BAB 54

4.5K 122 3
                                    

Zandra mengerang halus apabila terasa tidurnya diganggu seseorang. Kelopak mata dibuka perlahan-lahan.

"Good morning, sweetheart!"

Suara garau yang memecahkan kesunyian itu serta-merta menyegarkan Zandra. Zandra kalihkan pandangan dan merenung lelaki yang sedang mengiring menghadapnya. Lelaki itu sedang menatap wajahnya.

Lelaki yang sangat dirindui Zandra, namun dia tak ada ruang dan peluang untuk meluah rasa. Dia takkan lama di dunia ini. Dan saat itu, dia tak mahu Qaisarnya tanggung sakit menerima berita kehilangannya. Sebab itulah, dia bertindak menjauhkan diri.

Bukan sebab dia takut Qaisar akan terlebih dahulu menjauh apabila lelaki itu tahu hakikat sakit tanggungannya ini. Tetapi, sebab dia tahu Qaisar takkan pergi dan tetap mahu bersama dia, harungi segalanya bersama. Namun, untuk biarkan itu berlaku, Zandra tak sanggup. Makanya, dia pilih untuk curang sekaligus sakiti hati lelaki itu supaya Qaisar akan lepaskan dia dan teruskan kehidupannya.

Tapi... mengapa itu tidak terjadi? Mengapa makin dia lari, makin Qaisar suka mengejar, menggetarkan perasaannya dan membuaikan hatinya?

Qaisar dengan jelas menunjukkan bahawa lelaki itu masih sayangkan dia. Sedangkan dia, tak boleh berbuat begitu. Sampai mati Zandra akan mencintai Qaisar sebagai lelaki sempurna dalam hidupnya.

Ya Allah... tolong jauhkan dia. Jauhkan hatinya daripada hatiku, jauhkan dirinya daripada aku. Aku tak kuat mana, ya Allah.

"Awak buat apa kat sini, Rafisqy?" soal Zandra cuba sembunyikan perasaan sebenarnya daripada tersua. Perlahan-lahan Zandra cuba bangkit dari baringannya.

Laju saja Qaisar membantu isterinya sebelum tersenyum. "Abang rindu isteri abang."

Tubuh Zandra mengeras seketika sebelum dia pejamkan matanya. Ya Allah, tolong mudahkan segalanya.

"Awak jangan macam-macam boleh tak?! Tak faham ke yang saya dah tak sayang awak?!" tekan Zandra garang.

"Faham tapi saja buat-buat tak faham. Sayang pun faham apa yang abang nak, tapi saja buat-buat tak faham. Lagi mahu tanya?" balas Qaisar selamba.

Qaisar mengesot tubuhnya agar rapat dengan tubuh isterinya.

"Boleh tak jangan kusutkan keadaan? Saya dah cakap..."

"Ya. Sayang dah cakap dan abang faham. Tapi, abang lagi faham apa yang ada kat sini..." Qaisar arah telunjuknya ke dada kiri Zandra, namun aksinya terhenti dengan senyum nakal.

"Ops! Sorry. Nasib sempat brek." Qaisar kerdip mata kepada Zandra.

"Kata-kata sayang tak sampai ke hati abang. I admit, for weeks I was hurt. Sayang tipu, sayang mainkan... sini." Jari telunjuknya ketuk dada kiri sendiri. "But, I won't let it happen again, you know."

Zandra senyum tipis, hambar. Dia tak faham maksud suaminya itu.

"Sayang, kita ni manusia paling kerdil. Jelas betapa kecilnya kita di dunia ni. Tapi, Allah dah tetapkan jalan cerita hidup seseorang. Allah tetapkan takdir yang terbaik waktu Dia jadikan Nabi Adam dulu, jadi takkanlah Dia tak tetapkan yang terbaik jugak untuk anak cucu Adam. Allah sayangkan kita lebih daripada abang boleh sayang dan cintakan Ara. Sebagai manusia, perasaan kita ni Dia yang bentukkan, Dia yang hadirkan. Dan, abang akan hargai perasaan abang untuk Ara sampai akhir nyawa abang."

"Jangan macam ni, Iqy..." Zandra kemam bibir, tahan sebak. "Bukan saya sorang aje perempuan dalam dunia ni."

Qaisar mencapai kedua-dua tangan isterinya. Dielus lembut. "Ya, betul. Memang bukan sayang sorang aje perempuan dalam dunia ni. Tapi dalam berjuta perempuan yang ada dalam dunia ni, hanya seorang perempuan yang abang mahukan. Hanya Zandra Aleesa. Abang hanya cintakan Zandra Aleesa. Satu-satunya wanita yang abang yakin diciptakan Allah untuk abang."

[𝓬] 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐬𝐪𝐲'𝐬Where stories live. Discover now