐𝘕 𝘚𝘌𝘖𝘙𝘈𝘕𝘎 𝘚𝘈𝘑𝘈 𝘞𝘈𝘕𝘐𝘛𝘈 𝘋𝘐 𝘋𝘈𝘓𝘈𝘔 𝘏𝘐𝘋𝘜𝘗 𝘐𝘕𝘐.  𝘔𝘈𝘈𝘍𝘒𝘈𝘕 𝘈𝘡𝘙𝘜𝘓 

ku pohon kemaafan,

 𝘈𝘡𝘙𝘜𝘓

Isi surat yang ringkas itu benar-benar menyentuh hati dan perasaan ku. Tanpaku duga ada air jernih mengalir di pipiku.

Kringg...kringg...kringgg...

telefon di tepi katil ku angkat gagangnya.

"Assalamualaikum sayang" terdengar suara Azrul di hujung talian. 

 klik 

aku meletakkan gagang telefon.

Telefon ku berbunyi lagi untuk kali kedua. Lama ku biarkan ia berbunyi dan terpadam semula, mungkin Azrul telah berputus asa untuk memujuk ku.

Tritt...tritt....tritttt.....

telefon bimbit ku pula berbunyi, tertera nama 'Azrul' di skrin telefon ku. 

"Sayang dengar dulu apa yang Az nak cakap ni" terdengar suara Azrul perlahan.

'Tittt' 

aku mematikan telefon ku. Mengapa sukar benar untuk aku memaafkan Azrul. 

Kringg...kringgg...kringg... 

telefon ku berdering lagi, perlahan-lahan aku angkat gagangnya. 

"Jangan letak telefon ni sayang. banyak yang Az nak cakap pada Nur Ain" ucap Azrul lembut. Aku setia mendengar penjelasan darinya.

"Sayang, antara Az dan Latifah tak ada apa-apa. Dia jumpa Az tadi dan tiba-tiba dia terus rebah ke arah Az" kata Azrul lagi.

Aku setia mendengarnya, antara percaya dengan tidak.

"Percayalah Ain, hanya Ain saja yang ada di hati ini. Cakaplah, Az rindukan suara Ain". Kata Azrul dengan nada sedih.

"Baiklah. kalau Ain tak nak cakap, anggaplah perhubungan kita setakat ini saja, Assalamualaikum sayang. selamat tinggal" Azrul mengakhiri percakapan nya. 

Tuuttt...tuttt..

talian di hujung telah di matikan membuatkan aku tersentak. Begitu mudah Azrul memutuskan perhubungan kami, sedangkan aku benar-benar menyayangi dan mencintainya. 

'Azrul' hatiku menjerit memanggil nama Azrul. Tak sanggup aku kehilangan dirinya. Aku akan menyesal seumur hidupku.

Perlahan-lahan aku mendail nombor telefon Azrul. Namun hampa apabila talian tidak di jawab. Aku cuba sekali lagi tapi hampa. Azrul telah benar-benar pergi dariku. Air jernih mengalir di pipiku.  Inilah padahnya kalau mengikut perasaan.

"Nur Ain, buka pintu ni sayang" mama mengetuk pintu bilikku. cepat-cepat aku mengesat airmata dan bangun menuju ke pintu.

"Ada apa mama?" soalku sebaik saja pintu di buka.

"Kenapa ni sayang? adik menangis ya?" mama menyoalku pula. Aku menggelengkan kepalaku.

"Sudah, jangan menangis lagi. Ini Azrul ada bagi bunga untuk adik" mama menghulurkan sejambak bunga ros merah kepadaku. Aku mencapainya. 

"Azrul ke yang bagi bunga ni mama? dia ada kat bawah ke? Adik nak jumpa dia" aku gembira sangat. 

"Azrul tak de kat bawah tapi, bunga ni memang dia yang bagi. Mama keluar dulu ya" mama meninggalkan aku.

Aku menutup pintu lalu menuju ke katil. Bunga ros ku cium lembut, harum baunya. Tiba-tiba mataku terpandang satu kad terselit di celah-celah bunga itu. 

               𝘔𝘈𝘈𝘍𝘒𝘈𝘕 𝘈𝘡𝘙𝘜𝘓 𝘚𝘈𝘠𝘈𝘕𝘎. 𝘑𝘐𝘒𝘈 𝘈𝘐𝘕 𝘚𝘜𝘋𝘐 𝘔𝘌𝘔𝘈𝘈𝘍𝘒𝘈𝘕 𝘈𝘡𝘙𝘜𝘓 𝘓𝘐𝘏𝘈𝘛𝘓𝘈𝘏 𝘒𝘌 𝘉𝘈𝘞𝘈𝘏 

 𝘚𝘌𝘛𝘐𝘈 𝘔𝘌𝘕𝘈𝘕𝘛𝘐 𝘒𝘌𝘔𝘈𝘈𝘍𝘈𝘕 𝘋𝘈𝘙𝘐 𝘔𝘜 𝘚𝘈𝘠𝘈𝘕𝘎,

 𝘈𝘡𝘙𝘜𝘓...                                     

Aku berlari ke beranda dan memandang ke bawah. Azrul melambaikan tangan nya kepadaku. Aku tersenyum memandangnya. Hatiku yang sedih tadi kembali ceria. Azrul benar-benar ikhlas menyayangi diriku. Aku mencapai telefon bimbitku yang berbunyi. Ucapan pertama yang keluar dari mulut Azrul. 

"Terima kasih sayang kerana telah memaafkan Azrul" lembut bicara Azrul. 

"Az , sebenarnya Ain takut kehilangan Az di dalam hidup Ain. Terima kasih kerana menyayangi Ain" laju saja ayat itu terluncur dari mulut ku. Tiba-tiba saja aku jadi sebak dan menangis.  

"Ain, kenapa ni sayang? kenapa menangis?" soal Azrul cemas. 

"Ain takut kehilangan Az di dalam hidup Ain" jawabku teresak-esak.

"Dah jangan menangis lagi. Ain terlalu ikutkan perasaan. Kalau marah pun jangan lah tak nak bercakap dengan Az.Ni Ain dah solat ke belum?". Ujarnya cuba menenangkanku.  

"Errr....b-belum" aku teragak-agak untuk menjawabnya. Balik saja dari Universiti aku terus menangis di dalam bilik.

"Patutlah hati tu panas sangat. Tak apalah, Ain solat dulu sejukkan hati . Nanti Az telefon lagi". Kata Azrul.

"Azrul, " panggilku lembut, aku masih mahu mendengar suaranya. 

"Ya sayang" jawab Azrul lembut. 

"Betul ke Az dan Latifah tak ada apa-apa?" soalku ingin tahu. 

"Nur Ain, di dalam hati dan hidup Az cuma ada seorang saja iaitu Nur Ain". Kata manis Azrul membuatkan muka ku panas.

"Boleh percaya ke ni?". Aku saja menanya kepadanya. 

"Kenapa? masih tak percaya?". Tanyanya lembut. 

"Az , Ain tak main-main tahu!! " jeritku geram. Tapi sebenarnya, aku suka mendengarnya.

"Ain, cinta az terhadap Ain bukan mainan sayang. Ia lahir dari hati az yang ikhlas dan jujur. oh ya, Az jemput ain dan keluarga untuk memberi sokongan kepada Azrul pada hari Ahad nanti". Kata Azrul.

"Hari ahad ni? ada apa?". Tanyaku musykil. 

"Az ada masuk pertandingan menyanyi anjuran kelab belia. Az nak Ain datang bersama-sama keluarga Ain". Katanya lembut.

"in shaa allah Az. Nanti Ain datang bersama keluarga. Az, Ain nak solat Zohor ni. Bye Az, assalamualaikum". Kataku meminta diri sebelum menamatkan panggilan.

"Waalaikumusalam, sayang" Azrul mematikan talian telefonnya dan menghidupkan enjin kereta Wira kesayangannya. sebelum pergi,  Azrul melambaikan tangannya kepadaku. Aku tersenyum dan ternyatalah aku satu-satunya wanita di dalam hatinya. Aku menuju ke bilik air. Aku ingin menunaikan solat dan berdoa kepada ALLAH S.W.T . Semoga perhubungan kami berdua akan kekal untuk selamanya dan mendapat Rahmat dari Nya.


Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now