BAB 45

3.8K 86 4
                                    

Mata Zandra terkelip-kelip sebelum terbuka luas. Merenung siling di atas sana. Mengecam, mengingat. Akhirnya apa yang telah terjadi jelas di mindanya.

"Lagi sekali..." keluhnya, dalam dan panjang.

"Ya, lagi sekali."

Suara garau yang kedengaran itu buatkan Zandra alih batang leher ke kanan dan terus nampak Rayyan sedang berdiri sambil bersandar pada dinding wad bilik kelas pertama yang hanya menempatkan satu orang.

Zandra pandang saja lelaki yang berpeluk tubuh dan sudah mula atur kaki dapatkan katil yang jadi tempatnya berbaring.

Zandra terus tengok Rayyan yang balas tautan matanya dengan pandangan tenang. Perlahan-lahan, mata Zandra berkaca dan bunyi esak mula kedengaran.

"Leesa, tak naklah macam ni. Dia dah tak ada. Doakan. Bukan tangiskan."

Suara dan ayat memujuk Rayyan buatkan Zandra gigit bibir bawah dan tahan daripada terus mengesak.

"She's too young..." Air mata Zandra menitis jatuh ke sisi, terus ke bantal.

"She's lucky, Leesa. Dalam umur macam tu, bersih tak ada dosa, dia kembali pada Allah. Aralyn anak yang bertuah berbanding kita. Gembira untuk dia. Tak mau nangis macam ni..."

Rayyan capai sapu tangan dari poket seluar slacknya lalu seka lembut air mata Zandra yang menitik jatuh ke sisi kerana gadis itu sedang berbaring.

"Daripada dia kita datang, kepada dia kita kembali. Biar dia kembali dengan tenang, Leesa. Tak maulah macam ni..." Kali ini Rayyan usap ubun kepala Zandra yang berlapik tudung itu. 

Zandra angguk. Perlahan-lahan dia cuba angkat
badan. Rayyan yang lihat dia nak bangkit, laju tekan punat naikkan kepala katil agar Zandra boleh duduk bersandar dengan selesa. Gerakkan Zandra untuk menyelesakan badan terhenti apabila teringat sesuatu. Terus matanya terarah kepada Rayyan.

"Qaisar ada datang sini?" Zandra mendesah bagai tak percaya.

"Ya. Kenapa?" Rayyan mengiakan, angguk.

Zandra lepas keluhan.

"I ingat I mimpi. Mimpi seram." Dia senyum tipis, menyimpan rasa yang amat dalam. Yang hanya dia saja faham dan mungkin Rayyan boleh tebak.

"Dulu sampai sekarang, degil sangat." Zandra gelengkan kepala.

"Dia degil sebab dia cintakan you. Sangat-sangat cintakan you, Leesa. I boleh nampak betapa kecewanya dia, lepas tengok isteri dia peluk lelaki lain." Rayyan tarik kerusi dari bawah katil lalu duduk.

Zandra tersenyum, kelat. "Kasih sayang yang hanya akan hancurkan dia. Buat apa?"

"Jadi, yang terbaik adalah..." Rayyan tengok Zandra. "Ara dah tak boleh hidup dengan abang. Hati Ara dah tak ada untuk abang. Macam tu ke, Leesa? Lepastu buat drama kiss lelaki lain depan suami sendiri?"

"Bila lagi you nak mengaku ada hubungan dengan isteri orang. Kan?" Tutur Zandra tanpa nada.

"Memang berani mati mengaku curang." Rayyan mengeluh.

"Berani mati?" Zandra menyindir diri sendiri. "Kita sama-sama berani curang. Tapi, tak sama-sama berani mati kut."

Zandra senyum tipis, nakal.

Rayyan mengeluh sebelum anak matanya terpandang perut bulat Zandra. "You tak kesian ke tengok suami you, Leesa?"

Zandra tarik nafas singkat. "Dia kena belajar hidup tanpa I, Rayyan. I dah tak lama. Lahir saja baby ni, I mungkin akan pergi dari dunia ni."

[𝓬] 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐬𝐪𝐲'𝐬Where stories live. Discover now