BAB 36

3.7K 88 2
                                    

Atika terkebil-kebil melihat wanita yang berdiri di depannya kini. Dia macam kenal, tapi tak berapa nak cam. Atika senyum.

"Ya, cik? Ada apa-apa boleh saya bantu?"

"I nak jumpa Qaisar. Dia ada?"

Atika kelip-kelip mata lagi. Aduh! Perempuan yang mana pulak ni? Macam tak ada dalam senarai aje. Bukan ke Tuan Qaisar dah kahwin ke?

"Hm, cik ada buat appointment?" tanya Atika sambil ambil diari peribadinya yang memuatkan maklumat yang perlu tentang Tuan Qaisarnya.

"I rasa I tak perlukan sebarang appointment. You cakap aje I nak jumpa dia, mesti dia akan bagi masuk." Angkuh sedikit kata-katanya. Namun, untuk tunjukkan yang dia adalah orang kepentingan yang penting dalam hidup Qaisar, Sofea pilih intonasi itu.

Atika telan liur kesat. "Baik, cik. Tapi..."

"Apa lagi? Pergilah cakap," tekan Sofea geram dengan setiausaha Qaisar. Rasanya tujuh bulan dulu setiausaha Qaisar tak begini. Pasti yang dulu itu setiausaha lain!

Atika bangun, berdiri sambil kemaskan bajunya dan pandang tepat gadis depannya dengan senyum manis.

"Saya boleh cakap, tapi cik ni siapa nama? Paling-paling saya kena jugak bagitau Tuan Qaisar nama cik supaya dia izinkan cik masuk ke bilik dia. Kan?"

Perlian Atika itu buat Sofea panas perasaan. Hati rasa terbakar. "Sofea!"

"Kalau tu pun tak tahu buat apa jadi PA?! PA dulu lagi bagus daripada you. Cekap buat kerja, bukan macam you. Lembap!" Sofea sambung kutuk terang-terang.

Atika senyum terus. "Saya dah lima tahun jadi PA Tuan Qaisar. Dalam erti kata lain, sejak Tuan Qaisar duduk di dalam bilik tu, sayalah satu-satunya PA dia."

Tanpa tunggu balas Sofea yang dah merah muka dengan kenyataan dia baru utarakan, Atika terus tekan punat interkom.

"Tuan Qaisar, Cik Sofea nak jumpa."

"Sofea?" Terdengar suara Qaisar daripada corong interkom. Cukup kuat untuk menampar telinga Sofea yang masih berdiri di depan meja Atika sambil peluk badan.

"Do I have an appointment with her, Ika?"

Atika sembunyi senyum lihat wajah Sofea yang dah kalah warna pelangi. "Tak ada, Tuan Qaisar. Tapi, dia kata tuan akan jumpa dia bila saya sebut nama dia."

Diam. Tiada sebarang balasan daripada Qaisar untuk 44 saat.

"Ika, Sofea mana ni? Yang daripada Dynamic Holdings, ke?"

"Qaisar! I ni! You jangan nak buat-buat tak kenal pulak."

"Oh! Kau ke, Fe? Sorry, I got so many Sofeas in my line that I forgot." Diam terus.

"Qaisar! Hei, Qaisar!" Sofea masih berteriak gaya orang hilang akal pada corong interkom.

Atika berdehem, usaha untuk tak sembur gelak. Gila tak rasa nak ketawa tengok orang perasan cantik dan bagus sampai tunduk badan cakap dengan interkom.

"Ya, Fe," ujar Qaisar sambil buka dan tutup daun pintu biliknya.

"Kau tak payah jerit depan interkom Ika tu macam orang sasau macamtu. Kau nak jumpa aku, kan? Jom."

Sofea berdiri selayak ketinggiannya dengan muka terangkat dan mengunjuk ke depan. Tunjuk riak tanda menang kepada Atika. Kemudian dia mula buntuti langkah Qaisar dengan senyum sinis. Namun, tak lama. Senyumnya mati apabila tubuhnya hampir langgar belakang Qaisar yang tiba-tiba berhenti. Secara mendadak.

"Ika, nanti masukkan dalam diari awak. Ini Sofea atau Fe, jiran depan rumah saya. Lain kali senang sikit saya nak tahu Sofea mana."

"Baik, tuan," ujar Atika dengan senyum tipis untuk Qaisar, namun nampak sangatlah sinis untuk Sofea. Dia buat salah kan, tahulah nak sakit hati.

[𝓬] 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐬𝐪𝐲'𝐬Where stories live. Discover now