BAB 8

222 4 0
                                    

Malam itu selepas makan, aku duduk di kerusi di tepi kolam. Inilah tempat kesukaan ku untuk melepaskan penat dan mengelamun. Sesekali wajah kacak Azrul muncul di ruang mataku. Aku tersenyum sendirian, sudah jatuh cintakah diriku atau aku hanya bertepuk sebelah tangan ? Tak mungkin Azrul akan memilih ku sebagai temannya. 

Perlahan-lahan Datin Maria mendekati Nur Ain. Sejak akhir-akhir ini, Nur Ain sudah banyak berubah kerana sentiasa gembira dan ceria.

"Adik". Mama yang berada di belakang menepuk sambil memanggilku. 

"Mama, terkejut adik". Kataku kepada mama.

"Adik tengah fikirkan apa sampai mama datang pun adik tak sedar?" mama duduk di sebelahku.

"Tak ada apa-apa lah mama". Aku menyembunyikan perkara yang menjadi buah fikiranku sejak tadi.

"Mama lihat, anak mama ni sejak akhir-akhir ni lain macam saja". Mama menyatakan hasil pemerhatiannya terhadapku.

"Lain macam mana mama? Adik rasa macam biasa saja" aku mencapai tangan mama.

"Anak mama di lamun cinta ya?". Mama cuba meneka.

"Mama ni, mana ada. Mama ni suka sangat main teka-teka" hati ku berdebar-debar takut mama tahu aku berkawan dengan Azrul. 

"Mama pun pernah mengalami nya dulu sayang, dan mama yakin anak mama ni sedang di lamun cinta. Siapa bakal menantu mama tu?" soal mama tersenyum. 

"Mana ada mama. Adik nak belajar lagi" aku cuba berdalih.

"Entah-entah anak mama ni sedang berkawan rapat dengan pemuda gi.....". Kata-kata mama segera dipintasku. 

"Okey lah mama, adik nak masuk tidur. Esok ada kelas pagi" aku memintas kata-kata mama lalu bangun. 

"Adik, awal lagi ni" Mama sengaja mengajakku berbual lagi.

"Adik dah mengantuk lah mama. Assalamualaikum mama" aku mencium pipi mama lalu melangkah pergi. 

"Adik ,Ahad ini mama nak ke rumah Puan Sofia. Adik nak ikut tak? " Mama bertanya kepadaku.

Hari Ahad ini aku ada temujanji dengan Azrul . Apa alasan yang patut aku berikan pada mama?

"Maaflah mama ,adik tak boleh ikut sebab adik ada temujanji dengan kawan. Lain kali sajalah ya mama" aku terus berlalu pergi. Lagi lama di situ, lagi banyak soalan mama.  

"Temujanji dengan siapa sayang?" jerit Datin Maria kepada Nur Ain, tapi Nur Ain telah hilang di sebalik pintu.

"Kenapa ni Mar? Dari dalam abang dah dengar suara Mar" Datuk Osman duduk di sebelah isterinya. 

"Adik, dah ada teman lelaki bang" jawab Datin Maria perlahan. 

"Siapa orangnya?" Tanya suaminya ingin tahu. 

"Entah, adik tak cakap pun. Dia cuba menafikan tapi Mar tahu, dia sedang berkawan rapat dengan seseorang". Kata isterinya tidak berpuas hati.

"Patutlah 2,3 hari ini abang tengok adik tu gembira semacam saja. Rupa-rupanya dah ada teman ". Kata suaminya dengan nada sedikit gembira.

"Abang tak marah?" Datin Maria memandang suaminya. Dia tahu benar dengan sikap suaminya yang mengambil berat tentang anak-anaknya. 

"Biarlah, yang penting adik tak mengabaikan pelajaran nya. Bagi abang , yang penting kebahagiaan anak-anak kita" jawab Datuk Osman. Kalau boleh, dia tidak mahu terlalu mengongkong anak-anak nya, tapi yang penting agama dan pelajaran perlu di utamakan.

"Mar pun tak kisah, asalkan lelaki itu ada didikan agama yang baik. Oh ya, hari Ahad Mar nak ke rumah Sofia" Kata isterinya itu.

"Sofia? siapa Sofia tu?". Datuk Osman cuba mengingati rakan-rakan isterinya itu.

"Sofia, kawan Mar zaman kanak-kanak dulu. Mar pernah ceritakan pada abang kan? Sofia yang abang cuba nak mengurat dulu" Datin Maria tersenyum.  

"Ohhh Sofia tu. Bagaimana dia sekarang? masih sendiri lagi ke?" soal Datuk Osman bersahaja.

"Amboii ada hati nampak?". seloroh isterinya.

 "Jangan lah marah sayang. Dalam hati dan hidup abang cuma ada Mar dan anak-anak saja" Datuk Osman mencuit hidung isterinya. 

"Mar tahu. Sofia dah kahwin dah ada anak lelaki, katanya anak lelaki nya tua 2 tahun dari umur adik. Abang nak ikut tak?". Tanya isterinya. 

"Tak payahlah, Mar pergi lah. Tentu banyak cerita yang nak dibualkan nanti , lagipun abang ada temujanji dengan Encik Mansur rakan kongsi abang. Mar kata tadi Sofia ada anak lelaki? Pada pendapat abang apa kata kita.......". Kata-kata Datuk Osman dipintas isterinya.   

"Satukan anak lelaki Sofia dengan adik? Itu yang abang fikirkan? " jawab Datin Maria menyambung kata-kata suaminya. 

"Begitu lah pendapat abang. Kita dah lama kenal Sofia, apa salahnya kita rapatkan ikatan persaudaraan ini melalui anak-anak kita. Macam mana Mar?". Tanya Datuk Osman meminta persetujuan isterinya. 

"Susah Mar nak cakap tentang perkara ini. Dah lah bang, mari masuk, mata Mar dah mengantuk ni" Datin Maria mencapai tangan suaminya. Mereka beriringan masuk ke dalam.

--                            

Hari Ahad pun tiba. Pagi-pagi lagi aku sudah bangun. Hari ini, aku akan keluar bersama dengan Azrul , tapi azrul telah berjanji untuk mengajak amir dan Hanif dengan teman masing-masing. Aku menuruni anak tangga menuju ke meja makan. Abang Norman dan Mak Jah sedang enak menjamu selera.

"Assalamualaikum along, Mak Jah" aku mencium pipi Mak Jah. 

"Waalaikumusalam, mari duduk minum". Kata Mak Jah mengajakku. 

"Papa dan mama mana Mak Jah?". Tanyaku setelah mata mencari kelibat ibubapaku. 

"Papa pergi jumpa kawan nya Encik Mansur, dan mama pula pergi rumah Puan Sofia. Dekat mana rumahnya... hah dekat Taman Melawati" Mak Jah bangun menuju ke dapur. 

 Aku memandang abang Norman sambil tersenyum.

"Kenapa senyum-senyum ni? Macam ada apa-apa saja. Kalau nak duit 'sorr y'along tak ada, lagipun along bukannya bank". abang Norman meneguk air teh. 

"Bukan pasal duit lah long. Adik nak keluar hari ini , boleh tak" jawabku manja. 

"Adik nak keluar? Nak ke mana ?". Tanya abang meminta kepastian.

"Nak ke bandar dengan kawan". Kataku ringkas.

 "Lelaki ke perempuan?" soal abang Norman lagi.  

"Lelaki kawan sekuliah adik, tapi kami keluar ramai-ramai" jawabku cepat. Tak nak abang fikir lain nanti. 

 "Kenapa tak minta izin dari papa dan mama ?" soal abang Norman serius. 

"Papa dan mama tak ada, sebab tu lah adik minta izin dari along. Along izinkan tak?" aku cuba memujuk abang Norman .

"Along izinkan, tapi adik kena balik cepat. Nanti mama dan papa tahu, along yang kena marah. Kalau mama dan papa marah, along tak tolong" pesan abang Norman. 

 "Adik janji adik akan balik cepat. Terima kasih along" aku mencium pipi abang Norman.


Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now