"Abang?"
Qaisar yang sedang khusyuk meneliti dokumen yang kemas bercetak itu, pantas menoleh seraya tersenyum memandang Zandra yang mengatur langkah ke arah meja kerjanya.
"Come. Sit here." Qaisar menarik tangan Zandra untuk duduk dipahanya.
Zandra akur. Melabuhkan duduk di atas paha suaminya dengan mata memandang beberapa helaian kertas dan fail yang berselerak di atas meja.
"Abang busy?" soalnya lembut seraya mengalihkan pandangan. Anak matanya merenung wajah kacak Qaisar.
Qaisar merangkul pinggang ramping isterinya. "Sikit. Abang nak kena uruskan cawangan hotel yang baru dekat Penang. Minggu depan abang kena outstation ke sana. Meeting tu sehari je. Alang-alang tu boleh kita pergi Escape kalau sayang boleh cuti."
Zandra diam. Berfikir seketika. "InsyaAllah. Nanti Ara minta cuti dulu. Kalau boleh, kita pergi."
Qaisar angguk. "Ya sayang. Abang okey aje mana-mana."
"Hm, Ara nak kacau abang sekarang ni boleh tak?"
Qaisar menjungkitkan sebelah kening seketika sebelum tersenyum. "Boleh, sweetheart. Sayang ada nak abang buatkan something eh?"
Zandra sengih. "Ara nak try bawa superbike abang. Boleh?"
Giliran Qaisar pula berfikir seketika. Belakang badannya disandarkan pada kerusi kerjanya. "Boleh, tapi abang nak ikut. Sayang pergi mana?"
Mata Zandra bersinar teruja mendengar jawapan Qaisar. "Rumah mummy."
Qaisar kerut kening. Pandang isterinya tepat-tepat. Tangan mengelus lembut pinggang isterinya. "Buat apa pergi rumah mummy?"
Zandra berdehem bersama senyuman nakal. "Saja. Rindu mummy."
Qaisar senyum seraya memberikan kucupan hangat di pipi isterinya.
"Jomlah, abang." Zandra berdiri seraya menarik tangan Qaisar. "Kita kena bersiap cepat. Jom!"
"Ya, sayang. Sabar. Sayang masuk bilik dulu. Abang nak siapkan sign yang ni dulu. Siap nanti, abang masuk."
"Alright, abang. Jangan lama-lama." Zandra kucup leher Qaisar lembut.
"Don't seduce me, sweetheart. Kang tak jadi pergi rumah mummy." Qaisar menjeling isterinya manja. Tangan sibuk menandatangani dokumen di depannya.
Zandra berlalu ke master bedroom dengan tawa yang tersisa. iPhone di tepi solek dicapai sebelum tangan laju mendail seseorang. Beberapa saat menunggu sebelum talian disambungkan.
"Macam mana? Is everything ready?" Tanpa aba-aba, dia terus ke tujuan utama dia membuat panggilan.
"Ya. Tunggu kau dengan Qaisar aje ni," jawab si penerima panggilan.
Zandra mengumam sebelum mematikan panggilan. Pantas kaki berlalu ke ruangan closet. Memilih pakaian untuk dia dan suaminya.
Polo shirt berwarna biru gelap dipadankan dengan korean ankle pants berwarna putih untuk Qaisar. Blouse baggy berwarna biru gelap dipadankan dengan loose pant berwarna putih dan tudung bawal printed satin matte campuran warna biru gelap dan putih untuk dia.
Usai sahaja bersiap, Zandra membetulkan tudung bawal di wajahnya. Baru hari ini, dia yakin dengan keputusannya untuk menutup aurat sepenuhnya setelah hampir dua bulan dia mendirikan rumah tangga bersama Qaisar. Mungkin ini adalah kejutan untuk suaminya. Qaisar sendiri tidak pernah memaksa dia untuk menutup aurat walaupun dia pernah suarakan isu itu kepada suaminya ketika awal-awal dia menjadi isteri lelaki itu.