BAB 4

6K 165 8
                                    

Zandra menarik sebuah kerusi lalu duduk. Begitu juga dengan Zander. Puan Selina di kepala meja manakala Zandra dan Zander di kiri dan kanannya. Tak tunggu lama, Zandra pantas capai cream puff lalu kunyah. Tunjuk perasaan sebab tadi kena halau.

Zandra silang kaki sopan. Seluar pendek bawah lututnya jadi tersingkap sedikit.

"Kenapa dengan lutut Leesa tu?" soal Puan Selina baru menyedari lutut anaknya tertampal plaster. Disentuh lutut anak gadisnya, dibelek.

Zander bangun, berdiri di tempatnya, ikut jenguk.

Zandra selak sikit seluar yang dipakai. Dia sengih. Mama dengan abangnya memang cukup risau kalau lihat ada satu luka pada tubuhnya. Risau tak bertempat sebab semenjak dia kecil memang dia selalu tak sedar dengan persekitarannya. Berjalan, kalau tak langgar sesuatu bukan dialah. Berlari, kalau tak bertemu sesuatu, bukan dia juga. Badannya selalu tak cukup imbang.

Kata mama, Zandra semenjak kecil tak pernah faham
makna bahaya. Dia akan buat saja apa dia nak, seolah-olahnya dia takkan dapat lakukan hal tersebut esok hari atau nanti-nanti.

Full of energies and mischieves.

"Sikit aje, ma. Leesa dah letak ubat kat hospital tadi," terang Zandra capai jemari tangan mama lututnya,
digenggam seketika. Kemudian dilepas. Lalu seluar yang tersingkap itu dibetulkan supaya menutup lutut serta luka di situ.

"Macam mana boleh luka?" soal Zander mula duduk, hirup teh O yang disediakan mamanya.

"Dah nak luka," jawab Zandra selamba.

Zander merenung Zandra, tajam. Dalam erti kata lain, sila beri penjelasan yang jelas kalau tak nak abang lanjutkan ketajaman pandangan abang.

Zandra sengih kepada Zander, kemudian kelip mata
sekali. "Terkena benda tajam tadi. Tengah sibuk-sibuk, tak sedar pulak terkena. Leesa perasan pun bila Dr. Wanie tegur lutut berdarah dan skirt terkoyak sikit."

"Lain kali hati-hati sikit," nasihat Puan Selina agak risau dengan anak gadisnya yang sedikit lalai itu.

"Baiklah, mamaku sayang. Mulai hari ini, saya, Zandra Aleesa Zul Adam, berjanji akan lebih berhati-hati lagi ketika menjalankan tugas-tugas saya." Zandra angkat tangan seolah-olah bersumpah. Dengan jari telunjuk dan jari hantu kepit cream puff.

Zander dan Puan Selina ketawa kecil dengan sumpah kepit cream puff Zandra. Orang nak serius pun tak jadi dengan aksi angkat sumpah yang begitu.

"Mama, jadi ke mama pergi rumah Aunty Zaharah?" soal Zandra setelah agak lama mereka dibungkam kebisuan. Sebab dia terus sibuk dengan cream puff.

Puan Selina angguk beri jawapan.

"Abang dah tahu ke, ma?" Zandra separuh berbisik.
Tangan kanan naik, kepung mulut supaya bisiknya tak sampai ke telinga si abang.

Zander tengok gadis itu penuh tanda tanya. Aksi bisik-bisik depan mata begitu, mana tak buat timbul rasa nak tahu di hati. Nampak sangat ada rahsia.

"Belum. Mama belum bagi tau," kata Puan Selina balas bisik Zandra, kemudian dilihat anak bujangnya.

Tanpa suara bisik-bisik dia kata, "Ha, abang. Mama nak abang ambil cuti lusa. Mama nak ajak ke rumah Aunty Zaharah."

"Untuk apa, ma?" soal Zander biarpun dia tahu
maksud sebenar mamanya.

Tak lain tak bukan nak kenalkan aku dengan anak perempuan Aunty Zaharahlah. Mama ni, ada ajelah rancangan dia nak kenalkan aku dengan anak dara orang. Sekejap Aunty Faridah, lepas tu Aunty Karimah, hah, sekarang, alih-alih Aunty Zaharah.

[𝓬] 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐬𝐪𝐲'𝐬Where stories live. Discover now