bab 51

162 2 0
                                    

Hari ini aku akan pergi menziarahi pusara Azrul, nasib baik lah kelas aku di batalkan dan nasib baik juga iskandar membatalkan temu janjinya dengan aku. Aku mencapai baju kurung berwarna kuning air pemberian ibu Azrul sempena hari lahirku.

Di atas katil, aku duduk termenung sambil memandang barang-barang pemberian Azrul, baju, kasut, tudung, alat mekap, buku rujukan, barang kemas dan yang paling menjadi kesayangan ku adalah sepasang kain telekung.

Terimbas kembali kenangan aku bersama Azrul. Ketika itu kami makan di sebuah restoran ala-ala kampung, katanya nak tukar selera. Azrul memesan udang galah masak lemak cili api, ikan cencaru bakar, sambal belacan dan petai. Aku geli hati melihat Azrul memakan petai, aku tahu tentu dia menahan kepahitan petai itu.

"Kenapa Ain ketawa?" soal Azrul bila menyedari aku tidak berhenti ketawa.

"Muka Az lebih hensem bila Az makan petai tadi" jawabku dalam ketawa yang bersisa. Cepat-cepat aku menutup mulutku apabila aku menyedari semua mata memandang ke arah kami berdua. Tapi aku tidak dapat menahannya akhirnya ketawaku meletus semula.

"Ain ketawakan Az ya?". Az sengaja menyoalku.

"Tak dalah, mana ada". Aku cuba berdalih.

"Tak apa, ada ubi ada batas, ada masa Az balas" kata Azrul lagi.

"Jangan lah merajuk, Ain tak buat lagi" aku cuba memujuk Azrul, Azrul tersenyum melihat gelagatku.

"Okey lah, tapi dengan satu syarat, Ain kena tutup mata". Az berkata dengan lembut.

"Buat apa tutup mata? Oh, Az nak kenakan Ain ye" aku memandang Azrul yang sedang asyik mengaul nasi di dalam pinggan.

"Tak sayang, cepatlah Ain, Az nak suapkan nasi ni. Cepatlah sayang tutup mata" pujuk Azrul lembut.

"Az tak tipu?". Soalku lembut.

"Az tak tipu sayang, mana tahu inilah kali terakhir Az dapat suapkan Ain". Az berkata lagi.

Aku menutup mataku, Azrul menyuapkan nasi ke mulutku.

"Emmm... Pedasnya, Az tipu Ain" cepat-cepat aku meneguk air fresh oren yang ku pesan tadi. Baru aku sedar rupa-rupanya Azrul telah mencampurkan sedikit sambal belacan ke dalam nasi yang di suapkan nya tadi.

"HAHAHA padan muka, ketawakan kita lagi kan dah kena" Azrul berkata sambil ketawa dengan kuat.


Tok Tok Tok.

Ketukan di pintu menyedarkan aku dari lamunanku.

"Siapa?". Soalku bertanya gerangan yang ada di balik pintu.

"Mak Jah ni" sahut Mak Jah dari luar bilik.

Mak Jah masuk membawa segelas susu.

"Adik, kenapa ni?" Mak Jah bertanya sambil duduk di sebelahku.

"Adik tak sihat ke?" tanya Mak Jah lagi sambil meletakkan tapak tangan nya di dahiku apabila melihat mukaku memerah.

"Adik sihat Mak Jah" aku terus mencapai tangan Mak Jah.

"Habis tu, kenapa duduk dalam bilik lama-lama?". Soal Mak Jah lembut kepadaku.

Aku senyum memandang Mak Jah, bagiku Mak Jah seperti ibuku juga.

"Minum susu ni". Mak Jah menghulurkan susu tersebut.

"Adik masih teringatkan arwah Azrul?" Mak Jah mencapai gelas kosong di tanganku. Aku mula sebak apabila Mak Jah menyebut nama Azrul.

"Adik rindukan dia Mak Jah" aku memeluk Mak Jah.

"Maafkan Mak Jah sayang, tak sepatutnya Mak Jah sebut nama orang yang telah tiada lagi. Tapi adik, kita cuma mampu berdoa untuk kesejahteraannya di sana". Nasihat Mak Jah kepadaku.

"Terima kasih Mak Jah" aku mencium tangan Mak Jah.

"Cepat siap, mama dan papa dah tunggu di bawah" Mak Jah bangun dan keluar membawa gelas kosong.


****


Tanah Perkuburan Islam Taman Melawati sunyi dan damai. Perlahan-lahan aku melangkah ke pusara Azrul. 

"Assalamualaikum Az, Ain datang Az. Ain rindukan Az, terlalu banyak kenangan yang kita ciptakan bersama. Az, Ain akan menghadapi peperiksaan terakhir pada hujung tahun ini. Ain terpaksa menghadapinya seorang diri tanpa dirimu Az. Tanpa cinta kita dan tanpa kehadiran dirimu, Ain rindukan Az" aku mula menangis.

"Adik, sudah lah tu tak baik menangis sayang" mama memegang bahuku.

"Adik, mama dan papa masih memerlukan adik. Sudah lah sayang" papa memandangku. 

Aku membaca Surah Yassin dan menyedekahkan Al-Fatihah lalu menyirami pusara Azrul dengan air mawar.

"Mari balik sayang". Mama memanggilku lembut.

"Mama dan papa pergilah dulu, sekejap lagi adik datang" kataku tanpa memandang mama dan papa.

Datuk Osman dan Datin Maria melangkah menuju ke kereta.

"Abang, telefon Mansur. Kata kita sekejap lagi kita sampai". Suruh Datin Maria kepada Datuk Osman. 

Datuk Mansur segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon rumah Encik Mansur.

"Az, Ain balik dulu nanti Ain datang lagi". Kataku lembut.

"Adik, jangan ikutkan sangat perasaan tu" mama memeluk ku, aku menangis di bahu mama.

"Mari lah kita balik" kata papa lalu masuk ke dalam kereta.

"Pak Joned, bawa kami ke rumah Encik Mansur". Kata papa kepada Pak Joned.

"Baik Tuan" Pak Joned mengangguk tanda faham.


***** 


Kereta yang di pandu oleh Pak Joned memasuki perkarangan rumah Azrul. Terus mataku terbayang-bayang Azrul berlari mendapatkan aku ketika aku datang ke rumahnya untuk membuat ulangkaji pelajaran.

"Assalamualaikum" mama memberi salam.

"Waalaikumusalam, Maria, Osman, Nur Ain pun ada. Masuk lah" Puan Sofia menyambut kedatangan kami.

"Mak cik apa khabar?" aku mencium tangan Puan Sofia.

"Sihat Alhamdullilah, Nur Ain macam mana?". Tanya Puan Sofia lembut kepadaku.

"Alhamdullilah, sihat mak cik". Kataku kembali kepadanya.

"Maaflah kami datang tak di jemput. Kami baru balik dari menziarah pusara Azrul, terlanjur tu kami singgahlah ke sini. Kami tak mengganggu ke?" kata mama sambil memandang Puan Sofia.

"Tak adalah, pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk keluarga Maria, lebih-lebih lagi Nur Ain. Kita pun dah macam satu keluarga kan". Kata Puan Sofia sambil bibirnya mengukir senyuman manis.

"Osman, Maria, Nur Ain pun ada. Dah lama sampai?" Tanya Encik Mansur yang sedang menuruni tangga.

"Baru lagi, kerusi ni pun belum panas lagi" jawab papa bersahaja.

"Nur Ain, kalau nak ke bilik arwah Azrul,mak cik boleh suruh Mak Pah bawakan". Tanya Puan Sofia kepadaku.

Aku cuma mengangguk mengiyakan pertanyaan tersebut.

"Mak Pah, Mak Pah". Panggil Puan Sofia.

"Saya Puan" Mak Pah muncul dari dapur.

"Bawa kan Nur Ain ke bilik arwah Azrul". Puan Sofia berkata.

"Baik Puan, mari cik Nur Ain, Mak Pah bawa kan ke bilik arwah Tuan Muda". Kata Mak Pah kepadaku.

Aku bangun mengikuti Mak Pah menaiki tangga, terdengar perbualan mama dan Puan Sofia.

"Kasihan saya tengok Nur Ain, badan dah kurus . Muka pula nampak cengkung" kata Puan Sofia perlahan.

"Mana tidaknya Sofia, buat ulangkaji sampai lewat malam, pukul 2.00 pagi baru tidur. Kadang-kadang tu dia tertidur di meja tulisnya" mama pula bersuara.

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now