BAB 15

4.7K 166 8
                                    

Tengok Netflix, dah. Baca novel, dah. Nak buat apa lagi ni? Ya Allah, bosannya...

Zandra bangkit dari sofa. Terhencut-hencut dia hampiri mamanya yang sedang siram bunga di pekarangan rumah. Zandra berdiri di muka pintu, lihat bunga-bunga mama yang makin berkembang mekar.

"Mama, Leesa boringlah," rengek Zandra manja.

"Ya Allah, budak ni! Kaki belum baik lagi tu. Pergilah rehat." Puan Selina menegur. Tutup paip dan dapatkan Zandra. Dipeluk dan dipapah anak gadisnya masuk.

"Hm, yelah. Leesa ke biliklah mama, nak tidur. Bukan selalu. Lagipun, tak ada benda nak buat selain membosankan diri. Baik menidurkan diri." Zandra hencut-hencut daki tangga.

"Baik-baik naik tangga tu, sayang."

Puan Selina perhati saja Zandra panjat tangga penuh sopan santun. Bukan selalu boleh nampak. Macam manalah dia boleh jatuh sampai begitu? Bila tanya saja, senyap macam sorok emas dalam mulut.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Puan Selina dapatkan pintu utama yang sedia ternganga. Nampak sepasang teruna dan dara melangkah masuk dari pintu pagar rumah yang tak ditutup.

"Ha, Rissa, Qayyum, masuklah," pelawa Puan Selina.

Padan sungguh mereka berdua ni. Seronoklah Ella nak dapat menantu macam Arissa. Dia pun berkenan jugak dulu, tapi Zander sikit pun tak setuju. Kawan-kawan adiknya, nampak macam adik sendiri saja. Itulah kata Zander.

Arissa dan Qayyum tersenyum seraya melangkah masuk ke ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu.

"Leesa macam mana, aunty?" soal Arissa setelah labuh punggung di sofa.

"Kaki dia terseliuh sikit."

"Macam mana boleh jadi macam tu?" Qayyum pula menyoal.

"Dia tak nak cakap pasal tu. Aunty pun tak nak paksa dia. Tapi kata Aimie, dia hampir-hampir kena langgar. Mujurlah tak ada apa-apa." Puan Selina lepas keluhan lega.

Qayyum dan Arissa angguk faham.

"Ni, dia kat mana?" tanya Arissa melihat sekeliling ruang tamu.

"Kat bilik. Kalau Rissa nak jumpa dia, pergilah. Kata nak tidur tadi. Baru aje naik tu."

Arissa angguk

"Saya naik ya, aunty." Dia minta izin dan berlalu selepas main mata sama Qayyum, isyarat hendak jumpa Zandra.

Qayyum lihat saja Arissa sampai gadis itu hilang balik pandangan. Kemudian dia tengok depan dan terus tentang mata dengan Puan Selina yang sedang tengok setiap aksinya dari tadi, bersama senyum di bibir.

"Sayang sangat ya sampai nak lepas sekejap pun tak boleh?" usik Puan Selina.

Qayyum senyum, garu kepala.

"Tak payahlah tunggu lama sangat. Dah cukup umur, kan?"

Qayyum ketawa perlahan. Lucu dengan pilihan ayat wanita sebaya mummynya itu. "Insya-Allah, Aunty Ina."

Puan Selina lepas keluhan. "Kalaulah Leesa dengan Qaisar berjodoh... tapi macam..." Mengeluh lagi.

"Qaisar belum mengalah, takkan aunty dah?"

"Leesa tu degil sangat. Aunty takut Qaisar bosan dan mengalah jugak sudahnya."

"Selagi Qaisar tak mengalah, kita pun tak boleh mengalah, aunty." Qayyum, beri keyakinan.

Puan Selina angguk, setuju.

"Lagipun Qayyum tak pernah nampak Qaisar serius macam ni. Kali pertama dia kejar dan bukan kena kejar. Dia suka sangat tu, Aunty Ina. Menggeletis habis macam ulat bulu baru jumpa daun."

[𝓬] 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐬𝐪𝐲'𝐬Where stories live. Discover now