BAB 31

174 5 0
                                    

Tepat pukul 4.30 petang, aku sampai di rumah. Tentu mama risau sebab aku lambat balik.

"Assalamualaikum" aku memberi salam apabila tiba di pintu rumah.  

"Waalaikumusalam, adik. Mana Azrul sayang? Selalu kalau dia hantar adik balik, mesti dia singgah sekejap" mama memandangku. Aku duduk di sofa untuk melepaskan kepenatan. Soalan mama tadi aku biarkan tidak berjawab.  

 "Adik ke mana?" soal mama lagi. Terpapar riak risau di wajahnya. 

"Tak ke mana-mana". Jawabku ringkas.  

"Habis tu , Azrul mana?" soal mama lagi tidak puas hati dengan jawapan ringkasku.  

"Azrul tak sihat, adik baru balik dari rumah Azrul tadi". Jawabku sambil memandang mama.

"Azrul tak sihat? Habis tu adik naik apa tadi?".  Soal mama risau.

"Naik grablah mama. Hah, baru adik teringat yang adik nak telefon Azrul" aku bingkas bangun menuju ke tangga. 

"Adik" panggil mama lembut. Aku menoleh memandang mama yang masih duduk di atas sofa. 

"Ada apa mama?". Tanyaku kepada mama. 

Mama bangun lalu mendekati ku dan menghulurkan 2 buah buku majalah kepadaku. 

"Ini ada majalah baju pengantin dan pelamin dari Butik Nor untuk adik pilih" Jawab mama sambil tersenyum manis memandangku.

"Terima kasih mama" aku mencapai majalah di tangan mama . Pipi mama aku cium lembut.  

Datin Maria tersenyum melihat telatah anak gadisnya. 

"Dah besar rupanya anak gadis aku ni. Tak lama lagi akan jadi seorang isteri.  Then, aku pula  akan menimang cucu. Ishh tak sabar rasanya nak tengok adik naik pelamin" kata Datin Maria sendirian sambil langkahnya menuju ke dapur untuk mendapatkan Mak Jah yang sedang sibuk menyiapkan minuman petang.


Sampai sahaja di pintu bilik, tiba-tiba telefon bimbitku memekik. Terus tertera nama 'Suzieana' di skrin telefon ku. Apa hal pula ratu cantik Universiti  telefon aku ni? Itu lah gelaran yang aku beri kan kepada Suzieana selepas dia memenangi pertandingan ratu di Universiti baru-baru ini.

"Hello ratu. Hah, apa hal telefon aku ni?". Kataku sambil berdiri di beranda di bilikku.

"Jangan lah panggil aku macam tu Ain. Malulah aku" jawab Suzieana di hujung talian. 

"Okey lah,hehe aku bergurau saja. Ni apa hal telefon aku ni?" aku menyoal lagi. 

"Esok aku dan Mary nak adakan majlis sedikit". Kata Suzieana lagi. 

 "Majlis hari lahir siapa ?". Kataku pelik. Sejak bila ada sambut majlis hari lahir ni.  

"Bukan majlis hari lahirlah, tapi majlis untuk kau sebab tak lama lagi kau kan nak tamatkan zaman remaja. Tapi, majlis ini untuk kita bertiga saja tau! Kau, aku dan Mary je. Boleh tak Nur Ain?" cerita Suzieana panjang lebar.

Aku berfikir untuk menerima pelawan Suzieana. Apa salahnya kan kalau aku nak meluangkan masa bersama-sama sahabat baik aku. Nanti lepas kahwin dah susah nak luangkan masa sama-sama.

"Boleh lah Suzie. Oraite, esok kita jumpa eh . Okay, bye Suzie. Assalamualaikum" aku terus mematikan talian telefon bimbitku. 


Aku membelek-belek majalah yang di berikan oleh mama tadi. Tiba-tiba mataku tertacap pada sepasang pengantin yang memakai baju pengantin berwarna ungu lembut. Aku cukup tertarik dengan warna dan corak baju itu. Memang sangat sesuai untuk aku dan Azrul. 

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now