BAB 19

3.8K 123 0
                                    

"Eh, datang dah orang lawa hospital ni..." tegur Haris yang sedang berjalan mendapatkan nurse station menegur nakal apabila nampak Zandra di situ.

"Dr. Haris, tak mau nakal-nakal. I mengadu kat Kak Janna. Kena tidur luar nanti." Zandra mengusik sambil jeling seorang jururawat yang dulunya ibu tunggal kini sudah berkahwin dengan Haris.

Apabila dia sebut nama wanita itu, Janna yang berdiri tak jauh sambil menyemak beberapa helai kertas bercetak, kerling saja dengan senyum nipis. Wajah yang memang sudah sedia cantik selama ini di mata Zandra nampak makin menawan. Seri pengantin baru.

"Tak ada maknanya. Dia dulu tarik I masuk bilik adalah." Haris selamba cuit hidung boleh tahan mancung isterinya. Langsung tak kisahkan siapa saja yang tengok.

Janna ketap bibir dengan muka merah. Malu. Lagi-lagi bila ada gelak-gelak kecil kedengaran. Dia yang digelar singa lapar dalam kalangan staf di sini tiba-tiba dijinakkan lelaki di depannya ini. Sungguh tak ada siapa sangka. Dia sendiri pun tak menyangka! Dalam usia 40an begini, dia yang selama ini bergelar ibu tunggal tiba-tiba menjadi isteri. Kepada bekas playboy pula tu.

"Masa kerja buat cara kerja boleh tak, Dr. Haris?" Suara ditegaskan. Dia jinak dengan suaminya saja, bukan dengan staf-staf hospital ini.

Zandra ketawa kecil. Namun, apabila Janna jeling dia gaya beri amaran, Zandra diam dan kemam bibir tahan gelak.

Haris berdiri tegak, betul-betulkan kot putihnya, kemas-kemaskan kedudukan pada tubuhnya. Kemudian dia tengok Janna dengan muka serius.

"Fine. Masa kerja, saya kerja. Masa jadi suami... siaplah!" ujar Haris dengan muka tunjuk gertak.

Tersipu habis Janna apabila suaminya cakap begitu. Muka yang memerah tadi kini bertambah-tambah merah. Suaminya ini, memanglah tak sayang mulut. Aci cakap selalu. Bikin malu sajalah!

"Bestnya jadi Kak Janna..." Zandra lepas keluhan cemburu dan suka tengok pasangan ini.

"Seronok kenapa?" tanya Janna masih tumpu perhatian pada kertas cetak di tangan.

"Yalah. Dah kahwin lepas tu Haris tu romantik habis..." ujar Zandra dengan muka berangan sambil peluk ketat fail pesakit di tangannya.

"Bukan tak lama lagi giliran Leesa ke? Dengan Qaisar?" Janna pula menyakat. Lebih kepada tak nak panjangkan hal dia dengan suaminya sebenarnya. Dia jadi isteri kepada lelaki itu pun masih ramai yang belum percaya.

Dalam kalangan staf hospital ini, dia tahu ada desas-desus berbunyi bahawa Haris dan dia takkan bertahan lama. Haris akan kembali pada sikap kaki perempuannya yang lama. Itulah desas-desus yang sudah terdengar di telinganya semenjak awal berita perkahwinannya dengan Haris dulu. Namun, dia cuba untuk tak peduli atau kisahkan semua. Tapi, bohonglah kalau hati tak terkesan sedikit pun kan?

"Mana ada, Kak Janna..." Zandra rengek geram. "Leesa tak suka dialah!"

"La, ya ke? Dengar-dengar dah sampai datang ke rumah, bakal mak mertua dah siap restu. Ketua pengarah Heaven Archi Group datang merawat doktor yang tak reti jaga diri. Lain daripada lain tu..." sakat Janna terus, senyum tipis sambil jeling Zandra yang ketap bibir bawah, tak suka dengar kata-katanya.

"Betul, betul, Kak Janna." Arissa angguk setuju.

"Mana ada! Aku tak suka dialah!" Zandra masih tekankan perasaannya. Tapi, haram manusia di nurse station itu nak percaya.

"Siapa Qaisar ni? Kenapa I tak tau... wait!" Stella jerit
halus, tepuk tangan sekali. "Mamat yang hantar bunga kat you tu kan, Leesa?"

"Taklah!" Laju Zandra menidakkan.

[𝓬] 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐬𝐪𝐲'𝐬Where stories live. Discover now