BAB 41

184 3 0
                                    

"AZRUL! ." Azril terjerit lalu terjaga. Dia mengalami mimpi yang buruk. Tubuhnya terasa menggigil dan hatinya berdebar-debar. Azril melihat jam diatas meja tepat pukul 10.00 malam.  

"Astagfirullahahlazim" Azril terus meraup wajahnya dengan tapak tangan. Tadi ketika sedang leka bermain telefon bimbit, dia tertidur di atas sofa di dalam bilik.

PRANGGG  

Bunyi kaca pecah mengejutkan Azril. Cepat-cepat dia bangun dari sofa lalu membuka pintu bilik. Dia terus terpandang ayahnya yang tergesa-gesa menuruni anak tangga.

"Kenapa ayah?" Soal Azril sambil berlari mendapatkan ayahnya. 

"Ibu kamu Azril, ibu kamu" jawab Encik Mansur tanpa memandang Azril.

Azril pantas berlari menuju ke dapur mendahului Encik Mansur. Terkejut Azril apabila melihat ibunya yang masih berdiri di tepi meja makan. Azril memandang ke bawah . Dia liha terdapat serpihan kaca bertaburan di atas lantai.  

"Ibu" Azril segera memegang Puan Sofia. Puan Sofia terkejut dengan kehadiran anaknya. 

"Ril,ibu takutlah Ril. Hati ibu rasa berdebar-debar saja" Puan Sofia memegang tangan Azril. 

"Ibu buat apa dekat dapur malam-malam ni". Soal Azril sambil memegang erat tangan ibunya.  

"Ibu tak dapat nak lelapkan mata tadi. Ibu turun bawah ingat nak minum tapi ibu tak tahu kenapa gelas yang ibu pegang boleh terlepas dari tangan ibu. Ril, ibu takut ada sesuatu yang berlaku pada adik kamu" Puan Sofia mula menangis. 

"Sofia terlalu ikutkan perasaan tu. Cuba kawal diri sikit. Mari sini, duduk" Encik Mansur memapah Puan Sofia ke sofa. Puan Sofia duduk tapi apabila memikirkan sesuatu, dia bangun semula.   

"Ibu nak jumpa Azrul. Abang, saya nak jumpa Azrul sekarang juga" Puan Sofia memandang suami dan anakanya. 

"Azrul kan keluar dengan Nur Ain. Ibu duduk tenangkan diri ibu dulu" Puan Sofia duduk semula di atas sofa tersebut.  

Kringgg.... krringgg.... krringg..

telefon rumah di ruang tamu berdering nyaring.

"Biar ayah angkat" Encik Mansur pantas mencapai gagang telefon dan diletakkan di telinganya.  

"Hello, Assalamualaikum". sapa Encik Mansur. 

"Waalaikumusalam, saya Nur Ain pak cik" terdengar suara Nur Ain di hujung talian. Kedengaran lain benar suara Nur Ain di telinga Encik Mansur.   

"Kenapa Nur Ain telefon ni?" soal encik Mansur tidak sabar.  

"Azrul pak cik, Azrul kemalangan. Sekarang ni kami ada di Hospital Kuala Lumpur".  Kata Nur Ain dengan nada serak.

"Ya Allah, anak aku Azrul! Nanti pak cik dan mak cik akan ke sana" Encik Mansur segera meletakkan gagang telefon dengan perasaan lemah dan pilu.  

"Kenapa ayah? Kenapa dengan Azrul? Siapa yang telefon tadi?" bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Azril.  

"Nur Ain. Dia kata Azrul sekarang berada di hospital. Dia di langgar oleh sebuah kereta" jawab Encik Mansur perlahan. 

Puan Sofia terus pengsan sebaik sahaja mendengar berita yang baru di sampaikan oleh suaminya sebentar tadi. Hatinya bagai di hiris-hiris dan dirobek dengan belati tajam.

"Ibu!" Azril terkejut melihat ibunya. Dia segera ke dapur untuk mengambil segelas air . Air tersebut diletakkan di telapak tangan dan diusap lembut ke muka Puan Sofia. Puan Sofia mula sedar.  

"Abang, saya nak jumpa Azrul bang". Kata Puan Sofia yang sudah menitiskan air matanya.


Di rumah Nur Ain

Datin Maria terkejut apabila mendengar berita yang di sampaikan oleh Nur Ain. Dia segera mendapatkan suaminya yang sedang menonton televisyen. 

"Abang, Azrul bang. Azrul" kata Datin Maria cemas. 

"Mar cuba bawa beretenang. Apa yang dah berlaku ni? Kenapa dengan Azrul?" soal Datuk Osman. Risau apabila melihat keadaan isterinya yang tidak menentu. 

"Tadi adik telefon. Dia kata Azrul excident dan sekarang mereka ada di Hospital Kuala Lumpur" jawab Datin Maria cemas.  

"Apa! Azrul excident? Cepat Maria ,kita kena pergi hospital sekarang" Datuk Osman segera bangun lalu mencapai kunci di atas almari.  

Datin Maria berlari ke dapur untuk mendapatkan Mak Jah.  

"Mak Jah" panggil Datin Maria di luar bilik Mak Jah. Pintu bilik itu dibuka.

"Ada apa Puan?".Soal Mak Jah yang sedang bertelekung itu.  

"Saya dengan tuan nak ke hospital. Azrul kemalangan" jawab Datin Maria pantas. 

"Ya Allah, benarkah Puan? Adik macam mana?" soal Mak Jah cemas. 

"Adik tak apa-apa. Saya nak pergi dah ni. Mak Jah tolong kunci pintu ya" Datin Maria segera meninggalkan Mak Jah. 

"Puan" panggil Mak Jah perlahan. Datin Maria berhenti melangkah.   

"Ada apa Mak Jah?". Soal Datin Maria yang sedang dalam keadaan cemas.  

Nak saya telefon kan along ke". Tanya Mak Jah lembut.   

"Tak payahlah. Lagipun along kan baru saja masuk kursus. Kesian dia nanti. Saya pergi dulu Mak Jah" Datin Maria berlari pantas mendapatkan suaminya yang sudah berada di dalam kereta.

Mak Jah menadah tangan memohon doa kepada Allah yang Esa agar memberikan Azrul kesembuhan dan semuanya akan selamat sahaja.


Hospital Kuala Lumpur        

Aku menutup talian telefon bimbitku. Sudah hampir 1 jam Azrul berada di dalam bilik rawatan kecemasan. Hati aku sentiasa gelisah dan resah. Bermundar mandir di hadapan ruang kecemasan ini. Apabila duduk, dia akan bangkit semula, apabila berdiri, dia akan berjalan jalan di hadapan ruang kecemasan itu. Semuanya serba tak kena baginya sekarang ini . Sesiapa yang keluar dari ruangan tersebut akan diterpa untuk  bertanya perihal Azrul. 

"Doktor masih merawatnya. Cik ni sapa ye bagi Encik Azrul" tanya seorang jururawat kepadaku.  

"Saya tunang dia" jawabku pantas.

"Oh, Cik duduk dulu. Cik sabar banyak-banyak ye " katanya lalu pergi meninggalkan aku berseorangan di situ.

"Ya Allah selamatkan lah tunang aku, Azrul" aku terus berdoa memohon kepada Allah Yang Maha Esa. 

"Nur Ain" satu suara memanggilku. Aku segera bangun lalu menoleh. Kelihatan mama,papa dan ibu bapa Azrul sedang menghampiriku

"Mama" aku terus memeluk mama dan menangis. Aku tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapi perkara ini.

"Sabar sayang". Mama mengusap-usap belakangku lembut.  

"Nur Ain, macam mana keadaan Azrul?" Puan Sofia memegang bahuku. Aku terus memeluk Puan Sofia pula.   

"Mak cik, Azrul masih kat dalam. Mak cik, Ain tak mahu kehilangan Azrul" aku menangis teresak-esak di bahu Puan Sofia.     

"Bertenang Ain, jangan ikutkan sangat perasaan tu" kata Puan Sofia lemah cuba memujuk Ain. Namun, dia pun turut menangis. Bukan ini yang dia ingin kan, tapi apakan daya ini semua sudah Suratan dari Yang Maha Esa. Dia dan suaminya harus menerimanya dengan redha.   

"Ain yang salah mak cik. Ain yang suruh dia melintas tadi. Kalau lah Ain boleh tunggu lama sikit tadi, mungkin semua ini tak terjadi. Ain yang salah mak cik" aku memandang Puan Sofia. Perasaan bersalahku sedang menjalar di dalam sanubariku.

"Nur Ain, jangan salahkan diri Ain, sayang. Ini semua sudah kehendak Allah, kita hanya merancang saja tapi Allah yang menentukan. Sudahlah tu nak" Puan Sofia memeluk ku kembali.


Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now