BAB 7

224 5 0
                                    

Aku terkejut mendengar apa yang telah di ucapkan oleh Azrul tadi.

"Kenapa saya ?". Tanyaku pelik. Aik nak kata tak da rupa, hensem je. Haish pelik-pelik je orang zaman sekarang ni tak suka lelaki camni.

"Entah lah. Pertama kali saya memandang wajah awak ketika saya menolong awak tempoh hari, hati saya sudah mula berkata-kata. 'kalaulah aku dapat mendekati gadis ini alangkah bahagianya hidupku nanti' dan dari sejak itu saya sudah berangan-angan untuk mendekati dan mengenali diri awak Nur Ain. Dan hari ini adalah hari yang paling bertuah di dalam hidup saya kerana dapat mengenali diri Nur ain dengan lebih rapat lagi" jawab Azrul panjang lebar. 

"Terima kasih Azrul, kerana sudi menerima saya sebagai kawan" aku senyum manis kepada Azrul. 

"Saya yang sepatutnya ucapkan terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya" Azrul pula tersenyum manis kepadaku.

"Saya dah lewat ni, saya balik dulu. Jumpa lagi esok, assalamualaikum" aku berjalan menuju ke kereta. 

"Nur Ain" panggil Azrul perlahan. Aku menoleh memandangnya.

 "Hati-hati, jangan sampai kereta rosak lagi". Katanya berbaur ingatan kepadaku. 

"Terima kasih Azrul" aku terus masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari Universiti.

"Sama-sama dan waalaikumusalam, sayang.  Kita pasti berjumpa lagi" Azrul memandang saja kereta Honda kepunyaan Nur Ain hilang dari pandangan.

"Nampaknya kau dah jatuh cinta pada dia" tiba-tiba Latifah berdiri di sebelah Azrul. Azrul tersentak dengan kehadiran Latifah. Bila masa Latifah muncul, dia sendiri tidak sedar kerana asyik memandang kereta Nur Ain. 

"Kenapa ? kau cemburu ke?" soal Azrul sinis sambil kakinya melangkah menuju ke motosikal kesayangannya. Latifah mengekorinya. 

"Cemburu? buat apa aku nak cemburu pada Nur Ain. Aku tak fikir Nur Ain sukakan kau. Sebenarnya dia tu sengaja nak berkawan dengan kau, lepas kau dah sayang dekat dia senang-senang dia tinggalkan kau" Latifah membuat cerita lalu menjeling Azrul.

"Nur Ain bukan seperti itu. Atau kau sengaja buat-buat cerita? Ifah aku nak ingatkan kau jangan ganggu aku lagi. Antara kita sudah tak ada apa-apa" Azrul menyarung kan topi keledarnya setelah memberi amaran kepada Latifah. 

"Tapi, aku sayang kan kau lagi" Latifah memegang tangan Azrul.

 "Maaf lah Ifah, aku tak ada masa nak layan kau. Jagalah Ismadi baik-baik, jangan kau jadikan dia seperti aku" Azrul menghidupkan enjin motorsikalnya.

"Tapi, aku masih sayangkan kau Azrul" ulang Latifah lagi tapi kali lebih manja.

"Kan aku dah kata, aku tak nak " Azrul menepis pegangan Latifah. Dia tidak suka perempuan bukan mahram memegang tangannya.                                                             

"Aku tahu kau dah tergila-gilakan Nur Ain. Tapi ingat Azrul, aku tak boleh lupakan diri kau ". Kata Latifah lagi memujuk Azrul.

"Buat lah apa yang kau suka, tapi jangan ganggu aku dan Nur Ain . Selamat tinggal Latifah" Azrul memecutkan motorsikalnya meninggalkan Latifah seorang di situ.


Kini telah hampir 5 bulan aku belajar di UKM dan hampir 3 bulan jugalah aku berkawan dengan Azrul. Ramai yang cemburu melihat aku dengan Azrul lebih-lebih lagi Latifah. Semakin lama hubungan kami menjadi rapat, sehinggakan kami di gelar belangkas oleh rakan-rakan. Azrul sememangnya seorang lelaki yang baik dan sempurna.

"Az , boleh Ain tanya sikit". Tanyaku meminta izin untuk bertanya. 

 "Ain nak tanya apa?". Tanya Azrul sambil memandang mukaku. 

Cintamu Bersinar Kembali SUWhere stories live. Discover now